I was driving the the kids to school early this morning when I received a call from hubby. Malam tadi dia tak call dan saya pun tertidur awal. His tone was serious. Semalam nyaris berlaku kejadian penculikan kanak-kanak di perumahan kami. Dan budak yang nyaris menjadi mangsa penculikan adalah kakak kepada kawan Fahmi. Berdebar saya.
Hubby told me to warn the children not to accept free ride from strangers. According to him petang semalam, ada seorang lelaki yang menawarkan diri untuk menghantar budak itu pulang siap nak bagi upah duit sekali. Mujur budak itu menolak. Mujur sangat-sangat. Syukur Alhamdulillah kerana budak itu dilindungiNya.
Saya tak tau kat mana kejadian itu berlaku. Fahmi and his friend including the sister went to the same sekolah agama. Tak tau lah kalau kejadian berlaku selepas habis sekolah agama. Saya risau sungguh. Terus bagi syarahan panjang lebar kat anak-anak. Tau jelah si Fahmi ni panjang langkah sikit. Tempoh hari ada maid Indon siapa entah upah dia RM5 untuk pergi belikan top up. After few days baru pecah tembelang sebab adik dia lah - kan dia tu mulut murai sikit. Adik dia duk bersaing nak kumpul duit samakan dengan duit abang dia. Terkejut saya sebab saya tak pernah beri mereka duit macam mana Fahmi ada RM5. Mmmphh... terus kena grounded tak boleh keluar rumah. Both of them kena grounded. Geram saya. Saya pun tak pernah suruh mereka pergi ke kedai walau tengah putus bekalan makanan sekalipun. Ni pandai-pandai dia pergi ke kedai sebab orang suruh. Nak aja saya cari maid Indon tu, report kat majikan dia. Suka-sukaan je.
Ngeri saya memikirkan nak membesarkan anak zaman sekarang ni, bahaya. Zaman sekarang ni banyak manusia-manusia yang sakit mental dan rohani nya. Semua fikir nak buat benda tak baik je. Paedophilia pun bersepah-sepah, orang bunuh orang macam siang ikan je, cari duit dengan menculik. Macam orang takde agama. Nauzubillah.
Sedikit perkongsian, elok amalkan doa perlindungan untuk anak-anak yang saya dapat dari internet.
Rasulullah saw pernah berdoa untuk perlindungan Hasan dan Husain, baginda saw membaca:
أُعِيْذُكُمَا بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّةٍ
“Aku berlindung kepada Allah untukmu berdua dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna daripada semua syaitan, binatang berbisa dan pandangan mata yang jahat.”[ Imam al-Bukhari]
Sekiranya anak anda lelaki maka tukar perkataan yang bold dengan (أُعِيْذُكَ ) dan anak perempuan dengan (أُعِيْذُكِ )
Semoga dengan berkat doa nabi saw ini si anak sentiasa terselamat daripada sebarang gangguan yang tidak diingini.
Kalau ada doa-doa lain silalah kongsi bersama.