syukur Alhamdulillah, dengan limpah kurniaNya dan keizinanNya dipanjangkan usia kita untuk berkesempatan bertemu Ramadhan 1430H. i'm always excited about Ramadhan, selalu tertunggu2 dan bila dah menempuhinya terasa tak mahu Ramadhan berakhir sampai bila2. itulah perasaan orang yang lemah iman macam aku ni. sebab Ramadhan selalu aku jadikan titik tolak untuk muhasabah diri, perbaiki kelemahan, tetapkan keazaman, buat perubahan dan sebagainya. yess aku tau semua tu seharusnya kita perbaiki selalu, tapi bagi orang yang lemah macam aku ni, Ramadhan umpama beri aku kekuatan yang sangat berlainan dan umpama satu lembaran baru dalam hidup aku selalu bermula dengan Ramadhan.
percaya atau tidak, sehingga sebelum 12 Ramadhan tahun 2001 aku tak pernah amalkan membaca surah Yasin, apatah lagi setiap malam jumaat. ye, dulu memang aku selalu mengaji, hampir setiap malam selepas solat maghrib tapi bila tiba malam jumaat aku tak pernah baca surah Yasin, malah aku mengaku tak berapa lancar membaca Yasin sebab tak amalkan selalu. sehinggalah 12 ramadhan tahun itu bila tiba2 aku dikejutkan berita kematian arwah abang ipar. disubuh hening masa bangun sahur barulah aku dapat mesej. hati tak tenteram - sedih, gelisah dan kecewa sebab aku ketika itu jauh di port klang takde kenderaan sendiri nak balik kampung. mahu tak mahu kena tunggu jam 6.30 to board the first bus. nak tenteramkan hati aku ambil wuduk, ambil al-Quran dan buat pertama kalinya helaian pertama yang kuselak adalah surah Yasin.
Maha Suci Allah, aku yang tak berapa lancar membaca surah Yasin ni secara mudah dapat mengalunkan kalimat2 suci itu dengan penuh khusyuk. dan buat pertama kalinya aku betul2 rasa tenang, satu perasaan tenang,nyaman dan reda yang tak pernah aku rasakan sebelum ini. betapa besarnya nikmat surah itu, barulah kini kutahu. betapa ruginya aku sebelum ini. dan betapa bertuahnya aku kerana masih berpeluang discover kelebihannya. syukur Alhamdulillah. sesungguhnya Ramadhan tahun tersebut dan pemergian arwah abang ipar tahun itu banyak memberi kesan dalam hidupku.
okaylah enough with my ramblings. harap jangan muntah membacanya. it's not easy to confess that you are just an ordinary human being with flaws and everything. nobody is perfect but Allah swt.
kepada semua umat Islam, Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.
Mata kadang salah melihat....
Mulut kadang salah berucap....
Hati kadang salah menduga.....
Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada....
MARHABAN YAA RAMADHAN
Marhaban ya Ramadhan,
Bulan dimana nafas kita menjadi tasbih, tidur kita menjadi ibadah, amal kita diterima dan do'a kita di ijabah,
Sungguh cantik kain plekat, dipakai orang pergi ke pekan.
Puasa Ramadhan semakin dekat, silap dan salah mohon dimaafkan
Berharap padi dalam lesung, yang ada cuma rumpun jerami, harapan hati bertatap langsung, cuma terlayang e-mail ini.
Sebelum cahaya surga padam, Sebelum hidup berakhir, Sebelum pintu tobat tertutup, Sebelum Ramadhan datang, saya mohon maaf lahir dan bathin....
Taqqobalahu Minna Waminkum, Taqoballahu Ya Karim,
Marhaban Ya Ramadhan
Allaahumma baariklanaa fi Sya'ban WA ballighnaa Ramadhan Aminn.
Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina