aku tengah kemaruk nak makan kuih talam @ tray cake kata omputih. kebetulan aku punya banyak masa lapang minggu ni. jadi malam selasa lepas aku cuba buat talam suji untuk kali pertama. talam suji memang favourite aku selain daripada talam keladi. tak susah rupanya nak buat kuih talam ni. cuma talam suji kali pertama tu aku guna santan terlalu pekat. maklum jelah santan kotak. kalau santan perah sendiri belum tentu sepekat itu.
tak puas hati dengan hasil cubaan kali pertama, jumaat malam aku buat lagi sekali talam suji. kali ni guna santan perah sendiri, sementara lapisan atas tu aku guna gula merah serbuk sebab kali pertama dulu aku guna gula melaka warnanya agak kurang gelap dan rasa pun tak berapa manis.
sementara talam suji duduk dalam kukusan aku sambung pulak mengadun bahan untuk buat talam pandan. yelah senang dan cepat sangat siap, bila kutengok jam baru pukul 10malam, eh awal lagi sempat buat lagi satu. sementara rajin! dah siap semuanya kubiarkan sejuk. esok pagi nak bawa balik ke rumah my mom ;-)talam suji terkukus lama tu yang merekah lapisan atas dia