Tahun sudah pun berganti ~ 1433 Hijriah. Sesuai sangatlah kalau kita ambil kesempatan ini untuk teropong diri, buat post mortem dan buka buku baru.
Menginjak ke tahun baru ni memang sangat terkena dengan batang hidung sendiri. Saya memilih untuk berhijrah. Bertukar haluan, yang kebetulan akan tercapai hasrat saya itu bermula di tahun baru ini. InsyaAllah moga Allah swt perkenankan cita-cita saya itu. Semoga Allah swt beri saya kekuatan untuk tetap dalam haluan yang saya pilih. Keputusan saya ini bersebab, macam-macam omelan dan hint saya di blog ini tapi rasanya belum pernah saya cakap betul-betul apa sebabnya dan apa yang saya nak capai sebenarnya.
Saya terjumpa kata-kata pujangga Islam ini di satu laman grup facebook. Pendekkan cerita, saya benci facebook. Jangan tanya kenapa nanti panjang cerita. Tapi sejak saya jumpa ASST hati saya tak henti-henti disentuh. Tak henti-henti subur dengan kata-kata dan peringatan yang menyedarkan. Buat masa ini benda yang saya benci itu ada juga kebaikan yang boleh saya ceduk darinya. InsyaAllah asal saya tetap dalam niat mencari benda-benda yang baik.
Kata-kata pujangga Islam di bawah ini sedikit sebanyak boleh describe kenapa saya mengambil keputusan untuk 'berhijrah'. Saya tidak mahu hidup dalam kekesalan. Titik.
Jom kita share. Sharing is caring ;-)
HIDUP KITA CUMA 3 HARI
1. Semalam : Sudah menjadi sejarah
2. Hari ini : Apa yang sedang kita lakukan
3. Esok : Hari yang belum pasti
Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik dari hari yang pertama.Jangan mengharap hari yang ketiga kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.
HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
1. Nafas Naik
2. Nafas Turun
Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaanNya dalam menggunakannya.Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin nafas itu yang terakhir keluar dari tubuh bersama Nyawa
dan Roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.
HIDUP CUMA ADA2 PILIHAN :
Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.
HIDUP YANG ABADI CUMA ADA2 TEMPAT :
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.
Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan
dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN.
Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila
hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.
Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.
Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya
terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu
dan puncaknya adalah SOLAT ...
Amat sukar untuk dipercayai
bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,
umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,
tetapi tidak mempunyai boarding pass.
Dan mereka yang sengaja melalaikan solat,
umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa setem ...
apabila ditanya bagaimana suratitu akan sampai
pada penerimanya .. lalu dia pun berkata
setemnya akan dihantar kemudian.
Apakah penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda .. atau, suratnya masuk tong sampah.
Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur
atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita ...
Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara
secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya
setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali
kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang ...
lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan
kita redha dan Allah meredhai.
Semoga kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa
... di dunia jua di akhirat kelak serta
di dalam rahmat Allah s.w.t.
credit to Antara Benua Seribuso & Sandal Leha dari Grup ASST FB
http://www.facebook.com/groups/268819973139673/
my journey as a young mother; juggling between raising my two little terror, feeding my hubby with love and good food and climbing up the corporate ladder, the latter out of my own will
Monday, 28 November 2011
Terus Terang Je - Saya Rindu Dia
Saya ni hampir segalanya cepat.
Besar cepat (kecik lagi dah fikir macam orang tua).
Kahwin cepat (walaupun target sebenar nak kahwin umur 28... dah jodoh)
Dapat anak pun... 1 1/2 year lepas kahwin cepatlah juga kiranya walaupun tak bunting pelamin kata orang tua tapi saya benci perkataan itu, kasar dan macam binatang pulak disamakan kita.
Sekarang dengan emosi tak tentu arah saya terasa sangat TUA cepat!
Anak bujang separuh rela saya tinggalkan di rumah mak
itupun lepas puas berperang dengan emosi... puas berdiskusi dengan incik hubby
puas memujuk si anak supaya tak payah pergi
ikutkan hati mahu saja saya rebut dia masuk kereta malam minggu lepas
kedekut sangat ke saya sampai tak boleh nak berkongsi dengan orang tua sendiri?
cemburu sangat ke saya takut anak lebih sayangkan nenek dan atuknya?
anak-anak saudara yang lain memang dah biasa bertunggu bertangga di rumah nenek mereka
tapi anak-anak saya memang tak pernah buat kerja macam tu
melampau ke saya kalau tak beri anak-anak duduk di rumah nenek mereka macam anak-anak orang lain yang setiap kali cuti sekolah berusung ke selatan, ke timur, ke utara hantar anak balik kampung?
entahlah saya memang bukan jenis begitu... saya memang bukan jenis yang mengikut trend
saya ada cara saya sendiri, saya memang lain... tak suka sama dengan orang
entah pesen apa entah, suka buat orang pening
kadang saya rasa saya terlalu keras, tapi saya selalu merasa keras saya itu untuk kebaikan
keras dengan diri sendiri itu memang pasti, keras dengan anak-anak bukan sengaja suka suki tapi bersebab
keras ke saya dengan anak bujang saya tu bila saya tak berapa izin dia tinggal di rumah neneknya?
keras sangat saya separuh rela turut kemahuan orang tua nak bermanja dengan cucu secara bebas 1 minggu tanpa kehadiran saya
kenapa ni?
sob... sob... sob... tak payah lah nak cover line
cakap terus terang je...
sebenarnya saya tak sanggup berpisah dengan anak-anak saya!
tak tahan menanggung rindu tak melihat kelibat si bujang
dia kan chenta hati saya...
sapa tadi tu yang kata saya keras hati?
*mode rindu kat si baju hijau. entah apa pesen bergaya perut kendur begitu - sampai hati awak tinggalkan mama... sob...sob...