See, bila dah berhenti taking new baking projek ni banyak pula masa sampai boleh main masak-masak kat dapur. Saya buat bingka roti jagung malam selasa lepas. Ada roti gardenia satu buku yang tak terusik langsung. Macam tulah kalau ada 2 orang shopper dalam rumah ni, bila shopper no.2 (sayalah) dah beli, shopper no.1 pun beli juga on the same day! Pasal tu saya malas nak beli barang dapur dan barang makan, semua serah kat hubby je sekarang sebab dia shopper no.1. Jadi daripada roti tu terbuang begitu saja baiklah saya manfaatkan. Kalau ikutkan roti tu dah terlajak 1 hari selepas tarikh 'baik sebelum' ataupun orang kata shelf life. But hey, belum berkulat pun dan tak semestinya roti tu dah rosak bila kita makan melewati tarikh 'baik sebelum' tu. Macam yang pernah saya terbaca, terma-terma 'best before' dan 'use by' ni hanyalah panduan jangkaan kualiti sesuatu barang mengikut tempoh bermula dari tarikh ia dibuat. Pasal tu ada kes coklat yang dah berulat sebelum tarikh 'baik sebelum', ada nescafe yang dah mengeras sebelum 'baik sebelum'. Nak tau lebih lanjut sila baca di sini.
Ada orang suka simpan roti dalam fridge sebab kata dia boleh melambatkan pertumbuhan bakteria. Kiranya dia ni pakai teori sains ala-ala eksperimen makmal pasal bakteria pada agar-agar nutrien yang kita buat kat sekolah dulu lah. Kan pertumbuhan bakteria pada agar-agar nutrien yang disimpan dalam peti sejuk jadi lambat compared to the ones yang left pada suhu bilik.
Oklah enough about science and experiments. Terima kasih kepada tuan punya resipi chef asmah. Saya dapat resipi chef asmah ni menerusi fotopages rinnchan. Nak resipi, sila jenguk fotopages rinnchan ye, ataupun google jelah sebab banyak blog dan web lain yang post this recipe.
Kalau ikut sukatan asal boleh dapat bingka bersaiz 9inx9in dengan ketinggian 2.5in. Agak kalau rasa banyak sangat takde orang nak habiskan buatlah separuh adunan. Ataupun lebihan tu bagilah jiran sebelah rumah rasa. Cuma nak pesan sikit je, kalau nak buat bingka ni kena tambah sukatan gula kepada 170-180gm ataupun tambah dengan susu pekat manis lebih kurang 60-70gm sebab kalau ikut betul-betul sukatan asal memang tawar sangat bingka ni jadinya. Lepas tu kalau dah guna salted butter tak perlu tambah garam sebab salted butter tu dah cukup masin, malah jagung krim pun rasa dia lemak-lemak manis (ada rasa masin sikit) gitu. Sukatan roti juga saya tambah untuk elakkan bingka terlalu lembik dan soggy. Lepas tu saya tambah kismis dalam adunan. Ampun banyak-banyak kat chef asmah, saya pandai-pandai tukar resipi orang. Tapi yang nak makan pun saya, kenalah ikut penerimaan tekak saya. Kalau anda memang jenis 'penawar' atau nak jaga diet for certain reason tak payah increase sukatan gula. :-)
Fahmi cukup suka bingka ni. Baru siap masak dan masih panas dia dok haruk minta nak rasa jadi saya potong sekeping untuk dia. Punyalah kuat bodek cik mat sorang ni, baru je bingka tu masuk dalam mulut belum pun sempat kunyah terus dia kata "emmm sedapnya kuih mama buat ni". Pandai sungguh dia ambil hati mama semula, sebab tadi dia mengharuk semacam sampai mama mengalah bagi juga dia rasa. Lepas tu dia kata "nasib baik abang dapat mama yang pandai masak, semua yang mama masak pun sedap". Sabar jelah anak teruna seorang ni. Hilang penat mama kalau selalu macam ni. Mama harap sampai besar nanti abang jangan berubah, ye!