The weather has been so hot and dry since the past few days. Fahmi dah berhenti mandi air panas setiap pagi nak pergi sekolah. Pagi Isnin dia menjerit beritahu saya campuran air panas dan air paip dalam baldi mandian dia panas sangat. Selalunya kan air panas yang di masak seperiuk kecil je tu bila campur dengan air paip jadilah suam-suam kuku. Tapi pagi tu airnya tetap juga panas, sudahlah pagi tu hawa pun memang dah sedia panas, dah macam sauna pulak dalam bilik air dia. Oh ya, rumah kami takde water heater so kena masak air panas atas dapur macam zaman dulu juga.
Sebab cuaca yang panas terik dan kering ni juga lah saya batalkan hasrat nak bermarathon baking di dapur hujung minggu lepas. Hajat di hati nak bake beberapa biji tea cake, saja simpan buat makan sendiri atau kalau ada guest come over ada juga something nak hidang. Kek lapis cadbury dalam fridge dah habis dibedal saya dan anak-anak. Bekalan snek kat rumah memang dah kering, bila kawan hubby dok berulang datang rumah last week takde apa yang dapat dihidang to accompany teh O secawan. Segan ya rabbi buat tebal muka jelah.
Dua tiga kali saya usung butter dan cream cheese keluar peti ais - nak defrost konon. Dua tiga kali juga usung balik masuk peti ais, bila tak tertahan nak berkubang di dapur dengan hawa panas. Sudahnya balik kerja malam tadi saya kerjakan juga 2 biji kek yang simple. Satu biji was a major flop! See even baker pun ada mishap di dapur - nobody's perfect. Ada sesuatu yang tak kena dengan resipi tu, I should have known better and altered sukatan bahan but this time around saya terasa nak percaya 100% resipi. Tak apalah first time memang tak selalunya terus menjadi. The second one was an orange cake yang saya bawa a few slices for my snacking kat ofis today.
Dalam berpeluh baking tu sempat juga malam tadi saya buat serawa (kuah) durian dengan baki sebiji durian udang merah yang saya beli Jumaat lepas di pulau indah. Itu pun nasib baik sempat disorokkan dari Yaya, kalau tidak memang sadakallah jelah jawabnya. Yang beriya-iya sangat nak makan serawa durian ni ialah Fahmi. Dia cukup suka cicah roti dengan serawa durian. Masa saya bawa balik 3 biji durian tempohari, awal-awal lagi dia dah cakap 2 biji untuk dimakan 1 biji untuk buat 'bubur' (kuah lah maksud dia). Hah dia ni memang pandai sangat order makanan ikut selera dia. Semalam dia tunjuk hadiah pencil box yang dia dapat kat sekolah sebab menang no 1 pertandingan teka silang kata in English. Wow wieee boleh tahan anak mama ni ye. Alhamdulillah senang juga hati saya sebab English dia masih ok walaupun bahasa pengantar kat primary is in Malay. Masa tadika dulu semua subject diajar dalam bahasa Inggeris except for Malay jelah. Sekarang the reverse.
Bulan lepas kami bawa dia pergi main air kat desa waterpark sebab tunaikan janji hubby pada dia. Kan hubby janji kalau Fahmi do well in his school exams dapatlah dia main air lagi kat waterpark. Since he did so well masa exam bulan March tempohari dia dapat 2 reward bukan 1. I bought him another gadget and we brought him to desa waterpark.
Walaupun watergames dia tak secanggih kat gambang or anywhere else di KL ni tapi oklah for the kids. Tambahan pulak parents diaorang tengah malas nak masuk pool, setakat duduk bawah payung je sampai balik. Takut hitam konon! Macamlah putih gebu sangat padahal masing-masing serupa kopi susu daa.