Party ke?
Party lah jugak sebab cik Yaya request. Nak buat cemana, saya malas tapi nak jaga hati dia juga.
Nanti dia kata untuk abang ada party, untuk dia takde.
Saya cuak sebab dia tak ramai kawan perempuan kat sini kecuali Diana je.
Itupun sebab Diana duduk depan rumah, dah tentu lah boleh datang
Diana tak pernah fail datang kalau dijemput, so nice of her and her parents too
dulu she came alone, tapi sejak adik dia dah besar he tagged along
Do you see a cat or a p**? Hubby cakap kenapa muncung cat tu nampak macam p**? Wakakaka... Tangan keras betullah tukang draw tu, tengok sample kat baskin n robbins cun je
Kad jemputan diedarkan pada hari jumaat kat sekolah agama
Yaya said she invited semua kawan-kawan abang dia, yang juga merupakan kawan dia lah
sebab dia selalu join Fahmi punya group tapi lebih banyak gaduh-gaduh gitu
coz you know lah boys mana nak main sangat dengan girls
kesian my girl
the girls kat sini memang tak keluar rumah bermain
kalau yang keluar main pun yang dah besar-besar sikit
kalau Yaya's age ni takde keluar main-main
Masa buat party ni pun most of Fahmi's friend tak turn up pulak
ramai yang balik kampung kenduri kahwin
si Firdaus ex-boifren Yaya pun tak datang, nampak mpv dia lalu depan rumah dalam half an hour lepas party mula
hmmm... kenapa ye? singgah lah kejap
dahhh saya pulak yang sentap
Keras nko nak potong kek beku... macam meneran pulak. Auni (pink T), Yaya's new friend datang bertemankan mama dia. Peramah dan cepat mesra budaknya, saya suka sebab memang suka layan budak-budak ni bercakap. Diana (green blouse) pun semakin peramah sebab dah selalu jumpa. Dulu-dulu berat mulut dan pemalu.
Dapat set melukis baru from Diana, apalagi habislah dia kerjakan time tu jugak. Yaya kalau melukis memang boleh lupa diri, depan pintu rumah pun jadi! Tak semenggah betul
Lepas tetamu balik incik hubby entertain Fahmi main badminton depan rumah. Phewww selamat saya, kalau tak sayalah yang jadi mangsa kena main badminton. Fahmi dia nak saya je, ni sebab saya sibuk dan incik hubby free. Nampak dia dah seronok dengan incik hubby dah tak cari saya lagi hehehe
Kena halau dari depan pintu sebab orang nak sapu sampah, dia lari sambung melukis kat coffee table. Susah nak suruh dia posing, kena paksa angkat muka.
She's happy walaupun hanya 2-3 kerat je kawan dia yang datang
itupun dia tak serik, tahun depan nak buat lagi
haisyyyy... tahun depan mama pencen buat party lah sayang
tunggu daddy buka mulut buat party khemah, bila lagi nak mengerjakan khemah dia
kalau tokey khemah wajiblah pasang 3-4 biji dengan scallop berlainan warna
ala-ala buat display promo gitu... wahahahaha
barulah orang teruja nak sewa khemah awak lepas ni kan kan kan?