my little princess had a new hair cut. perasan tak daripada entry saya baru-baru ini rambut yaya dah pendek? dia mendesak diguntingkan rambut, kali ini mahu betul-betul pendek. pada mulanya saya agak terkejut dan reluctant nak chopped off rambut dia yang panjang itu. tapi dia dah mula rimas berambut panjang, barangkali juga sebab saya sering berleter rambutnya dibiarkan mengerbang. dah berpuluh getah rambut saya beli, semuanya dicampak nya merata-rata. lebih bingit telinga dia mendengar bebelan saya agaknya.
memang sebelum ini rambut yaya saya gunting sendiri. belum pernah ke salon. gunting layer before this pun saya yang kerjakan sendiri. tapi kali ini saya betul-betul kurang yakin nak hasilkan gaya rambut pendek yang yaya mahukan. bimbang kalau jadi buruk langsung tak boleh disambung kembali! maka cuti labour day lepas saya bawa dia ke salon rambut di subang parade. tak pasal-pasal terbang rm25 untuk bob cut ini.
pendeknya rambut dia, tak sanggup tengok her long mane being chopped off by the hair stylist.
iskkk penat mama bela rambut princess mama ni.
rasanya saya je yang terlebih-lebih sayang nak gunting her long mane. iskkk... sedih tengok rambut panjangnya bertaburan atas lantai salon. walhal yaya asyik tersenyum je sepanjang hair stylist mengerjakan rambutnya. tapi melihatkan yaya tersenyum riang sambil menghayunkan rambut barunya, saya rasa puas. yaya pun puas hati tersangat amat. asyik tersengih aja dia sepanjang hari. balik rumah my mom untuk kenduri adik bongsu nanti mesti my mom terkejut tengok rambut cucunya dah kontot!
saya envy yaya sebab rambut dia halus dan lembut. so unlike mine yang tersangatlah tebalnya. dulu-dulu manalah ada rebonding semua ni, kalau tak diikat mengerbang macam singa!