maafkan tajuk entry ku kali ini, juga content entry nya. but i cannot help to jot it down rasanya macam semua orang kat ofis ni terkena benda yang sama. hari ini hari kebetulan yang sungguh melucukan di pejabat. hampir separuh ofis kena cirit birit menyebabkan tandas di ketiga2 floor ofis jadi tumpuan tak henti2 dari pagi sampai ke petang. semuanya gara2 makanan yang kami makan selepas kenduri tahlil arwah our group MD lepas solat asar petang semalam.
entah apa yang tak kena dengan hidangan tu aku pun tak pasti. tapi majoriti kata kemungkinan disebabkan acar buah istimewa yang kurang sesuai kombinasinya menyebabkan ramai yang sakit perut. rata2 kata sekitar jam 5 pagi pagi masing2 mula rasa memulas dan terus tak henti2 ke tandas. aku sendiri pun begitu. walaupun tak sampai ke tahap muntah2 tapi kering rasa badan dan sakit pinggang. yang bagusnya dalam ramai2 kena food poisoning tu cuma seorang aja yang surrender tak datang kerja. yang lain2 masih setia tunjukkan muka bekerja macam biasa.
gara2 sakit perut juga aku terlewat sikit hantar fahmi ke sekolah. kubekalkan 2 biji kek yang dibuat khas untuk farewell sekolahnya. mujur masa buat kek ni semalam perutku belum dilanda gelora. kalau tak jangan haraplah ...
sebaik je dapat class photo fahmi terus datang idea nak buat photocake for his school. i made the photocake mengabadikan gambar kelas fahmi semalam dan bawa ke sekolah pagi tadi. saat ternampak photo dia dan kawan2 atas kek pagi tadi terus fahmi kata habislah gambar abang mama dah letak atas kek. owh dia sangka kuguna gambar actual yang dia dapat tu. at the same time menunjukkan betapa sharp image pada edible icing tu sampaikan sekilas pandang orang sangka itu gambar pada glossy paper sebenar.
ada skit frust masa salut kek ni dengan choc cream malam tadi. adunan choc cream kurang friendly tak macam biasa, dia cepat mengeras jadi sapuan tak smooth dan hasilnya pun tak berkilau. kalau selalu nampak macam basah je kali ni nampak kusam. one of the reason aku opt for choc cream untuk semua choc cake ku sebab choc cream bukan saja berkilau tapi rasa dia lebih mouthwatering. aku tak suka rasa choc ganache yang agak bland bagiku.