jam dinding sudah menunjukkan pukul 9.25malam. saya baru saja nak mandi selepas terkocoh-kocoh mengemas beg baju sejak selesai berbuka tadi. saya sampai di rumah just nice untuk berbuka. mengenangkan kami sepatutnya bertolak balik ke rumah my mom malam ini juga, maka saya tanpa mandi kemas baju dan rumah. sebaik nak curahkan air ke badan, fahmi dan yaya berselang seli menjerit dari luar pintu bilik mandi saya.
Fahmi: Mama, mana songkok abang?
Saya: Cuba cari kat kabinet bawah
2 minit kemudian...
Fahmi: abang dah cari takde pun
Saya: Cuba tengok dalam stor, kalau takde juga tengok dalam almari baju abang. suruh kakak tolong
2 minit kemudian...
Fahmi: err takde pun, mama
Saya: Dah lah nanti lepas mama mandi mama cari lah
Barulah saya boleh mandi kata saya dalam hati. Elok saya cucur air ke badan datang pula yaya.
Yaya: Mama, stokin nak bawa ke? (stokin baru dia & abang saya beli for raya)
Saya: Haa, bawa tapi bukan semua... suruh kakak masukkan dalam beg.
Sekejap lagi yaya datang lagi.
Yaya: Mama, mama kata nak tampalkan kasut adik (riben pada kasut dia dah tercabut)
Saya: Yelah, bagilah mama mandi dulu, mama tak mandi lagi dari tadi. Nanti mama buat lah.
Lepas mandi saya keringkan rambut. Jam sudah hampir 10malam. Sekejap lagi hubby akan balik dari surau. Rambut saya perlu dikeringkan sebelum sarung tudung, nanti kepam pula bau dia. Yaya masih belum boleh diam selagi saya tak fix riben pada kasutnya. Rimas saya dibuatnya. Dalam kesuntukan masa nak tinggalkan rumah balik beraya, terlalu banyak benda yang perlukan perhatian saya. Beg baju budak yang sudah saya suruh kakak kemaskan saya masih belum screen semula. Selalunya memang saya kena screen semula sebab cara dia kemas baju menyakitkan mata. Habis baju buruk pun dimasukkan dalam beg.
Peti sejuk pun saya belum check lagi. Walaupun saya dah pesan pada kakak untuk kosongkan peti tapi masih perlu saya periksa sekali lagi, selalunya dia kemas ala kadar saja, pasti ada banyak lagi benda yang tak dibuang dari peti sejuk.
Dalam kelam kabut begitu, I am bound to forget my things. Yelah asyik dok fikir keperluan orang lain saja. Kalau saya buat tak peduli bagaimana agaknya ye?
Oklah, since kebanyakan orang dah pun balik kampung, semua orang dalam mood raya kecuali saya je. Pun begitu saya nak wish Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Fahamilah pengertian sebenar 1 Syawal. It's not about balik kampung, it's not about rendang & ketupat, it's not about baju baju, it's not about duit raya. So jangan gaduh kalau tak dapat balik raya or kalau terpaksa ikut hubby beraya di kampungnya. Jangan gaduh kalau tak dapat sarung ketupat. Jangan susah hati kalau bonus tak cukup untuk bagi duit raya kat anak-anak buah. Sayangnya, saya sendiri juga masih terbelenggu dengan gaya orang melayu kita sambut hari raya. Sehingga saya berjaya membebaskan diri dari belenggu ini, hari raya kurang manis berbanding ramadhan.
Anyway, berhati-hati sewaktu memandu.