Few days ago i watched this program called "Best Food Ever" on channel 707 Travel & Living, astro. On each episode they will show you 10 best ever food using a particular ingredient. Yang I saw tempohari, the theme was cheese. Jadi they travel from one state to another (all within US) untuk cari restoran yang provide food paling sedap made from cheese. Macam-macam food they show tapi paling saya ingat ialah mini cheesecake, cheese fondue where you can dip not only fruits tapi vegetables in it dan yang paling saya tertarik ialah cheese stuffed burger. Nampak menggiurkan sungguh melted cheese di tengah-tengah burger tu.
Jadi malam tadi, our dinner was cheese suffed burger with potato chips. Hubby terkejut tengok size burger yang besar gedabak tu. Bukan sengaja buat besar tapi bila stuffed dengan cheese dia jadi membuncit dan sebenarnya tak boleh nak buat nipis nanti mudah pecah. The burger patties saya buat 1 hari awal, biarkan frozen supaya the patties tak mudah lerai. Walaupun besar tapi saya berjaya juga habiskan burger ni! Bukan sebab lapar pun tapi kerana sedap :-). Saya tidak gilakan cheese tapi saya suka cheese. Saya cuma guna mozzarella cheese je untuk stuffing burger ni. Rasanya kalau guna campuran cheese lain tentu lebih sedap tapi nak cari cheese halal tak mudah. Kena pergi worksyop kat Langkawi where this Italian muslim buat cheese halal, tapi harga dia berkali ganda lebih mahal. That's the price you have to pay for halal food terutama food yang bukan berasal dari sini. Somehow I couldn't help but feel halal food ni dah masuk category luxury pulak - bukan setakat dari segi harga semakat-mata, tapi dari segi availability nya di pasaran. Patutlah ramai yang tutup mata je bila bab pilih makanan. Tapi jangan lupa, mencari yang halal itu adalah kewajipan setiap muslim. Jihad, kawan-kawan. Heee cukuplah tazkirah hari rabu :-).
The potato chips pulak saya cuba apply tips yang diberi oleh seorang teman sekerja berpangkat ayah yang juga seorang ex-academician yang suka memasak! Dia ni sangat tak kedekut ilmu. Tips ni pun dia dapat daripada seorang kawan wargan US yang pernah operates a restaurant di negara kelahirannya. According to him, kalau nak dapatkan potato chips yang berkulit (macam chips kat restoran tu yang isinya lembut gebu tapi luarannya macam seperates from isi), you got to fry the chips until half cook then transfer ke peti sejuk bahagian freezer. Biarkan sekejap, lepas tu goreng semula dengan minyak yang betul-betul panas. Chips saya agak rentung, sebenarnya tak rentung pun tapi mengalami proses browning yang berlebihan kerana kelemahan kawalan api. Bukan saya, tapi kakak punya kerja. Next time nak panggang je dalam oven :-).
3 ketul baked chicken wings for Yaya. Minah ni kurang suka makan burger, mesti dia tak boleh habiskan walaupun saya buat kecil cinonet. Masa pergi cold storage dia yang sambar chicken wings ni. Balik rumah saya perap dan bakar untuk dia. Sekali hadap 3 ketul dia habiskan. Lahap, tapi sebab dia tak makan nasi seharian.
So now you know saya belajar masak dari pelbagai sumber yang tak dijangkakan. From a professor to a bangladeshi labour. Saya belajar buat vadey daripada budak Bangladesh yang kerja kat kompeni saya. In return saya ajar dia bancuh air sirap oren yang saya gelar sebagai fruit punch sans the fruit pieces. Sehingga hari ini orang-orang di ofis sangat amaze dengan fruit punch budak bangladesh ni sehingga menjadi buah mulut ramai sejak bertahun lama sehinggalah budak bangla tu dah tak kerja sini pun masih disebut-sebut orang. Ada yang rindu nak minum fruit punch tapi tak tahu nak buat.Tanpa any of them tahu atau sedar bahawa saya yang masih ada di situ adalah orang yang introduce fruit punch kepada dia. Kekadang terasa juga bila orang sebut-sebut depan saya, tapi saya diamkan aja. Apapun, I thank my mum sebab saya belajar from her ;-).
Beef pie ni saya buat petang semalam sebelum keluar ambil angin kat playground with the kids. Rajin kan saya? :-P. Filing tu sebenarnya adalah left over lauk blackpepper beef yang kakak masak last week. Tak habis sebab dagingnya liat. Daging korban tak tau bahagian apa, sepatutnya kena rebus dulu kejap bagi empuk, tapi kakak punya kerja dia hentam je masak macam masak daging batang pinang. Sakit gigi dan gusi saya. Incik hubby lagilah, jeling pun tidak. Daripada terbuang saya cincang dagingnya dan masak semula letak diced onion dan kentang. Simpan dalam fridge dan petang semalam saya buat beef pie. Lauk recycle ;-). Jangan membazir!
nota kaki yang panjang untuk puan ila s2m3r & puan shida:
ni resipi buat beef patties sukatan agak-agak sendiri ye.
mince meat (dalam 300gm boleh hasilkan 4 ketul beef patties)
1 biji bawang dicincang
1 sudu kecil serbuk paprika (klu takde ganti serbuk cili)
1 sudu besar rempah kurma
3 sudu besar serbuk roti (buat sendiri guna sekeping roti yg dikeringkan dan kisar halus)
1 biji telur dipukul
sedikit mixed herb McCormick
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa
keju mozzarella/cheddar diparut
Gaul semua bahan kecuali keju. Telur letak akhir sekali, letak sikit-sikit, berhenti bila dah boleh bulatkan doh tanpa lerai. Bahagikan kepada 4 bahagian. Setiap satu bahagian dibahagi 2 pula. Leperkan setiap satu bahagian, letak inti keju ditengah dan tutup dengan lapisan kedua. Tekankan sikit dan bentukkan kelilingnya supaya betul-betul melekap. Bekukan dulu semalaman atau for at least 1 hour before cooking. Masa nak masak tu letak minyak atau butter sikit, jangan tak letak langsung sebab nanti beef patties kering sangat. Patties kat kedai tu banyak lemak tambahan pasal tu bila masak dia bertambah keluar minyak. Yang buat sendiri ni takde lemak tambahan jadi kena sapu butter masa masak. Sekian ;-)