apa kejadahnya pulak tajuk entry malam ni. saja je buat gimik. sebenarnya itulah tema dinner malam tadi. jadi kambing makan daun2 hijau je for dinner semalam. for the first time i made this traditional n9's dishes called sambal daun kayu. ianya hampir sama dengan masak lemak pucuk paku yang kami selalu makan cuma lauk ni lebih 'hijau' lagi dan pada yang sukakan rasa tempoyak mesti makan sampai menjilat jari. honestly, aku cukup alergic dengan tempoyak... aduhaii bau dia memang aku tak tahan. tapi entah kenapa rasa terliur pulak nak makan sambal daun kayu.
my mum kalau tau mesti terkejut habis sebab aku tak pernah makan lauk ni setakat cuit sikit je dek kerana tak sukakan tempoyak. in my family ada 2 orang je yang cukup gemar dengan lauk ni, my elder sister and my baby brother. diaorang berdua ni kalau time bulan puasa boleh katakan tiap2 hari menjelajah pasar ramadhan mencari sambal ni. disebabkan my mom bukan anak jati n9, so memang kami tak masak sendiri ye.
nama je sambal tapi instead of merah ianya hijau sebab bahan utama adalah segala pucuk daun yang boleh dimakan. pernah dengar orang cakap resipi asal menggunakan 44 jenis pucuk daun tapi zaman sekarang ni kalau dapat 2-3 jenis pun kira ok dah tu. since hubby balik kampung (umah mil) 2 hari lepas jadi aku pun pesanlah suruh cari daun kaduk, pucuk ubi, pucuk paku dan tempoyak. hubby ni nama je orang kampung tapi rupa daun kaduk pun dia tak kenal... hehe kalah dengan orang bandar macam aku ye? mil dah pelik dengan special request aku tu, ntah apalah menantu dia nak buat ye?
berpandukan resipi rubiah suparman yang pakar memasak lauk pauk kampung ni aku pun kerjakanlah sambal daun kayu semalam. cuma biasalah aku ni kalau tak modified resipi tak sah. aku omit petai (paling tak suka!) tapi tambah pucuk paku dan bunga kantan daripada resipi asal. i just love aroma bunga kantan ni hatta goreng nasi pun aku letak.
pucuk ubi, daun kaduk, pucuk paku, daun kunyit, serai dan bunga kantan dihiris halus. kalaulah ada ulam daun selom semalam dah tentu aku masukkan sekali... ulam feveret juga ni.
petang tadi sempat snap pic bunga bawang ku yang tengah sarat berbunga. nasib dia berbunga musim hujan so yaya tak sempat nak petik, kalau tak botak habis tak sempat kembang dikerjakan tangan gatal yaya.