Thursday, 11 October 2007

Ramadhan V - Detik-detik Akhir Menjelang Syawal

anuar zain berdendang...
"berlalu lah sudah ramadhan,
sebulan berpuasa
tiba syawal kita rayakan
dengan rasa gembira..."

ya benar, tinggal sehari saja lagi untuk ramadhan meninggalkan kita
kalau anuar zain berdendang merayakan syawal dengan gembira, tapi aku sejak mengenal erti & nikmat sebenar ramadhan menginjak usia remaja, terasa syahdu & sedihnya nak berhari raya. honestly i always, always hope that every month is ramadhan. i wish syawal would never come supaya aku terus dapat merasai ketenangan jiwa dan nikmat ramadhan. apatah lagi dalam usia dewasa ni, mengejar duniawi macamlah kita ni nak hidup seribu tahun lagi. setidak2nya aku rasa ketibaan ramadhan dapat mengetuk some sense into my (if not others) head yang hidup ni bukan untuk keduniaan semata2.

nak pulak ibu berkerjaya macam aku ni. sejak beranak pinak payah benar nak jejak kaki ke surau berterawih. banyak nyer lah alasan! malu! tahun ini dapatlah sekali jer... peluang yang sekali itu buat aku rasa rindu sangat dan buat aku tersedar yang aku ni dah lama jauh sangat dengan majlis2 ilmu. aduhhhhaiii buat aku terasa nak kembali ke zaman remaja dulu bilamana sepanjang bulan ramadhan masaku dihabiskan dengan berterawih di surau... damainya hati.

bila dengar takbir di malam raya mulalah rasa masin air liur kutelan... mau juga bergenang air mata. maunya tidak! mengenangkan betapa nikmat ramadhan itu akan datang semula selepas setahun lagi, ntahkan bernyawa ntahkan tidak kita masa tu.

dan sejak remaja setiap kali aidilfitri akan kupastikan diri ini menunaikan solat sunat aidilfitri, kerana aku rasa apalah ertinya hari raya kalau duduk di rumah aja di pagi raya melantak hidangan.

aku ni berat hati nak berhari raya sebenarnya. kerana aku yang jahil ini belum puas menikmati ramadhan. alangkah indahnya kalau dapat menikmati ramadhan sambil berumrah, hanya fikirkan ibadat sahaja setiap masa, tak perlu fikir pasal kerja, pasal langsir raya, pasal kuih, hanya fikir ibadat saja. teringin rasanya berpuasa di mekah. bila ye?

berat atau ringan hati nak beraya, aidilfitri tetap akan muncul jua. esok bertolaklah kami ke segamat menyambut raya di rumah MIL.

aidilfitri ni seronoknya untuk kanak2 aja ye? untuk yang dewasa, ramadhan lah raya kita.

Salam Aidilfitri from Me & Family. Maafkan segala kekhilafan.

p/s: oh ya shida, semalam masa buka puasa cum annual dinner co. aku, aku jumpa aziah classmate kita masa form 6 di smsa. rupa2nya hubby dia keje kat co. aku! and semalam, aku kasi award outstanding employee kat hubby dia!

4 comments:

  1. lia...i have the same feelings. ramadhan is more special than syawal itself for me. other than the hari raya with family (note...with family only...heh) syawal is not as special as ramadhan. that's why i was determined to fast, even for half a month.

    i pun dah lama tak terawih. sedih betul lah...

    ReplyDelete
  2. aziah..emm lama gak tak jumpa dia..kirim salam ler klu ko ada contact ngn dia...
    ramai gak yang sedih pasal ramadhan nak berakhir....

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya Lia.....

    sebot pasal terawih..huwaaaaaaaaaaa

    tak sempat sehari pon
    jaga alieyah je memanjang

    ReplyDelete
  4. sama jugakk..paling rindu part terawikh masa zaman b4 kawen...
    semakin meningkat usia ni..menyambut raya dah tak bape excited..more utk anak2 saje..kan...

    ReplyDelete