Nak juga saya kongsikan di sini apa yang berlaku pagi semalam.
Pagi semalam saya sembur seorang caller yang mengaku daripada Bank Simpanan Nasional, mengatakan saya ada hutang kad kredit BSN yang masih belum dijelaskan. Cepat saja darah saya mendidih.
Pertama: Caller lelaki yang belum cukup hebat menipu ini cuba memperbodohkan saya dengan penipuan yang budak tadika pun won’t buy it! Saya cukup marah orang buang masa saya dengan penipuan yang sangat obvious.
Btw, Saya tak ada sebarang akaun dengan BSN apatah lagi kad kredit dan tak bercita2 nak menambah hutang dengan mengambil kad kredit lagi.
Kedua:I know better when I said I don’t own a BSN credit card so tak payahlah nak minta saya reveal nombor IC saya kononnya nak verify my records. Kalau betul caller tu daripada bank buat apa tanya saya no IC when you should have all my details kan? Tak masuk akal betul tak? Ni penipu yang tak habis buat research.
Tak sempat dia berbasa-basi dengan saya terus saya katakan padanya “ you jangan nak tipu saya, buat apa saya bagi no IC saya? You nak saya buat report polis?” tak sempat saya warning dia jangan buat kerja tak senonoh ini pada orang lain, langsung dia kata “ok…ok..” dan letak telefon.
Friends and readers, tolong berhati-hati. Don’t ever reveal your private information kepada caller2 yang claim you menang percutianlah, the bank where you enjoy credit facilities nak extend insurance coverage for yourself lah dan yang terkini caller yang kata dia nak tuntut hutang kad kredit you dengan bank yang tak wujud. Nasib saya baik sebab caller tadi serkap jarang sebut nama bank yang tak berkenaan dengan saya, I wonder what if dia tersebut nama bank yang mana saya punya akaun aktif? Barangkali terpedaya juga saya. So beware ye guys.
Manusia sekarang are so desperate for money buat jenayah macam makan nasi je lagaknya. Nauzubillah jauhi dari diri saya dan seluruh keturunan saya. Amin.