alhamdulillah ... rezeki kami malam ni cukup luas. dapat berbuka puasa percuma kat rumah bos (majlis yang kusebut dalam entry semalam). dapat juga bersolat terawih berjemaah berimamkan mufti negeri perlis yang baru, dato dr juanda. kami semua 4 beranak serta kakak ikut serta, so takdelah masak apa2 hari ni. lagipun aku seharian sibuk mendeko kek sampai sakit pinggang, sudahlah malam tadi tidur lewat sampai tak larat nak bangun sahur. mujur hubby cuit aku hulur air suam segelas.
alhamdulillah majlis berjalan lancar. dalam hati berdebar2 dan risau sebab tak pernah lagi aku tolong organise majlis berbuka puasa yang berskala besar sebegini kat rumah bos. jemputan termasuk budak2 tahfiz dan anak2 yatim dah mencecah 400orang. dengan ruang yang terhad, risau kalau ada jemputan yang tak dapat duduk dan makan. tapi dengar2 semua berpuas hati, masakan tidak siap dapat 'angpau raya' sorang satu, bukan setakat kanak2, mak budak, bapak budak, atok dan nenek budak pun dapat. dengan maid aku sekali pun dapat, tersengih2 dia.
gara2 nak ke majlis ni juga aku tak pasal2 menambah sehelai jubah pertama dalam koleksi pakaian aku. tau jelah aku ni selama ni memang tak reti nak berjubah, segan pun iye sebab rasa macam tak layak je nak pakai jubah ni. tapi tak senang hati juga sebab tak tau nak pakai apa. aku ni bukan suka formal sangat, nak pakai baju kurung harapkan hari jumaat dan raya je. tapi terjumpa sehelai jubah yang simple ni pada harga yang sangat murah rm80 aja, terus aku grab.
sebaik saja habis majlis fahmi ajak kami cari makanan, lapar katanya. amboi hebat sungguh anak teruna ku ini, padahal masa berbuka tadi dia melantak kambing panggang sepinggan. mama dia pun tak dapat merasa kambing panggang tu. mentang2lah dia dapat duit raya lumayan, siap ajak makan lagi.
since aku tak bawa kamera, yelah takkan majlis berbuka puasa dan solat terawih nak bawa kamera bagai, so takdelah gambar nak diupload. tunggulah nanti bila dapat pic yang disnap photographer office ku, adalah sekeping kot aku posing dengan yaya.