Friday, 30 April 2010

Bila Kemboja Berbunga Lagi

owh kemboja saya berbunga lagi!!! sukanya!

pokok limau kasturi hubby
dah hampir botak pokok limau ni kami petik buahnya dijadikan bahan perisa masakan ;-)
pokok bunga griber kuning saya


daniel jiran sebelah kanan saya yang berbangsa tionghua turut teruja melihat ketekunan kami berkebun. 2 hari lepas saya nampak beberapa buah pasu pokok bunga disusunnya berderet bersebelahan pasu anak pokok keladi saya yang saya letak hampir dengan pohon kemboja. terkejut saya bila balik kerja tengok laman belah kanan dipenuhi pokok2 bunga padahal sebelum ini agak gersang pemandangan mata. hehehe... jiran sebelah pun terkena tempias kami obsess berkebun.

what else do i need? hmm 2 atau 3 biji pasu porselin putih yang tinggi untuk saya alihkan pokok2 keladi yang dikutip dari rumah mil. nak saya susunkan dikiri kanan pintu sliding. kat mana nak cari ye?

Thursday, 29 April 2010

Satin Roses & Ribbons

Ahad tempohari I was doing some arty crafty work – mencantumkan artificial flowers to ribbons; to be use as decorative items at the sides of the hantaran tray for my lil bro’s wedding nanti. Bila hubby menjerit dari laman rumah minta dibantu berkebun, I quickly abandon my work, in pursuit to assist him. nanti merajuk pulak gardener sukarela, akak juga yang susah.

Malamnya selepas selesai cooking and had dinner together barulah saya sambung kerja-kerja arty crafty yang tergendala siang tadi.bakul2 putih tu adalah hasil tangkapan saya menemankan my mum shopping di nilai3. bakul2 tu nanti akan dihias riben pruple kelilingnya
buat sementara waktu bakul putih ni jadi bekas simpan satin roses & ribbons

Takdelah susah sangat pun tapi bila jam menunjukkan angka 10 malam terus saya simpan semua barang walaupun hanya tinggal sekuntum je lagi bunga yang belum dicantum dengan riben. Badan dah penat, time to retire. Nanti2lah saya sambung mencantum bunga lagi sekuntum tu. bukannya susah sangat pun. Final product tray hantaran tu simple aja, maklum ler saya sendiri pun tak kreatif sangat kerja2 kraftangan ni. Nantikan final product nya ye ;-)

Monday, 26 April 2010

New Addition In To The Family

Yesterday we welcomed the new addition in to our family.

Yang ini saya tak nurture sendiri in my womb. We decided get one from the nursery, kan banyak anak-anak terbiar perlukan kasih sayang sekarang ni. Jadi semalam we went to visit a nursery not far from home. Nursery yang kami pergi semalam memang banyak pilihan. Yang masih baby pun ada yang dah besar panjang pun ada. Kami tour satu nursery mencari bukan setakat yang berkenan di hati tapi biarlah yang bersesuaian dengan kemampuan kami. Nak ambil yang masih baby rasanya macam tak mampu nak bagi perhatian sepenuhnya sementara dia masih kecil ni. Maklumlah kami pun ada ‘anak-anak’ lain. Nak ambil yang dah besar sikit memanglah mudah tapi bila makin besar bermakna besar jugalah perbelanjaan bulanannya. Lagipun bukannya senang nak bela anak orang ni. Lama juga kami berbincang dengan caretaker semalam. Macam-macam komen dan pandangan yang diberinya untuk memudahkan kami buat pilihan. Akhirnya setelah kami belek-belek semua pilihan depan mata, cium-cium sepuasnya, sesuaikan dengan kemampuan kami, hasil pertapaan kami lebih 1 jam setengah di nursery, inilah anak angkat yang kami bawa balik petang semalam.

A 5 feet bundle of joy in the form of a fragrant frangipani tree! Cantik tak pilihan saya ni?

Haha macam gempak je kan? Takkan sambut baby baru bila masa pulak saya mengusung perut.

The nursery owner kata kemboja kami berbunga orange. Kalau tengok dengan mata kasar nampak pink but it has orange hue with red streaks. I did some research, google up for frangipani’s variant and found that ours falls between the pink variant calles miriwinni dan the multicolour variant called orange splendour. I took some pictures of our flowers and compared them with the pictures of miriwinni and orange splendour. Melihatkan pada bentuk kelopak bunganya, ours look similar to the orange splendour kan? ours, bunga2 yang gugur masa proses mengalih pokok ke tanah saya kutip dan letak dalam mangkuk kecil berisi air
orange splendour variant

Bunga kemboja ni lain warna lain baunya. The nursery yang kami pergi semalam ada macam2 range warna – white, yellow, pink, red, orange. Habis semua saya cium baunya. Dalam banyak2 jenis tu kemboja kuning yang paling wangi bau dia. Ours wangi juga but I prefer the yellow ones actually. Agaknya pasal tulah the yellow ones mahal sikit. We purposely choose yang banyak branches sikit. Kami suka kemboja yang lebat berdaun hijau serta berbunga, just like the one yang kami tengok kat bali dulu. But of course nak dapat yang sebegitu kenalah tunggu 20 tahun! InsyaAllah branches sedia ada ni akan kami buat pruning untuk galakkan pertumbuhan branch baru, biar kemboja kami makin lebat. Tak gemar tengok pokok kemboja yang tegak sebatang dengan daun dua tiga helai aje. We love ours lush. Tapi kenalah rajin menjaganya.

Semalam banyak juga tips gardening yang kami kutip daripada nursery owner tu. Rajin pulak dia melayan kami, barangkali dia sendiri seronok diasak soalan bertubi2, kami pula seronok mendengar lecture percuma dia. Disebabkan pokok kemboja ni tinggi tak dapatlah kami bawa balik sendiri. Alang2 owner nak hantar kami pun pulun beli pokok keladi Sarawak, pokok limau kasturi pilihan hubby dan pokok griber menjalar berbunga kuning pilihan saya. Masa owner hantar pesanan kami sempat juga dia menjengah hampir kesemua tanaman kami di setiap penjuru dari depan sampai ke belekang. Bertambah lagi tips2 dari dia. Bagus betullah servis pak cik ni.

Memang sejak bertahun lama dulu kami mengidamkan keladi Sarawak ni.kalau nak ikutkan boleh aja kutip dari rumah mak mentua tapi jauh pulak perjalanan nak bawa balik dan belum tentu muat dalam kereta.

Hubby minat sungguh dengan pokok2 citrus lately ni. Selepas limau purut kini pokok limau kasturi berbuah lebat dekat 50biji pulak. Yang bagusnya dah tak payah beli daun limau purut dan buah limau kasturi lagi dah. Both item ni memang kerap guna dalam masakan setiap minggu.

Hubby dan saya sepakat nak hias pagar keliling rumah dengan pokok menjalar. Saya berkenan sejenis pokok berdaun lebat berbunga kuning yang saya nampak setiap pagi diperumahan mewah depan ofis saya. Sungguhpun tak jumpa pokok yang sama di nursery semalam tapi dapat yang lebih kurang pun jadilah.

Dek kerana teruja mendapat ‘anak angkat’ baru, hubby sanggup berkebun dalam hujan. Since lubang untuk kemboja dan keladi Sarawak telah siap dikorek sejak beberapa hari lepas, maka eloklah kami tanam terus daripada bertangguh. Esok lusa sibuk bekerja tak sempat pula nak bercucuk tanam. Sempat juga saya alihkan beberapa baris pokok bird of paradise yang terlindung di belakang calanthea; saya alihkan ke hadapan supaya bunga kuning cair dan hijaunya tidak tenggelam disebalik calanthea.

Berpuas hati mengutip tips2 yang diberikan nursery owner semalam, now hubby is set to turn our house in to a nursery! Dulu dia frust sangat sebab hampir semua pokok yang ditanamnya mati. Sangka hubby tangan dia ‘panas’. Disuntik semangat kata2 nursery owner yang sebenarnya tiada trick tertentu tetapi cara penjagaan yang betul menjadi penentu pokok membesar sihat, hubby yakin he can do it. ;-). Apapun keterujaan dia harus ada batasnya; let me be the landscapian sementara dia the gardener. :-) :-) :-)

Wednesday, 21 April 2010

Beware Caller BSN Penipu

Nak juga saya kongsikan di sini apa yang berlaku pagi semalam.

Pagi semalam saya sembur seorang caller yang mengaku daripada Bank Simpanan Nasional, mengatakan saya ada hutang kad kredit BSN yang masih belum dijelaskan. Cepat saja darah saya mendidih.

Pertama: Caller lelaki yang belum cukup hebat menipu ini cuba memperbodohkan saya dengan penipuan yang budak tadika pun won’t buy it! Saya cukup marah orang buang masa saya dengan penipuan yang sangat obvious.

Btw, Saya tak ada sebarang akaun dengan BSN apatah lagi kad kredit dan tak bercita2 nak menambah hutang dengan mengambil kad kredit lagi.

Kedua:I know better when I said I don’t own a BSN credit card so tak payahlah nak minta saya reveal nombor IC saya kononnya nak verify my records. Kalau betul caller tu daripada bank buat apa tanya saya no IC when you should have all my details kan? Tak masuk akal betul tak? Ni penipu yang tak habis buat research.

Tak sempat dia berbasa-basi dengan saya terus saya katakan padanya “ you jangan nak tipu saya, buat apa saya bagi no IC saya? You nak saya buat report polis?” tak sempat saya warning dia jangan buat kerja tak senonoh ini pada orang lain, langsung dia kata “ok…ok..” dan letak telefon.

Friends and readers, tolong berhati-hati. Don’t ever reveal your private information kepada caller2 yang claim you menang percutianlah, the bank where you enjoy credit facilities nak extend insurance coverage for yourself lah dan yang terkini caller yang kata dia nak tuntut hutang kad kredit you dengan bank yang tak wujud. Nasib saya baik sebab caller tadi serkap jarang sebut nama bank yang tak berkenaan dengan saya, I wonder what if dia tersebut nama bank yang mana saya punya akaun aktif? Barangkali terpedaya juga saya. So beware ye guys.

Manusia sekarang are so desperate for money buat jenayah macam makan nasi je lagaknya. Nauzubillah jauhi dari diri saya dan seluruh keturunan saya. Amin.

Tuesday, 20 April 2010

Kejutan Yang Mendamaikan

Malam tadi saya melayan hubby melayan saya berbicara sebelum tidur. Sangat ringkas perbualan kami kerana saya sendiri sudah kepenatan dek kerana badan yang suam2, mata yang kepedihan dan tekak yang agak kering – tanda2 tubuh dihinggap flu, tapi hati saya masih belum rela membiarkan roh meninggalkan jasad buat sementara, not before dibelai2 dan dilayani kerenahnya oleh sang hubby. My darling hubby obliged walaupun saya lihat dia sendiri penat. Jual ikan sungguh saya.

Kesempatan yang sekejap cuma malam tadi digunakan hubby untuk meminta buah fikiran saya tentang apa yang boleh saya lakukan dengan sejumlah wang (jika diberikannya kepada saya) untuk generate sejumlah wang pula secara tetap setiap bulan. At that moment saya akui yang saya takde idea melainkan idea2 yang pernah saya lontarkan kepadanya sebelum ini. Cuma saya tak pasti bolehkan idea2 tersebut membuahkan hasil yang tetap seperti yang dia mahukan. Akhirnya bicara kami terputus sampai di situ saja, kami sama-sama tertidur. Barangkali ketidakterujaan saya melayan bicara dia yang sebenarnya melayan kerenah saya agak menjengkelkan dia malam tadi.

Pagi tadi saya buka gmail saya. Ada kejutan yang mendamaikan hati. Ada seseorang yang operates a famous restaurant menjemput kami untuk satu kolaborasi. Masya Allah! Saya rasa nak menitis air mata terharu. Allah Maha Pemurah, masih diberiNya saya peluang demi peluang. Sungguhpun ini baru sekadar jemputan, kebiasaannya saya agak payah nak bercakap tentang sesuatu yang belum pasti tapi kali ini tak dapat saya sembunyikan rasa syukur. barangkali inikah jawapan kepada persoalan hubby malam tadi? InsyaAllah tak akan saya sia-sia kan.



p/s: entah kenapa lenggok bahasa entry saya semakin berlainan kini. Kalau kalian semua keliru, saya sendiri apatah lagi! Sisi sopan dan skema saya semakin terserlah. Kenapa dan bagaimana ini boleh terjadi?

Monday, 19 April 2010

Running Update

Went for our morning run at the lakeside yesterday. The children took along their bike, which I had to help to carry setiap kali nak cross the quiet road and go down the steps approaching the lake. Before we reached the lake I was already sweating. What an easy way to warm up :-). Oh … and hubby joined us, after all the sweating from lifting the bikes alone and already into my 2nd round barulah nampak batang hidung dia:-P . but we didn’t get to spent time that long with him before his cycling club mates steal him from us to lead their Sunday cycling. Another :-P . Kalaulah tak diangkat jadi cycling club president tak taulah nak kata apa :-P.

Surprisingly, my muscles dah tak menjerit sakit lagi dah. Tak pasti disebabkan kasut running baru atau perumpamaan melayu kata “alah bias tegal biasa”? you all rasa which one?

Whatever it is, I want to get fit and build up my stamina balik, biar badan rasa sihat dan aktif. Same goes with the children. orang kata (orang mana pun tak taulah) kalau parents maintain aktif lifestyle anak2 pun mengikut juga. Which is true juga sebab my mum dulu masa I kecil tersangatlah aktif bersukan. Selalu I follow dia ke mana2 aja team netball PERKEP ada netball match. Keaktifan my mum bersukan tu menurun kat anak2 perempuan dia yang semuanya masuk team netball sekolah, volleyball, acara balapan etc and her sons pun sama aktif with football and volleyball.

As for my children it is still early for me to predict which sports they’ll into sebab I don’t do netball anymore (but would love to!) and their father is not into any sports but cycling (itu kira sukan jugak kan?). So buat masa sekarang my aim is nak bawa the children masuk mini jogathon. Don’t ask me mini jogathon mana coz I don’t know yet. Maklum jelah baru je berjinak2 balik dengan larian, stamina pun takde lagi. Kalau dulu masa muda mudi zaman sekolah rajin lah sangat masuk jogathon (marathon tak larat sih). Nanti bila dah berjaya build up stamina insyaAllah nak register myself and the children mana-mana mini jogathon sekitar shah alam ni.

Friday, 16 April 2010

Cerita Gempar Malam Tadi

Kepala terasa bingung sebab tak cukup tidur malam tadi, sekadar 3 jam aja dek kerana melayan kisah tergempar yang berlaku di kejiranan. Ni bukan nak ceritakan keaiban orang, tapi sekadar mengupas gejala social generasi muda.

Sebaik siapkan tempahan kek tepat jam 12.30mlm saya dah beransur nak tidur. Tapi ‘bantal busuk’ (hubbylah) takde pergi cycling tengah malam acara mingguan dia & geng2 setamannya sekarang ni. Memang susah nak tidur kalau takde bantal busuk ni, sudahnya saya terkelip2 sorang dalam gelap sampailah jam 1.40pagi bila saya terdengar bunyi grill ditolak menandakan bantal busuk saya dah pulang barulah mata terpejam. Sempat juga saya terlena dalam 5-10min, terjaga semula barangkali sebab minda bawah sedar saya terasa ketiadaan orang yang ditunggu2. Cepat saya capai handphone tengok jam 1.50pagi, ada message dari hubby mengatakan dia join orang ‘ambush’ rumah budak bujang student U yang not directly depan rumah kami. Menjenguklah saya keluar tingkap dalam gelap nampak batang tubuh hubby dan geng bas sekolahnya (geng basikal) depan rumah anak2 teruna tu.

Rupa2nya geng basikalnya terjebak ikut sekali selepas diajak pak imam yang mengetuai raid tu. Dengar cerita ada jiran kami yang buat aduan selepas ternampak kelibat perempuan dalam rumah selama 3 hari berturut2 sejak 3 hari lepas. Sebenarnya sebelum saya melelapkan mata tadi sudah saya jengah keluar tingkap tengok kalau ada apa2 yang mencurigakan. Nampak tenang aja rumah depan kami tu, gelap gelita barangkali semuanya dah tidur. Memang dah kebiasan saya sebelum tidur menjengah keluar sejak di rumah lama lagi. Mata saya umpama merakam pemandangan akhir diluar rumah sebelum tidur, bila nampak segalanya in order baru senang nak lelap mata. Saya perhatikan juga rumah anak2 teruna tu, bukan sebab saya ada perasaan tertentu, tapi memang sejak kerap terserempak budak2 perempuan bertandang tak kira siang atau malam, bukannya sekejap atau sekadar duduk luar rumah, selalunya berjam2 di dalam rumah sesekali kedengaran hilai tawa yang cukup nyaring. Cukup untuk buat kami jiran2 ni tahu ada tetamu berlainan jenis di situ. Pernah dulu sekali hubby buat aduan pada jawatankuasa taman, sudahpun dinasihatkan mereka. Tapi umpama mencurah air ke daun keladi, tegar.

Bukannya nak buruk sangka, tidak pula kami membayangkan sebarang kelakuan sumbang di rumah tersebut. Malah saya yakin mereka tidak berbuat sumbang, setakat yang saya perhatikan, mereka ni baik2 belaka.Tapi tidaklah bermakna boleh dibiarkan saja pergaulan bebas sebegitu sedangkan hati dan minda berkata perbuatan itu salah. Sungguhpun atas alasan buat study group sekalipun tetapi kenapa perlu ditempat tertutup? Dan tak mengenal siang atau malam. Elakkanlah fitnah, jauhilah perbuatan yang mendekatkan diri dengan maksiat. Kalau nak berbincang soal kuliah sesame kaum sejenis kat mana2 pun takpe, kalau bercampur lelaki dan perempuan buatlah secara terhormat, ditempat terbuka dan terang, jaga tingkah laku (bukan dengan hilai tawa yang bergema atau bertepuk tampar) supaya tidak disalah sangka. Kalau tidak terpaksalah kami jiran2 ni laksanakan tanggungjawab memberi teguran, kerana saya tak mahu terseret sama dosa bersubahat. Bukan itu saja, saya tak mau anak2 kami yang masih kecil ini terikut2 dengan nilai social yang mereka lihat depan mata sendiri.

Apapun saya juga manusia kerdil yang lemah iman. Saya membesar di bandar kecil, walau punya kawan lelaki dan perempuan pelbagai bangsa tapi yang saya perhatikan rata2 teman sebaya masih punya sifat pemalu (skema) yang tebal. Berkawan rapat macam adik beradik tapi tidak melanggar batas, keluar malam jauh sekali. Kejadian malam tadi menyedarkan saya betapa teruknya nilai social zaman sekarang. Seram sejuk memikirkan cabaran social yang bakal anak2 saya tempuh nanti. Moga2 anak2 saya tidak terjebak dengan perkara yang tak senonoh. Hmm… better stop my children from watching those western teens series yang banyak disiarkan kat astro tuh.

Thursday, 15 April 2010

New Shoes ...

I bought a pair of new running shoe for myself. And a pair each for fahmi and yaya. The one that I've been using bukanlah a proper running shoes. I think that’s the reason pergelangan kaki dan lutut rasa sakit teruk selepas berlari last week – a part from the fact that saya dah lama tak berlari.

Yaya pulak dah outgrown her running shoes. Molek sangatlah we get her a pair of new one sebelum mencederakan kaki dia yang comel itu. Fahmi was not supposed to get a new pair sebab his masih elok. Tapi sebab harga kasut pun tak mahal sebab kami bukanlah beli branded punya sekadar model Power keluaran Bata, Malaysian made sahaja, maka masih ada allowance to buy him a new pair. Mine was selling at rm60, the children’s punya about rm20 cheaper than mine. Lepas tu dapat voucher rm10 lagi, kami guna untuk beli kasut sekolah fahmi. All in I spent about rm160 for 3 pairs of running shoes, a pair of school shoe and 3 pairs of socks. Murah!

Offered to pay for hubby’s new pair of running shoe jugak tapi dia menolak. None of the shoes yang ada kat Bata tu menarik perhatian kata dia. Maklumlah kasut kat situ tak branded, murah2 pulak tu. Dia nak yang branded :-P. Tapi toksah berangan nak beli brand Nike ye, bersekongkol pulak memperlekehkan Islam nanti. ;-)

p/s: tak payahlah saya tunjuk gambar kasut Power saya tu kan, semua orang pun tau ;-)

Wednesday, 14 April 2010

Nak Urut Dik?!

Dua hari lepas seharian saya jalan mengangkang, tapi takdelah buruk benar macam pak mat kengkang sebab saya dah control habis cara jalan sungguhpun sakit urat2 dalam badan menahan gaya @ control ayu. Nak duduk pun sakit pinggang, nak berjalan lagilah seksa. Itu belum kisah saya tak tidur semalaman pada malam isnin lepas sebab sakit badan. Serius, bila saya baring atas tilam bisa sungguh badan macam patah2 tulang saya dibuatnya. Itulah bahana berjogging sakan padahal dah berbulan tinggal jogging.

Jadi dua malam lepas, saya buat muka kesian merayu dengan hubby minta urutkan kaki dengan minyak gamat panas. Sambil mengurut sambil dia mengomel marahkan saya sebab gagahkan diri berjogging sampai 3 pusingan keliling tasik. Lah, banyak sangat ke 3 pusingan tu? banyak kot untuk orang yang keras otot macam saya ni. Hubby mengomel lagi kat saya, katanya saya tak buat senaman stretch up dulu. Eh, kan saya dah buat before berjogging, siap fahmi ikut sekali senaman saya tu.

Apapun, lepas diurut saya tidur lena amat. Keesokan paginya badan saya dah segar sikit. jalan pun dah boleh gaya kucing. Tak tahulah berkat urutan tangan hubby atau minyak gamat panas tu ye? Tapi hubby memang pandai mengurut, tak boleh nak saya nafikan kalau tak lain kali dia tak nak tolong saya lagi ;-) ;-)

Tuesday, 13 April 2010

Bila Terlebih Rajin

princess saya yang seorang ini sungguhpun dia suka berlagak diva tapi adakalanya rajin juga dia menolong saya buat kerja2 rumah. selalunya when i least expected it.
contohnya susun baju dalam almari. yang mengejutkan saya pada satu malam sesudah selesai solat isyak, yaya tunjukkan saya baju2 saya yang sudah kemas tersusun dalam almari. pelik juga saya sebab rak baju saya 2 kaki lebih tinggi dari dia. rupa2nya masa saya sedang solat dia terlangkupkan bakul baju dan panjat atas bakul untuk susun baju2 saya. patutlah kemas dan cantik je susunan dia.
dan ini aksi dia few nights ago yang sempat saya snap.
pandai juga dia ambil hati mama yang sedang ntahapaapa ni.

Monday, 12 April 2010

Filo Pastry

for those yang tertanya2 macam mana rupa filo pastry, here i upload gambar packagingnya. maaf tak dapat nak ambil gambar the filo sheet sebab masih beku, nak dibuka helaiannya supaya nampak jelas kena tunggu dia defrost. tak larat cheq nak tunggu hehe.

jangan confuse filo pastry/sheet dengan kulit popia. filo sheet ni jauh lebih nipis, diperbuat daripada tepung gandum. harga sekotak agak mahal juga, belasan ringgit tapi saya pun tak ingat. this one brand pampas i bought from cold storage. kalau pergi giant or tesco cuba jenguk frozen section dekat area yang sama dengan kulit popia mungkin ada (saya dah berkurun tak ke giant so saya main agak2 jelah harap mengena! ;-)).

filo sheet ni mesti disimpan di tempat beku. bila nak pakai defrost kan beberapa jam. nak asingkan setiap lapis kena hati2, sebab mudah koyak.jangan biarkan terdedah pada udara nanti cepat kering, lebih sukar kita nak meyapu dengan butter mahupun nak melipatnya.

hope this info helps. ;-) ;-)

Sunday, 11 April 2010

Banyak Aktiviti

erm banyak sangatlah aktiviti hari ni konon.
pagi2 lepas solat subuh (subuh gajah!) kejut the children. i took the children for a run while hubby seperti biasa pergi cycling with his gang. oh yes, eversince dia form (secara tak rasmi) a cycling club ni, he spent less and less time for activities with us. grrrr!
i managed to do 3 rounds of running around the lake at our home before i retired. itupun yaya dah mengadu sakit kaki and retired after 1 round.
walk back home, collect sekotak cupcakes tempahan customer pastu terus pergi hantar. tak yah mandi lah tak sempat dah... heheh busyukkk!
tengahari malas nak masak coz hubby pergi kenduri, so i just cook garlic butter rice and grill dory fillet sekeping. lauk pauk mentah dah takde!
sambil2 tu mengerjakan buat kuih koci. selesai mengukus dah dekat pukul 2.30pm. naik ke bilik solat zuhur then acara kuak lentang atas katil with yaya. hahaha...
petang pergi collect barbie doll untuk buat doll cake for one customer ni. balik dari collect doll tu kami anak beranak mengerjakan kebun depan laman rumah.
now at almost 11pm ni... my unuse muscles kat kaki and pinggang dah menjerit2 sakit. ada yang jalan mengangkang esok nih.


p/s: i've found my wit, no?

Friday, 9 April 2010

Mana Jiwa Saya?

the mood i'm in currently and have been for the past 12 days is : blank. macam stone pun ada, so cold and hard.

- saya tiada mood untuk marah (except when my kids buat nakal, have to marah them if not bermaharajalela plak nanti),
- no mood to eat (which is good sebab saya tak perlu paksa diri untuk berdiet! kalau selalu macam ni kan bagus, tengok food pun kurang bernafsu),
- takde mood nak bercakap or berborak , dah penat bercakap pasal benda yang sama over and over again, so save your air liur dan energy ye,
- takde mood nak buat semua benda2 yang saya suka buat like reading before tidur, masak, baking!!!

ada urat putus ke? ini bukan macam saya. jiwa saya takde kat sini. ini penangan gara2saya nak 'R' ke?
saya sendiri takut dengan perubahan ini. buang tabiat ke saya?

Thursday, 8 April 2010

Baklava ... or Baklawa

i think the spelling and pronuoncition berbeza2 geographycally. sebab manisan baklava yang pada kita orang Malaysia lebih sinonim dengan negara2 timur tengah dan turki sebenarnya juga terkenal di negara2 balkan i.e. greece dan bosnia. jadi asal dari mana baklava ni? hmmm risik2 lah sendiri ye... meh layan resipi. i owe this to one silent reader - dasheila and diana.

there are many version of baklava recipe can be found on the internet, you may choose either the greeks version or turkish version. and there's iranians and afghans version too. masa nak buat tu i had this iranians recipe in hand tapi tengok list panjang sangat and the portion pun quite large so in the end i opted for simple recipe yang diambil kat rumah kak min aka lemongrass. minta halal ye ;-)

Baklava (simplified version)

10 keping filo pastry
100g butter, cairkan (sila guna lebih butter coz 100gm is not enough for me!)
about 300g mixed nuts (you can use pistachio, walnuts, almonds, cashew), kisar halus (i use a combination of almonds & pistachio - tapi pistachio lebih sedap & mahal!!! next time i'm gonna use pistachio only!)

For the sugar syrup
250g gula kasar
150mls air
a splash of lemon juice (dalam 1 sudu teh pun cukup)
1/2 tablespoon of rosewater (kalau ada)
* i adopt the iranian version by putting in 1 cinnamon stick. i don't have rosewater in my pantry. ada juga recipe yang letak cardamon pods (biji buah pelaga)
*boleh tambah 1 sudu besar madu kalau suka

- Masak air dan gula sehingga menggelegak. Letak kulit kayu manis (atau cardamon pods kalau guna). Let it boil for about 5 minutes. Add the lemon juice and rosewater (and honey kalau guna). Peringatan: jangan boil the syrup terlalu lama or sehingga terlalu pekat/likat, nanti susah nak menyerap ke dalam baklava. Pour the sugar syrup onto the cooked hot baklava.


Preheat oven to 180ÂșC.
1. Grease a rectangular disposable aluminium container (utk senang nak buang terus lepas tu :-)) measuring 8"x 12".
2. Sapu 1 keping filo pastry dgn melted butter. Nak koyakkan filo pastry ni hati2 coz sangat nipis. Sementara tengah brush filo dengan butter keep the rest berbalut sebab dia cepat kering nanti mudah koyak. Kemudian lipat 2 dan masukkan dlm container, adjust sikit the filo pastry to fit. Repeat until dah letak 5 keping pastry dlm container.
3. Kemudian taburkan kacang ground kat atas filo pastry tu sehingga habis dan menutupi semua bahagian pastry.
4. Ulang step 2 dan letak atas taburan kacang tadi sehingga semua filo habis digunakan. Make sure lapisan filo yg di atas sekali disapu dgn butter bnyk sikit.
5. Potong baklava bentuk diamond sehingga lapisan bawah sekali sebelum masuk dlm oven.
6. Bakar for about 25 mins or until golden.
7. Take the baklava out of the oven and straight away pour half of the syrup on it. Let it meresap dulu, then pour the rest of the syrup.
8. Enjoy!

* I leave the baklava for a few hours until the syrup meresap betul2 ke dalam. Ada yang kata best leave them soaked overnight which is even better kalau anda boleh tahan sabar hehe. You can granish the baklava with remaining ground pistachio.

Ada yang bertanya apa rasanya baklava ni?
I was asking myself the same thing before i first tasted one. For a sweeth tooth like me, rasa dia hmm... heaven!
okay seriously, rasa dia lemak2 manis - manis datangnya daripada syrup tu and lemak from the nuts. kalau guna pistachio rasanya lebih lemak dan sedap. while the filo pastry sungguhpun masa baru keluar oven rasanya rangup tapi after u let the syrup seep through and leave them overnight, filo tu akan jadi lembut but can still hold its texture. hmm pernah makan biskut kacang tumbuk? lebih kurang begitulah cuma tidak rangup.

Monday, 5 April 2010

Lain Padang, Lain Belalang, Lain Orang, Lain Ragam...

Fahmi is recovering from tonsil infection. His body temperature has gone back to normal, thanks to antibiotics and paracetamol syrup prescribed by his paed. He has gone back to school despite nenek’s prediction that he will need to stay at home come Monday. I hate the idea of my children staying away from school longer than necessary, unless it is really necessary. Because I don’t want them to miss out on school. Thank God he fell ill during the beginning of the weekend (don’t get me wrong I’m neither happy nor sad if my children fall ill, it is a process that every one has to go through, we are human after all), which means I have 2 days to take care of him and give him the best treatment I could provide – that is mother’s TLC. Alhamdulillah he is ok now, but still need to complete the course of the medicines given.

Tonsillitis… ni semua inherit dari mama. Both my children ada tonsillitis. It is easier with fahmi sebab dia rajin makan ubat. And the speed of his recovery pun lebih cepat compared to yaya sebab dia masih mahu makan walaupun tekak sakit. Whereas yaya she’s a bit resistance when it comes to ubat, inikan pula nak disuruh makan memang dia tak mau. Ketakutan dia terhadap sakit nak menelan makanan overcome keinginan dia nak cepat sembuh.

Now, mama pula sakit. Bukanlah sakit teruk, but I’m having a very bad stomach ache sejak malam tadi. Must be something rotten or infected in my food semalam. Adehhh…

meh layan mata tengok foto2 dulu dan kini laman depan rumah. we started to plant pokok berdaun lebar dan rumput filipina ni lepas pindah masuk rumah.

December 2009
pokok berdaun lebar ni apa ntah nama dia ye? birah udang ke? susah sungguh nak membela dia bila beralih ke tanah baru. my abah tolong pasakkan kayu supaya pokok tak rebah ke tanah masa mula2 alih dulu.

April 2010
now after 4 months walaupun tak selebat seperti masa kami tanam kat subang perdana dulu but at least banyak anak2 pokok dah mula keluar, daunnya pun hijau2 belaka

yang ni pula rumput filipina yang kutanam. punyalah kedekut orang lain tanam rapat2, aku ni nak jimat punya pasal sekeping rumput aku potong tiga pastu tanam jarak2.

December 2009



April 2010
now rumput dah menjalar tutup lompong2 tu. tapi every now and them kami kena tabur tanah in between the squares supaya rumput lebih cepat menjalar dan tutup penuh rapat2.
nampak tak pokok kaffir lime new addition to our laman. baru petang semalam kubuang ulat bulu yang menyamar menyerupai batang pokok. habis dedaunnya carik dan berlubang2 diratah ulat. dan pokok purple button tu dah makin tenat after 4 months... jenis tak tahan lasak juga dia. nak kugantikan dengan rumput bawang berbunga purple dan putih nanti.

Saturday, 3 April 2010

Quadruple Celebration

we had another birthday party today in seremban with my family. it was a join celebration for yaya and her cousins (my nieces) and my shy pet brother who is not in any of the pictures below.

remember the party that i plan to have in my house? nah... we shifted it to our (my ;-)) favourite restaurant in seremban instead. all my siblings turn up. so it was a family gathering.

eversince i started to bake, all my nieces and nephews wants me to bake their birthday cake. like this time around each of them wants to have their dream cake. but i only have two hands, so i bake a castle cake with their faces printed on edible icing and put them on the cake. they were happy to see their faces on the cake, so that solved my problem. haha...
yaya with her cousin, left in brown blouse and top wearing party hat with their castle cake.my pet bro not in the pic. the brown blouse worn by my niece, farah, was mine! i worn them when i was in my early twenties and was doing my industrial training. i'm surprised to see she can fits in to my blouse. and the skirt she wore was mine too! she worn them ankle length whereas i worn them knee length. that shows how tiny i was when i was young! *lol*
my boy fahmi was not well. he had fever due to infected tonsil. still when around his cousins he forgot he had fever and went all the way to have fun.
my mum and sister. i just realised all of us including me wore purple tudung! ;-)

Friday, 2 April 2010

My Princess Is 5!

my little princess turns 5 today.
she received special treatment today because of it's her birthday. i took the day off. we organised her 5th birthday at school. i dropped her to school today when on other days she took a ride on her teacher's car to and fro school. after i dropped her at school this morning, i quickly drove back home to collect the food and goodies for her party. nothing much really. i wanted to make fried bihun but teacher mimi said they'll prepare nasi goreng. so i supplied chicken nuggets, cocktail sausages, fruits on bamboo skewer, goodies and cake of course.
hubby bought 3 packs of these really sweet and juicy korean strawberry from giant. i count more than 50 strawberries from 3 packs. that was like more than 15pcs per pack sold at rm10/pack! really cheap.
fruits on bamboo skewer
goodie bag for the children, they were 40 of them so i made extra
princess doll cake. she wants doll cake always for her birthday... so boring ;-P
it was very kind of the school to organise games and other fun activities to start off the party. it was very kind also of them for allowing us (me & hubby) to stay during the party. we left after the children sing happy birthday and cake cutting.cutting the cake. all her friends went "oohh" and "aah" by just looking at her cake. ;-)

afterwards, me & hubby sit in front of our pc watching a collection of videos of yaya from birth until now. we are amazed how tiny little bundle of joy with very little hair and tiny voice now turns to be a bubbly girl with piercing voice. how time flies.




and she got a new bike for her birthday that afternoon. hubby offered to buy her a pink bike but she wants red just like her abang's