Yes! Berjaya membangkitkan diri di awal pagi for my morning run. Kalau ikutkan mengantuk, memang tak larat nak bangun. Entah kenapa minggu ni letih sikit dan cepat mengantuk. Malam tadi sambil tunggu habis siaran ANTM pun sempat saya terlelap 2 kali. Yaya pulak bukan main cerah biji mata dia masih bertenaga dan mulut dia pun masih bising nak berborak dengan saya.
Hubby ajak saya jogging seawal 6.30pagi! Amboi kalau ulat dalam batu pun tak bangun lagi. Biasanya on my working Saturday memang saya tak pergi jogging, saya jogging Ahad je. Tapi sekarang ni kerja or tak kerja mesti jogging juga walaupun setakat 30min. Tak boleh ambil mudah bab senaman ni sekarang, kolestrol level saya agak tinggi. Badan kurus pun kolestrol tinggi? Tu lah the real thruth pasal orang kurus ni. Doktor yang cakap. Sekarang dah mula ambil fish oil capsule untuk rendahkan my cholestrol level. See, walaupun saya kawal makan pun kena juga kan? Sebab doktor kata cholestrol ni semua orang ada. Tambah pulak my mom pun punya masalah yang sama, so menurun lah kat anak dia.
Jogging bukan sebab nak maintain bentuk badan or weight semata-mata tapi lebih kepada kesihatan. Maklum lah umur dah masuk dalam lingkungan 30an ni. Berlari bagus untuk cardio. Tak mau lah duduk melepak dan melepet je kat rumah, tiba-tiba satu hari collapse. Ada orang kata buat kerja rumah pun kira exercise juga, tapi itu belum cukup. Jadi senaman yang paling ringkas saya mampu buat untuk cardio is running/jogging. Saya jeles sama incik hubby. Sejak dia becomes an avid cycler ni cholestrol level dia rendah sangat! So who says kurus itu sihat? Kurus tak bererti takde penyakit ok. Jadi, bentuk badan bukan perkara utama, yang penting watch your BMI. Tapi siapa tak mau bentuk badan menarik eh? Heheh ;-)