kalau ikut list things to do for this month rasanya masih banyak yang belum terbuat. tapi syukurlah hari jumaat masa cuti maal hijrah baru ni aku dah selesaikan urusan pendaftaran fahmi ke new kindie. and it is a relatively new kindie yang tak pernah aku sebut atau tersenarai dalam list. rancangan asal nak register him ke smart reader dah di scrapped. he's going to My Little Impian Kindergarten & Playhouse di subang impian. they use english medium untuk semua subject except when teaching bahasa of course. and so far bercakap dengan principal nya yang masih muda (cuma tua setahun dari ku) aku rasa yakin.
kenapa tiba2 berubah fikiran? idea nak hantar ke smart reader tu dah ok sebenarnya. cuma kalau diteruskan aku rasa ralat sedikit sebab takde kelas agama, kena pulak cari kelas agama (mengaji) kat tempat lain leceh rasanya. bagi ibu yang bekerja macam aku ni kalau boleh biarlah semuanya in one package. lainlah kalau aku tak bekerja boleh aku hantar anak ke macam2 jenis kelas di merata tempat. bila dapat tahu my little impian ada provide iqra' class after kindie aku jadi tertarik. they are english based with iqra class - cukup menepati kehendak aku.
sekarang ni tinggal urusan kindie yaya aja yang belum selesai. got to get it done by this week. lepas tu kena pergi shopping kasut sekolah pulak.
p.s.: buat sementara ni have to make do with entries without pictures sebab nak upload pics ambil masa lama.