Dah dua pagi berturut-turut hujan turun. Tak dapatlah saya keluar jogging pagi seperti biasa. Pagi sabtu tu kami anak beranak dah siap berpakaian, bila buka pintu alangkah terkejutnya tengok hujan mencurah-curah turun. Dari dalam rumah memang tak kedengaran bunyi hujan menderu. Fahmi frust sangat coz dah beriya-iya nak kayuh basikal keliling tasik. Sampaikan dia merajuk dengan saya sebab tak nak redah hujan pergi jogging di tasik. Aduhai mamat sorang ni kalau dah dia nakkan sesuatu he’s not prepared to accept kalau things tak turn up as he expected. Lebih-lebih lagi bila dia tengok hubby selamba je redah hujan pergi mengayuh basikal with his mates. Alahai bapak budak. Saya juga yang susah kena berhadapan dengan rajuk fahmi.
Ingatkan petang sabtu tu bolehlah bagi budak-budak main basikal kat luar. Kusangka panas, rupanya petang sabtu tu hujan juga. Hampa berganda-ganda lah anak-anak saya. Meragam semacam si fahmi.
Pagi semalam (ahad) kami bangun awal lagi nak berjogging. Elok je buka pintu tengok gerimis hujan dah mula turun sikit2. Kali ini dengan saya sekali termenung depan pintu. Gian nak berjogging dah tak tertahan lagi, menggigil lutut kalau tak lampiaskan gian ni. Hubby tersengih tengok saya monyok. Fahmi dan yaya merungut lagi. Dek kerana tak tahan nak melayan muncung budak berdua tu hubby ajak juga jogging sekitar rumah, berlari dari satu lorong ke satu lorong. At least kalau hujan tiba-tiba mencurah lebat dekat sikit nak cari perlindungan. Sempat jugalah peluh menitik kat badan dan puas jugalah budak-budak mengayuh before we had to retire sebab hujan makin lebat.
Tengahari semalam saya ajak Yaya temankan saya ke seremban. Nak hantar kain baju raya ke tailor. Dah lewat sangat, mujur tailor masih terima. Kebetulan masa saya sampai kat seremban hujan turun mencurah2. Saya dah yaya terperangkap kat kedai tailor tak boleh nak cross ke tempat parking. Tu lah ada payung tinggal dalam kereta. Lama juga tersidai di KM plaza sampaikan Yaya cakap dia tak suka hujan. Saya kata tak baik, hujan tu tanda rahmat Allah swt. Waktu awal hujan doa kita dimakbulkan dan doa kanak-kanak tidak terhijab di sisi Tuhan. Saya ajar dia berdoa minta pada Allah redakan hujan supaya Yaya boleh balik ke kereta. Bila hujan reda sikit saya serkup kepala yaya dengan beg plastic, serkup kepala je takde lah sampai tutup muka, lemas nanti anak dara saya. Saya dukung dia sambil berlari-lari anak cross dari KM plaza ke bangunan Terminal one tempat kereta saya ditinggalkan. Tiba-tiba yaya tanya saya, “Mama tau tak kenapa hujan tu berhenti?” bila saya kata tak tahu, yaya kata “Sebab tadi adik doa…” owh, she really observe apa yang saya kata tadi rupanya. Thank God hujan reda sebab saya takut dia persoalkan kata-kata saya tadi. She has to believe in Allah.
Dan petang semalam syukur cuaca cerah, tapi tak panas, sejuk je. Dapatlah anak-anak bermain di playground. Saya dan hubby temankan anak-anak and their friends sambil kami both pun sama-sama main jongkang jongkit dengan diaorang. Budak-budak tu ringan sangat, kena meloncat-loncat atas jongkang jongkit spring tu barulah melantun ke atas ke bawah. So we both kira macam pemberat lah (memang berat pun). Seronok melayan the kids and their friends sampai terasa diri macam budak-budak juga! It was so relaxing and fulfilling strolling hand in hand with hubby sambil keeping an eye on the children yang laju mengayuh basikal depan kami. Am glad he make time for us petang semalam because he won’t be around for the next few days. He left awal pagi tadi for another week long outstation trip.
Lepas balik daripada a stroll in the park, kami duduk di beranda rumah sambil makan mee rebus tulang dengan my brother in law yang drop by kejap with his sons. Finally, dapat juga buat mee rebus sebab dah jumpa keledek merah seketul. Tercapai jugalah hajat hubby nak makan mee rebus tulang. Awalnya dia dah frust sebab balik rumah tengahari semalam masa saya takde dia tengok air rebusan tulang rusuk lembu masih belum bertukar menjadi kuah mee rebus. Little did he know saya travel sampai ke seremban baru jumpa keledek merah! Hahaha… dasar pemalas ke pasar tani.