gambar diambil pagi tadi oleh hubby.
beginikah sinar matahari yang digambarkan sebagai tanda selepas malam lailatulqadar? seperti yang dinyatakan oleh Ibnu Abbas R.A berkata: Rasulullah SAW bersabda:
“Lailatul qadar adalah malam tenteram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok paginya matahari terbit dengan sinar lemah berwarna merah” (Hadist hasan)
saya bukanlah orang yang tinggi ilmu agama. tetapi kerana kita berada dalam 10 malam terakhir maka hakikatnya tak boleh lari daripada bercakap tentang lailatulqadar. tazkirah di surau-surau kerap menyebut tentang tanda-tanda malam lailatulqadar, sama ada tanda sebelum mahupun selepas. saya akui diri terlalu lemah iman nak berjaga malam mencari lailatulqadar. tapi pagi tadi bila hubby ambil gambar rembang matahari terbit ini saya tidak dapat lari daripada menelaah semula tanda-tanda lailatulqadar.
jadi saya tertanya-tanya sendiri, beginikan cahaya matahari di pagi sesudah lailatulqadar yang dikatakan cahaya nya lemah dan bersinar kemerah-merahan?
tetapi malam tadi saya yakin nampak beberapa butir bintang di langit sewaktu pulang dari surau. memang dah jadi habit saya suka lihat langit waktu malam bukan di bulan ramadhan ini saja.
dan malam tadi seawal jam 12 tengah malam hujan turun agak lebat tapi sebentar cuma, buat saya rasa hairan kerana bukankah saya nampak bintang sebentar tadi?
"Malam yang terang, tidak panas, tidak sejuk, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor kepada syaitan)
Rasulullah SAW bersabda:
Artinya: “Sesungguhnya tanda lailatul qadar bahwasanya adalah malam yang bersih cerah, seakan-akan di dalamnya bulan terang tenang, tidak panas tidak juga dingin, dan tidak boleh bintang dijatuhkan di dalamnya sampai pagi, dan sesungguhnya tandanya adalah matahari pagi harinya terbit sejajar tidak mempunyai sinar seperti bulan pada malam purnama dan tidak halal bagi syaitan untuk keluar bersamaan dengannya pada malam itu”. HR. Ahmad, no. 22765"
entahlah saya tak pandai menelah. hanya mereka yang arif sahaja tahu melihat tanda sebelum atau selepas lailatulqadar.
tapi apa rasionalnya saya tulis entry pasal lailatulqadar? pastinya bukan kerana saya nak tingkatkan rating atau hits blog ini melainkan cuma nak mengingatkan jika benar malam tadi lailatulqadar betapa ruginya orang yang menulis entry ini kerana malam tadi dia telah tidur dengan lena sekali. pun begitu, saya cuma nak ingatkan diri janganlah dikejar tanda-tanda malam lailatulqadar semata-mata, tapi terlepas juga akhirnya. bangkit jugalah di malam-malam lain mencari redha Ilahi. sejak zaman Rasulullah saw orang mencari tanda-tanda hakiki tapi tiada satu yang benar-benar pasti. apakah ertinya? kerana kita disarankan ikhlas beribadat sepanjang masa. bak kata ustaz, jangan digaduhkan pasal solat terawih 8 rakaat ke 20 rakaat, yang penting keikhlasan, kalau yang 8 rakaat tu penuh khusyuk dan ikhlas adalah lebih afdal daripada 20 rakaat tapi dalam hati mengeluh bila lah nak habis!
apapun yang baik itu dari Alla swt, yang buruk itu adalah kelemahan saya.
menu iftar petang tadi sekadar nasi minyak dengan rendang ayam saja. alhamdulillah kenyang.