Ayu in one of her comments beritahu saya to "have a good rest"
I have to concur with her, I really need a good rest!
I thought setakat trip ke Bandung, dekat je takdelah jetlag ke apa, rupa-rupanya saya silap. Dah 2 hari balik, sejak semalam badan rasa dehydrated sangat-sangat. Buat pertama kalinya saya balun minum air banyak-banyak, sambil melayan staff yang tak henti-henti bagi report sambil minum. Minta excuse banyak-banyak dengan mereka, banyak bercakap tekak dan mulut pun kering.
Owh rupa-rupanya saya nak selsema! Balik kerja semalam cari clarinase yang saya beli kat farmasi tapi hampa. Entah ke mana hilangnya dia. Have to make do with panadol dan scotts emulsion saja. My colleague kata it must be because of the heat kat Bandung.
She's wrong ... Bandung sejuk okey langsung tak berpeluh. Tapi boleh dimaafkan kawan saya ni sebab dia belum pernah ke Bandung. Bandung bukanlah sejuk as in chilly tapi cuacanya sangat nyaman tak panas, kerana bentuk muka buminya yang berbukit dan bergunung ganang tinggi 2,500kaki di atas aras laut.
Di sana sejuk bila balik Malaysia cuaca panas so it must be the change of weather kot yang my body tak boleh adapt. Macamlah lahir kat Alaska!
So there goes my introduction, thought of babbling about my health condition tapi dah intro terus pasal weather kat Bandung.
I'll skip the flying by AirAsia part coz AirAsia punya service memang teruk dan tak convenient. But hey, if that's the only thing you can afford to pay why complaint? So I won't go into the details lah.
We arrived at airport Bandara Husein Sastranegara at 7.30pm. It was already dark dah macam pukul 8 lebih. Bandung is 1 hour behind KL time, so I adjusted my watch to reflect local time. For first time travellers, Bandara Husein Sastranegara asalnya adalah airforce base milik tentera Indonesia. Bandung tidak memiliki airport nya sendiri. Maka tidak hairanlah kalau anda lihat banyak rumah-rumah lama bercat biru yang kelihatannya seperti rumah-rumah kuarters kerajaan zaman British seperti di Malaysia kerana ianya memang kuarters tentera udara!
Mengingatkan saya kepada pengkalan tentera udara di Subang, except ours does not cater for commercial flights. Bandara Husein Sastranegara memang kecil in term of size tetapi agak selesa berada di sana.
Where We Stayed
Heri, the local tour operator @ supir that we engaged was ready to take us to the hotel but we asked him to take us somewhere for dinner. He brought us to Restoran Simpang Raya, a nasi padang eatery. Owh I sooo loooveeee nasi padang. Sambal berlado is my favourite ;-). Once we had our fill, Heri drove us to the hotel.
I booked ourselves at Galeri Ciumbuleit Hotel & Apartment yang terletak in a bustling road, Jalan Ciumbuleit through Agoda.com. Kredit harus diberikan kepada Agoda kerana informasi dan user review yang sangat reliable. The hotel's interior dan servis in real life memang secantik dan sebagus yang digambarkan di laman agoda.com. We had a breeze check in and a breeze check out juga. Disebabkan bayaran dibuat terus kepada agoda maka semasa check out, kami cuma perlu pulangkan electronic key sahaja tanpa perlu menunggu pengesahan bil. Easy breezy ;-)
The hotel is a high rise building of 26 floors with our room located at the 17th floor. Masa pertama kali sampai saya rasa tak percaya di satu jalan yang sangat sibuk dan flocks by rumah-rumah dan kedai yang berderet wujudnya sebuah hotel. Tapi setidaknya lobby hotel tidaklah berhadapan dengan busy road seperti hotel royale di ikano power centre tu. Entrance gate dikawal rapi oleh 2 orang guard yang berdepan dengan busy road berjarak dalam 100m juga dengan lobby hotel.
Selepas seharian observe the city dari tingkat 17 saya realised memang Bandung sebuah kota yang padat. Padat penduduk dan bangunannya dibina bercantum dan berderet antara satu sama lain. Most of the buildings adalah bangunan-bangunan lama and were built di lereng-lereng bukit hingga ke lembah. Agak menggerunkan tapi itulah hakikatnya di Bandung.
I booked ourselves a executive suite room that housed 1 master bedroom and 1 single bed room. Lebih jimat daripada ambil 2 bilik berasingan or connecting room disebabkan my mum pun ikut sama this trip. I paid RM240/night (on exchange rate) for the executive suite which is cheap compared to any other 4 star hotel kat KL ni.
Please excuse the mess. Gambar ini diambil beberapa minit sebelum kami check out ;-)
The suite is spacious. Sangat selesa untuk kami yang menginap berlima - 3 dewasa dan 2 kanak-kanak yang hyperactive. The housekeeping keep the floors cleaned and made our bed everyday.
The only problem we faced pada masa check in malam pertama tu, our electronic key tak berfungsi. But we were lucky enough sebab ada maintenance worker lalu time tu, he immediately offered to help. However, disebabkan kami check in pun agak lewat jadi key card tak dapat nak digantikan waktu tu. Masuk bilik guna key card hotel jelah.
Saya harus puji kemesraan hotel workers. Mereka sangat courteous, very helpful, always smiling and always ready and willing to help. The front desk assistance without hesitation tinggalkan front desk untuk bukakan pintu pada hari kedua kami di sana sebab electronic key masih belum digantikan. Probably because we were away for the whole day. But he immediately get our electronic key replaced then and there.
Hotel menggunakan lambang daun pada logonya. Saya perasan kebanyakan hotel atau tempat termasuk restoran menggunakan tumbuh-tumbuhan sebagai logo perniagaan mereka. Malah kota Bandung adalah sebuah kota yang dikelilingi kehijauan! Motto pelestarian alam ada di mana-mana. Hijau - sejuk mata memandang, a good therapy for the eyes ;-)
Selalunya hotel akan tawarkan bilik with city view or garden view. Tapi kami dapat hill view or lebih tepat valley view? Ye, seperti kata saya tadi bangunan-bangunan di sini dibina di lereng-lereng bukit, sama ada bangunan memanjat bukit atau bangunan 'menurun' bukit. In our case, hotel ini terletak di cerun bukit yang berlembah.
This photo was taken dari terrace di belakang lobby hotel.
As you can see, bangunan bersebelahan dibina dicerun-cerun bukit dan dibawahnya ada semacam sebuah dumping ground (tidak jelas kelihatan dalam gambar).
Saya snap photo ni menghala ke sebelah kanan. Saya tak sanggup nak snap photo angle sebelah kiri. Nak tau kenapa dan apa yang ada di lembah tersebut?
Tanah perkuburan!
Yes. None of the reviews yang saya baca di agoda.com ever mentioned about kehadiran tanah perkuburan Islam yang menjadi view bagi the rooms yang facing 'hill/valley view'.
Jadi saya agak terkejut bila bangun pagi hari pertama tu duduk bersidai di depan sliding door balcony kecil yang terkunci kemas (sengaja dikunci oleh pihak hotel) sambil menikmati pemandangan hingga sayup ke bukit bukau gunung ganang tiba-tiba bila saya perhatikan di bawah lembah ternampak petak-petak kecil berbatu marmar pelbagai warna dari putih ke hijau dan maroon berselang seli dengan pohon buluh cina. It ends up a few metres dari basement parking hotel. Owhhh perasaan spooky sudah mari.
Rasa tak percaya dengan apa yang saya lihat, saya kongsi my discovery with my mum.
Rasa spoilt mood sikit but heyyy that's where semua orang goes to selepas ini kan? And banyak lagi tempat-tempat lain yang dibina di atas bekas tanah perkuburan. Yang ini cuma berjiran dengan tanah perkuburan - cuma. So my valley view sebenarnya adalah graveyard view ;-).
Agaknya ramai yang tak perasan kehadiran kubur tersebut sebab balkoninya memang dikunci, tingkap juga berkunci dan di tinted dengan corak daun. Saya pulak jenis yang suka memerhati dan membelek lama. As I said earlier, kota Bandung punya kepadatan bangunan yang tinggi disebabkan bentuk mukabuminya dan hotel memang banyak dibina di tengah-tengah bandar. Biasakan diri nak tidur 3 malam di sini, jangan nak takutkan diri heee.
Ada 2 blok apartment dalam kawasan hotel. The one facing the hotel macam abandon je while the one di sebelah kanan hotel are 50% occupied dengan kehadiran kereta-kereta tuan rumah.
The hotel offers 2 restaurants - Gracia Restaurans at far end of one wing offers local and international food while Golden Lotus offers chinese food at the other wing. Oh there's also an open terrace lounge called Gracia Lounge di mana mereka selalu mengadakan BBQ buffet on Saturday nights.
At Gracia restaurant where we had our complimentary breakfast.
Owh breakfast buffet mereka sangat meriah! Dan sedap bangat.
The hotel charged IDR90,000 = RM27 for buffet and half priced for children untuk berpuluh menu yang sedap.
Murah dan berbaloi sangat sebab itu saya rasa rugi nak skip breakfast.
Saya bukanlah jenis pemakan breakfast sangat, tapi saya kalah dengan hidangan-hidangan lazat di sini. Rugi kalau waktu bercuti pun masih berpantang makan.
Tambahan pula bila my vacation/holiday concept were all about discovering the culture/people, scenic/architectural and FOOD!
Cheap some more!
Cik Yaya had spaghetti marinara and keep on going back to the dessert counter for its pineapple and cherry jellies.
The nasi kuning served with kalio sapi sangat sedap.
Other facilities includes free entrance to the gym, wifi, tapi boleh juga guna their pc to access to internet, spa & massage (IDR135,000 kalau tak silap), small playground di depan hotel dan swimming pool at level 5.
Fahmi, Yaya and their 'teman baru' berjimba jimbi dalam kolam renang sampai kecut.
Waktu ini sudah pun jam 6 petang tapi gelap macam maghrib.
Err memang dah masuk waktu maghrib pun, by 7pm something sudah isyak.
Sepanjang di sana kami melakukan solat jamak - jamak takdim atau jamak takhir
Matahari terbit sangat awal. Azam subuh berkumandang sekitar jam 4.40 pagi
Jam 5.30 pagi cahaya matahari sudah mulai terbit, jadi bidai ditingkap sentiasa diturunkan supaya kami masih boleh tidur tanpa rasa bersalah.
Untuk first time travellers sekali lagi diingatkan supaya mengubah waktu di jam anda, diundurkan 1 jam ke belakang. Pastikan sebelum anda masuk tidur anda sudah undurkan jam kalau tidak akan berlakulah kejadian haru biru.
Ada orang yang tak suka pakai jam tangan dan jenis tak berapa kisah pasal masa telah tanpa meng 'consult' saya yang memang tak boleh hidup tanpa jam dengan rasa confident nya mengunci alarm di handphonenya ke pukul 4.40pagi untuk bangun solat subuh.
Dan pada malam yang malang bagi saya itu, kerana tidak dapat tidur lena akibat bunyi 'gegaran kecil' yang datang dari jiran sebelah bantal, baru saja nak terlelap ayam kedengaran bunyi nyaring alarm milik orang sebelah bantal yang dengan pantasnya meloncat bangun dari katil, buka pintu menuju ke bilik air.
Saya yang baru mahu terlelap ayam rasa sangat disturbed - pertama kerana 'gegaran kecil', kedua kerana bunyi alarm dan ketiga kerana bunyi air yang tidak mahu berhenti - terus saja bangkit dari katil menjenguk.
Hati sudah agak panas, kerana saya sudah boleh agak apa yang si dia buat. Tunggu si dia sedar sendiri tapi tak mungkin. Tu yang bangun juga selepas saya tak boleh ignore what's going on.
"Buat apa tu"
Si dia pandang saya dengan muka pelik "Ambil air sembahyang lah"
"Sembahyang apa?"
Nampak dahi dia berkerut, bengang dengan pertanyaan saya kot. "Sembahyang subuh lah"
"Dah, masuk tidur"
Dahinya makin berkerut.
"Sembahyang apa pukul 3.30pagi ni"
"3.30 apa pulak kan dah subuh ni." Dia melawan lagi
"Subuh menda, subuh pukul 4.40 lah yang abang set alarm tu tak adjust masa. Abang ikut waktu Malaysia bukan waktu sini"
"Bukan sayang cakap subuh 4.40 pagi ke, abang set lah 4.40pagi" Eh, dia melawan lagi.
"Saya cakap 4.40pagi waktu Bandung, Bandung lewat 1 jam. Saya punya jam saya dah adjust, lain kali ikutlah saya. Ni abang tak adjust terus je set alarm. Bla.. bla.. bla..."
Kannnnn.... haru.
Sabar jelah, itu bukan kali pertama dan terakhir. Pagi akhir kami di sana pun masih bertelagah pasal masa. Saya adjust waktu di jam tangan saya while masa di handphone saya biarkan ikut waktu Malaysia. Incik hubby asyik lah pergi refer kat masa di handphone, pukul 6.45 pagi dia kata 7.45 pagi sibuk duk hambat saya mandi cepat nanti tak sempat breakfast nak check out.
Adoi lah, pesanan saya ikutlah orang yang hidup around the clock kalau kita ni jenis yang tak kisah pasal masa. Jangan ikut kepala sendiri sebab dijamin silap!
Panjang lebar dan special entry lagi pasal hotel siap puji-pujian lagi, haruslah Galeri Ciumbuleit bagi saya free nights stay lepas ni. (*_^)