I had a very busy week last week so that explains the very little entry that I made. I was at my mum’s place from Friday night til Saturday evening. Saya serahkan set cadar pengantin, tray hantaran yang dah siap dihias (oops! Saya lupa snap pics) dan dress flower girls. Nanti bolehlah my mum pasang cadar tu dan letak barang hantaran atas tray bila-bila yang mum rasakan sesuai sebab saya cuma akan balik semula ke rumah mum the day before solemnization di rumah bride. Itupun saya rasa susun atur barang hantaran akan diserahbalik tugasnya kepada saya juga nanti. Memang dah boleh agak dah, dari hantaran my sister sampai hantaran adik no.2 memang saya jugak yang dicari untuk susun atur hantaran. Bukannya saya pandai menggubah pun, tapi sebab saya je yang berani memberanikan diri menenyeh apa yang patut. Yang lain surrender awal-awal. My mum awal-awal dah cakap gubahan sirih junjung nanti biar disatukan dengan buah-buahan. Statement ni mum cakap kat saya seorang, apa maknanya kalau bukan bererti saya yang dipertanggungjawabkan? Sendiri mau ingat lah ye hehehe.
As for the dress, the girls (my nieces) semua dah fitting baju, Jumaat malam on the way ke rumah my mum saya singgah ke kuarters klia pick up anak-anak gadis kakak saya. Penuh kereta saya dengan kanak-kanak riang. Takdelah sunyi bila lalu ladang getah yang gelap gelita waktu jam menunjukkan pukul 11.15malam. Tapi anak saudara saya yang seorang ni, si Amalina laser sungguh mulut dia dalam pelat yang belum hilang tu asyik buka cerita hantu aja. Senak perut saya! Memang kakak saya dah bagitau awal-awal si cilik seorang ni tak ubah macam kakak dia masa kecil suka cerita hantu! Owh saling tak tumpah juga macam mama dia sendiri yang sejak kecil selalu berebut channel tv dengan saya sebab suka tengok cerita hantu sedangkan saya ni penakut! Bila saya warning kanak-kanak riang di seat belakang nak tinggalkan sesiapa yang cerita hantu ditepi jalan barulah masing-masing diam. Berbalik kepada flower girl’s dress, Alhamdulillah semuanya muat dan cantik. Gadis-gadis cilik semuanya suka sangat siap ada yang tak mau tanggalkan dress. My mum pun teruja tengok cucu-cucunya comel lote bergaun putih bunga purple, terus suruh cucu2nya berposing. Saya pun apalagi, grab camera dan buat pre-wedding photoshoots.
my angels
ini dia budak yang suka buka cerita hantu
Sang kumbang pun nak tumpang menggayakan kemeja baru yang akan dipakai masa wedding tu nanti.
Saya beli 4 helai kemeja yang sama berlainan saiz for all my nephews termasuk nephew tiri! Baiknya lah hati mak saudara sorang ni kan, bertambah sayang lah anak-anak saudara pada saya, mak saudara yang suka manjakan mereka! Saya tak cadang pun nak sponsor baju for the boys,tak larat seh nak tanggung semua tapi in the end, kalah juga saya. Diaorang tu semua anak-anak saya juga takde bezanya.
Kalau anda berkenan dengan dress ini atau mencari flower girl’s dress silalah kunjungi http://brandedkidscollection.blogspot.com. Sangat selesa berurusan dengan ownernya Norida yang saya jumpa pagi sabtu lepas. Dia boleh bertolak ansur tukar size baju.