Dah 1 week tak update blog, I don't have the inclination to write sebenarnya. Mood tarak!! Tapi hari ini terasa nak berblogging. Nak cerita kisah weekend baru-baru ni. Selepas 2 hari berturut-turut menjadi spot pilihan anak-anak untuk menghamburkan isi perut, kereta merah bata ini telah mendapat gelaran 'Kereta Muntah'. While they at home senyum-senyum kambing bila incik hubby bagi gelaran itu, I was not. How could I when I am the one who has to suffer from the smelly odour setiap hari pergi kerja.
Oh bukanlah bermakna saya lebih pentingkan kereta merah bata berbanding anak-anak yang muntah pada kejadian malam Sabtu dan petang Ahad lalu. Tapi entah apa coincidentnya sampai kedua-dua mereka muntah dalam kereta saya dalam jarak 2 hari berturut-turut. It all started with Yaya. I would say budak ini memang sengaja cari penyakit. Her picky eater tabiat has taken its toll. Terlalu cerewet makan sampai lunch yang saya prepare pun dia skip. Entah apa yang dia makan - coklat, makanan ringan, yogurt drink. Bukannya takde makanan, there was nasi goreng, cekodok kentang. But none appeal to her appetite. Akhirnya malam tu masa kami baru nak menikmati hidangan kat restoran Mak Jah, bukit jelutong, terhamburlah isi perut dia. Adoilahhhh terbantut selera mak jah oiii. Satu kerja pulak kami mengelap meja di kedai orang, dah macam cleaner pulak kat situ. Dah lepas makan - eh eh makan kena habiskan jugak kalau tak rugi - kami singgah beli mineral water kat mydin. Masa saya tengah shopping tu rupanya sempat lagi Yaya muntah dalam kereta. Mujur sikit tapi kena mengelap lah jugak.
The next day, which was on Sunday, we joined my parents pergi makan kenduri kat wedding dua pupu saya di dewan pantai hillpark. Masa on the way balik rumah, sampai di glenmarie tiba-tiba Fahmi muntah! Takde tanda apa-apa tiba-tiba je muntah. Berjelanak kat seat belakang. Yang ini memang muntah besar-besaran punya kes sampai kami terpaksa berhenti kat Shell buat kerja pembersihan secara bergotong royong. Mujurlah kebetulan time dia muntah tu kami lalu kat Shell! Dengan si Fahmi sekali dimandikan kat paip air Shell tepi jalan tu. My maid boleh pulak duk melopong je duduk atas batu, geli kononnya. Saya?? Geli ngko... loya ya rabbi tapi dah kereta saya dan anak saya boleh ke aku lantakkan je? Tak dapekkk!
the kids seronok dapat jumpa their cousins
wajah-wajah ceria sebelum kejadian muntah
Sampai je rumah kerja-kerja pembersihan diteruskan. Incik hubby kalau bab mencuci memang saya puji - kerja dia tip top. Siap cabut seat belakang. Maunya tak dicabut bila muntah tu dah masuk ke celah-celah seat, nak suruh dia kering kat situ pastu hari-hari lah sedut bau masam? Ada yang pengsan terhidu gas beracun kang?Kereta muntah
Masa tengah cuci kereta tu 2 biji kereta jiran lalu siap tegur. Sure diaorang pelik kerana 2 sebab. Pertama - kami ni memang malas cuci kereta sendiri jadi memang takde lah kami cuci kereta kat rumah. Kedua - ehh dahle tak pernah cuci kereta sendiri, tiba-tiba kali ni siap cabut seat bagai apa kes? Hehe ... sampai ada yang bergurau minta sambung cucikan kereta diaorang pulak. Saya? Eh saya bukan tolong ambil gambar je, saya pun singsing kain memberus karpet kereta - sesuatu yang tak pernah saya buat before this!
Kakak? Giliran dia bersihkan muntah yang berjelanak atas lantai rumah bila Fahmi muntah kali kedua. Dan kali yang seterusnya dan seterusnya lagi sofa day bed saya turut jadi mangsa. Kesian Fahmi entah apa stomach bug yang menyerang dia tak berhenti-henti muntah. Malamnya hubby bawa ke klinik, bila balik ke rumah saya pulak ambil alih jadi nurse masukkan ubat tahan muntah sedebab pen pilot g-1 saya ke bontot dia. Masa mula-mula berkenalan dengan ubat bontot ni memang saya ngeri nak sumbat kat anak-anak, tapi sekarang dah expert dah ;-).
Kereta muntah? Pagi ni saya renjis minyak wangi lovely lace sepuasnya ke dalam kereta. Saya memang takde car perfume sebab saya sangat allergic dengan bau-bauan yang strong. Pasal tu kena renjis perfume lovely lace, kalau tak akak pening dik.