malam ni just nak share resipi tempe atas permintaan puan rimo@nolie & yan. minta maaf banyak2 coz lambat respon, menyibukkan diri dengan preparation besday tuan puteri. sekarang baru boleh bernafas.
the most important ingredient untuk membuat tempe semestinyalah kacang soya dan ragi tempe. ragi tempe ni tak taulah kalau kat KL ni nak dapat kat mana. mine was courtesy from mil, maklum je mil duduk kat kampung so senang nak dapat stok ragi ni. itupun ragi yang diberi buatan indon, imported you ;-). apapun rasanya mesti ada jual kat mana2 kat KL ni, kalau ada sesiapa yang tahu share kat sini ye. meh kita tengok resipi. sukatan yang saya letak ni sesuai untuk kita2 yang baru nak berjinak2 dengan eksperimen tempe. proses membuatnya agak renyah terutama masa nak buang kulit kacang soya tu.
250gm kacang soya
1 sudu kecil ragi tempe
Cara2 pembuatan:
1. Rendam hingga tenggelam kacang soya selama 3 malam tanpa perlu menyalin air rendaman. Harus diingat bau tempe yang terendam 3 malam ni memanglah tersangat masam, ala2 bau muntah gitu.
2. Setiap malam cuba kaup dan buang kulit kacang soya yang tertanggal. Pada hari ke 3, basuh kacang soya sambil pecah2kan kacang soya tujuannya supaya soya terbelah dua dan dalam masa yang sama membantu mempercepatkan pembuangan kulit. Lagi satu cara nak buang kulit adalah dengan menggelek kacang soya dengan penggelek kayu tu.
3. Dah bersih buang kulit semua, rebus kacang soya. Matikan api selepas 10-15min air mendidih. Toskan air dan sejukkan. Kacang soya mestilah betul2 kering sebelum digaul ragi. Kalau nak jemur pun boleh, atau goreng atas kuali sekadar nak keringkan airnya aja.
4. Di dalam bekas besar, gaulkan dengan 1 sudu kecil ragi hingga rata.
5. Bungkus dalam daun pisang atau plastik. Kacang soya mesti cukup padat & mampat, kalau letak sikit sangat & jarang2 tak menjadi.
6. Dah siap bungkus balut tempe dengan kain sampai betul2 kemas. Put aside untuk dia berhibernasi sampai kulat memutih sepenuhnya.
7. Kalau bungkus malam, insyaAllah pagi esok intai sikit mesti kulat dah memutih tapi belum cukup padat. Waktu ni tempe akan 'demam' (panas). This is a good sign. Hari kedua sepatutnya dah sempurna dan boleh dimasak.
puan rimo & yan dan sesiapa saja, silalah cuba ye. cuma kena banyak bersabar sikit sebab adakalanya mencabar juga nak buat kali pertama terus perfect. :-)
for those who asked for lasagna recipe, please browse the Food Galore list and click Beef Lasagna title. i did in my previous entry put up the recipe. you can subsitute mince meat with mince chicken to your preference. for quick link please click here. selamat mencuba!