We had a quite weekend at home yesterday. Takde aktiviti tertentu. Hubby was away on his cycling jamboree. Saya pula berehat semahunya - a long extended rest dek kerana mendahulukan hal-hal yang lebih mendesak i.e. menguruskan anak dan rumahtangga sepanjang maid tiada, aidil adha, children's concert, khatan Fahmi and baking commitments. Best betul dapat stretch my legs semalam tanpa perlu risau dihambat kerja-kerja yang belum selesai. Saya sudah melangsaikan segala tuntutan yang memerlukan my immediate attention, maid juga sudah lebih seminggu balik ke pangkuan kami, jadi tibalah giliran untuk saya berehat. Now I'm taking a week off from baking supaya saya boleh tumpukan perhatian kepada diri sendiri dan anak-anak (bukan tunggu pergi holiday je baru nak spend masa dengan anak).
Pokok-pokok di laman rumah juga sudah lama saya abaikan. Dah macam hutan pula pokok-pokok kecil menjalar, rumpai jangan cakaplah. Diam tak diam semalam, 5 December, genaplah 1 tahun kami duduk kat rumah baru ni. Rasa cepat je masa berlalu tapi tak terasa pun macam dah lama duduk kat sini. Masih terasa macam baru pindah. Mana taknya, dalam stor dan bilik belakang masih ada few items yang elok berbalut kemas belum di buka hihihi. Tapi mostly adalah frame gambar yang hubby tak benarkan saya gantung. Kami ada banyak gambar keluarga - hasil daripada aktiviti bergambar raya setiap tahun di studio. Nak saya gantung di family room tingkat atas tapi dinding masih belum di cat. Jadi tunggulah sekaligus. Tapi tunggu punya tunggu tu makan setahun lah juga dah sekarang ni. Dah kena tambah lagi satu kerja yang perlu dibereskan sebelum tahun berinjak.
Bersihkan laman rumah, cat dinding family room, gantung all gambar or decide untuk terus peram dalam stor je, uruskan registration sekolah anak, beli baju sekolah Fahmi since dia masuk standard 1 next year kenalah beli siap-siap. What else? I'd better make my list sebelum saya terlupa. Dah pun masuk Tahun Baru Hijrah. Hal-hal rumah macam nak cat dinding dan gantung frame tu dah jadi semacam basi pulak bila tahun dah berinjak. Syukur Alhamdulillah dipanjangkan umur. Kenalah banyak-banyak muhasabah diri ye. Kejap je masa berlalu, iye tak?