my journey as a young mother; juggling between raising my two little terror, feeding my hubby with love and good food and climbing up the corporate ladder, the latter out of my own will
Monday, 29 September 2008
29 Ramadhan 1429H - It's My Birthday Today
fahmi malu2 nak nyanyi lagu happy birthday for mama, yaya pulak masih lena dibuai mimpi when i left to office pagi tadi.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi sebab diberi kesempatan berjumpa bulan Ramadhan & insyaAllah Syawal dalam umur yang mencecah 30 ni. Aduiiii beratnya 30 tu... heheh what's in a number kan yang penting what you have achieve sepanjang tempoh ni.
Aku rasa tahun ini, lebih2 lagi bulan ni dalam waktu2 terdekat nak menginjak ke angka 30 secara semulajadinya datang kesedaran tentang banyak hal. Antaranya tentang arah hidup aku & keluarga, my future - will i still be here with this company in 5 years time? alhamdulillah rezeki sejak kerja kat sini memang melimpah ruah, itu tak boleh dinafikan. tapi pernah tak you reach a stage where you feel you have done enough & takde apa lagi dah yang boleh dicontribute... not that i mean aku ni top contributor, but rasanya ada masa2nya yang aku rasa aku dah habis daya & usaha, it's time for me to move on, to explore myself to the next level dengan new environment. i need to enrich my life.
seriously aku sendiri rasa terkejut dengan perubahan ni dan masih rasa ragu2 lagi. but safe to say that i'm now at the stage where i'm preparing myself for the 'exit' to a new life, new future.
new life tak semestinya yang lebih baik dari sekarang dan tak semestinya kurang bagus from what i have now. it depends on individual target. i don't value life dengan berapa banyak wang kita ada in our account. of course kalau ada duit berkepuk2 tu adalah satu bonus & security.
tapi rasa2nya dengan umur dah masuk 30 ni dengan baki insyaAllah kalau panjang umur lagi 40 tahun aku ada untuk tumpang bernafas kat bumi Allah swt ni aku nak juga buat sesuatu untuk kepuasan diri sendiri.
i want to be a better person. teringat Ustaz Dr Fadzillah Kamsah cakap, define kehendak kita betul2 so that ia boleh terbit secara visual. so let me give meaning to 'a better person'. i want to work less hours so that i'd be able to give more attention to my family (hubby, children & parents), i want to be able to pleased my family, aku juga nak beribadat dengan lebih baik & sempurna (i'm not getting any younger), i want (need) to balance my life. it is something that i have tried but could not achieve with my current work. i might be wrong but that's my analysis... i do hope ada yang boleh bagi other point of view but buat masa ini itulah my conclusion.
wow! i've reflect so much dalam masa kebelakangan ni ye. macam tu rupanya bila menginjak ke angka 30... :-)
bila hubby hadiahkan kenwood mixer tu, hadiah tu seolah2 bagi makna baru dalam hidup aku. i can't thank him much. that was the sweetest thing he did & hadiah yang paling bermakna. everyday semakin kuat aku rasa my passion memang for baking (perasan je kot). i've always love baking, more than i love cooking. perhaps it is a sign that i should explore further.
whatever decision, whichever turn i make... wish me for the best. amin...
Sunday, 28 September 2008
28 Ramadhan 1429H - Fahmi's Special Treat
sempat juga petang tadi pegi weigh myself... ha ha jangan jeles, berat kuturun lagi! 53.9kg! ni kira catatan berat paling rendah kucapai sejak bersalinkan yaya... in total i've lost 4.6kg (hasil berpuasa sejak rejab, syaaban hingga ramadhan) huhu sah muat semua baju2 lama. tapi yang tak best tu tempat2 lain semua macam lempeng cuma tang bumper je yang tak mau lempeng :-(. ermmm ... pastu petang temankan fahmi berbuka bantai fastfood molek sangatlah tu dah penat2 turunkan berat badan dengan 1 meal jer terus burst balik. huhu lepas raya ni tak taulah macam mana harap2 jadi imune tengok food sedap2... buleh ke? macam tak caya jer.
pagi tadi celik je mata terus sambung buat 1 biji lagi fruit cake. jam 1 petang siap dikukus. beginilah hasilnya, guna loyang 7x7x3 sebab loyang 8x8 dah habis dijual. kusejukkan sementara kami keluar petang tadi, balik je rumah terus wrap dengan cling wrap. esok masuk bekas untuk dibawa balik.
oh ya, sunyi pulak rasa hari ni. jiran2 ramai yang dah beransur balik kampung. time2 gini yang buat hati aku tak keruan meronta2 nak tinggalkan subang. sunyi sepi macam deserted cowboy town je. isyy macam manalah puan sally boleh tahan beraya kat rumah sendiri. ternyata aku masih belum cukup kuat lagi. itu belum tercampak jauh kat negeri orang macam LG. dan sama juga macam my own mum yang duduk jauh dari parents sendiri, seingat aku masa kami kecil tak pernah ma dapat balik beraya. abah juga tak pernah bawa kami balik beraya kat kampungnya.
sempat kemas rumah & pack my clothes siang tadi. cuma baju anak2 je belum packing lagi. harap kat kakak jelah cuma petang esok balik kerja aku kena check semula kot tertinggal apa2. apasal ye kali ni rasa kurang organised pulak. selalu walaupun busy dengan keje sampai ke suntuk raya tapi bab mengemas puas hati le. kali ni macam banyak tak siap je. where's my checklist?
Saturday, 27 September 2008
27 Ramadhan 1429H - Projek Kek Raya
Friday, 26 September 2008
Selamat Hari Raya Aidilfitri
i'll be working tomorrow and monday. hanya akan bertolak balik ke my mum's house petang monday, insyaAllah. sementara itu, aku akan terus berblogging... hehe macamlah ada orang nak baca, semua dah sibuk balik kampung aku jer yang syok sendiri. layannn...
26 Ramadhan 1429H - Cornflakes Crunchy
Thursday, 25 September 2008
25 Ramadhan 1429H - Fahmi Puasa Penuh Lagi!
Wednesday, 24 September 2008
24 Ramadhan 1429H - Fried Prawn Wantan
semalam niat dalam hati nak solat terawih di masjid, yelah hari isnin dah tak jadi pergi sebab kaki kusakit. tapi entah kenapa semalam rasa tak larat jugak. tapi dalam tak larat tu sempat juga buat kuih orang malas. tengok orang lalu depan rumah menuju ke masjid dalam hati meraung2 nak pergi. tapi tulah iman tak berapa kuat lagi... aduhaii rasa kesal sangat.
tiba2 tengahari tadi tengah buat kerja aku menjerit malam ni nak pergi sembahyang terawih! tergelak colleague aku yang duduk meja depan. tu bahana rasa kesal semalam tak habis lagi. sayangnya, petang tadi dapat petanda... huwaaaaa patutlah aku tak sedap hati je sejak semalam... rupa2nya tu tanda2 aku takde rezeki mengejar pahala tambahan penghujung ramadhan. serves me right! tidakkk!
*********************************************************************************
untuk Diana, resipi udang goreng wantan. senang jer bahan2 sedia ada:-
bahan2:
udang harimau atau udang sederhana pun boleh (jgn besar sangat)
1/2 camca teh serbuk paprika (nak pakai serbuk kari pun boleh)
1/2 camca teh serbuk lada sulah
garam
sekeping keju dicarik2kan
kulit wantan secukupnya
1. Perap udang dengan paprika, serbuk lada sulah & garam. Toskan airnya.
2. Ambil sehelai kulit wantan, susun kepingan kecil keju, letak udang & bungkus. Kalau udang masih agak basah, kulit wantan akan melekat dengan sendirinya. Kalau agak kering sapu air pada hujung lipatan wantan.
3. Goreng dalam minyak yang panas. Boleh hidang dengan sos salsa mangga atau mayonis ditambah perahan limau nipis. Nak pakai sos cili thai pun boleh.
Tuesday, 23 September 2008
23 Ramadhan 1429H - Baking Lagi
apa taknya, bahan2 kuih ni mudah sangat, cara nak buat pun mudah. dengan adanya toy baru nak cream butter & icing sugar jadi mudah, just campak2 dalam bowl & putar. sementara tunggu adunan kembang bolehlah aku mengayak tepung. pastu campak lagi semua masuk dalam mixer. ambil doh sikit sumbat dalam acuan & picit... tak ke senang tu? dalam 1 1/2 jam siap semuanya dari mengadun sampai membakar.
nak tau tak? this is the first time aku buat biskut dahlia. seumur hidup sampai dah nak masuk 30 tahun ni tak pernah aku ambil peduli nak buat... sebab kuih ni tak diperkenankan oleh penyimpan mohor besar kat rumah my mum... sapa lagi my mum sendiri lah.
selain dari biskut raya aku plan nak buat kek buah kukus... bolehlah nanti bawa balik umah mil. or since hubby nak balik umah mil weekend ni agaknya kenalah aku percepatkan buat kek. tapi bila ye?
Monday, 22 September 2008
22 Ramadhan 1429H - Ramadhan Tag
kena tag dengan Mama Ayuni... thanks nina i really need it.
after 3 weeks of fasting, sangat terasa kepenatannya. i recall my first week puasa i was so excited about everything this ramadhan sampai tak boleh tidur... seronok yang tak terkata sebab dapat jumpa bulan mulia ni sekali lagi. tambahan pula kali ni akan sambut my 30th birthday di bulan ramadhan. on top of that aku excited sangat nak capai azam ramadhan kali ni.
dah sampai ke penghujung ramadhan ni tetiba datang pulak assignment. esok start buat internal audit... kena keluar, kerja dalam office pun tak boleh nak tinggal. ermmm sejak awal lagi aku dah agak, since tiap2 tahun office tempat kerja aku ni tradisi dia bulan puasa lah kita tunggang langgang bekerja, mana mungkin aku dapat merasa ramadhan yang aman damai sampai ke penghujung.
for iftar today we had cekodok kentang+udang, otak2 dan nasi ayam for fahmi & yaya. balik kerja tadi sempat bawa my 2 kids ke pasar ramadhan tu yang rembat otak2 7 keping dengan nasi ayam. malas nak masak nasi lagipun sapa sangatlah yang nak makan. aku sendiri cukup dengan cekodok & jus oren. kenangkan budak berdua tu nanti kelaparan pulak tu yang beli nasi ayam.
cadang nak ke masjid berterawih... tapi kaki kiri ni meragam sakit pulak. sakitnya masyaAllah dari tulang punggung sampai ke hujung kaki. bawa kereta tadi rasa nak menangis je... huhu kalau ada driver kan best boleh baring kat seat belakang. apa kan daya... so berterawih sendirian jelah kat rumah malam ni.
Sunday, 21 September 2008
21 Ramadhan 1429H - Krim Tart
inilah krim tart a.k.a kuih masuk mulut tak boleh bercakap tu. the tart base sangat lembut dan gebu, dicetak guna acuan tart terap biasa tu cuma dimasukkan dalam sarung kertas untuk memastikan tart tak hancur dan hilang bentuk disebabkan terlalu lembut. intinya cuma jem strawberry biasa je, kalau nak buat jem sendiri pun boleh aja... topped with dessicated coconut yang digaul putih telur & sedikit gula. hodoh je rupa dia kan?
kalau buat kuih ni my mum selalu marah sebab letak jem sikit sangat tak terasa plak nanti. bukan apa kutakut jem tu melimpah ruah nanti sememeh pulak. yang ni buat pagi tadi ma belum rasa lagi, kalau dah rasa mesti dia kata "kedekut jem!" *lol*.
my bro pulak buat special request today, minta buatkan biskut cornflakes kegemaran kami adik beradik yang memang dah bertahun2 aku tak buat. tulah dia kalau dah lama sangat pegang takhta tukang buat kuih raya, bila kita berehat kejap takde sapa nak sambung. hehe nak salahkan orang lain pun tak boleh juga, dah aku sorang yang pegang resipi... wakakaka. tengoklah nanti kalau ada kerajinan sementara hubby takde ni boleh juga aku pulun membuat kuih je tiap2 malam. bukan susah pun tapi dengan 2 orang mat & minah kacau kat rumah ni boleh meroyan aku jadinya.
sakitnya kaki malam ni. elok2 tengah drive balik from seremban to subang, sampai je dekat tol bukit jelutong tetiba kaki kanan rasa nak cramp... lepas tu kaki kiri plak. huwaa nak nangis je dahlah aku drive sorang bawa anak2 & maid sebab hubby dah pegi outstation. nak minta tolong sapa pun tak tau. sampai kat traffic light simpang bukit jelutong tu sempat stretch my legs kejap sambil berdoa dalam hati janganlah melarat. fuhhh lega cramp tak menjadi2.
just to update, fahmi berjaya puasa penuh 1 hari semalam! horayyy!!! itupun selepas dipujuk2 untuk tahan sebab sikit je lagi nak berbuka. cuaca panas & kering semalam so he was so thirsty... bukannya dia minta makan pun. sahur pagi tadi kat rumah my mum kami pakat2 kejutkan dia bangun sahur. the day before dia tak jadi bangun sahur sebab tak larat buka mata. alhamdulillah kat rumah my mum sebab ramai orang dia pun bersemangat sikit nak bersahur. habis juga sepinggan nasi gaul telur goreng & kicap kusuap kat anak bujang tu. tapi sayangnya hari ni dia cuma dapat 1/2 hari je... takpelah at least dia dah cuba which is good enough.
hubby has gone for his last outstation untuk bulan puasa ni for 3 days. maknanya makin kering lah aku sebab bila hubby takde bukannya berselara makan sangat pun. selalunya masak lauk pauk pun untuk dia... ni dia dah takde jawabnya makan apa yang ada jelah. cekodok udang & kentang lagi kot? ;-)
Friday, 19 September 2008
20 Ramadhan 1429H - Tart Nenas Lagi
elok je siap buat tart terus bersiap2 nak balik umah my mum... esok ahad ada project buat 'kuih masuk mulut tak boleh bercakap' pulak. petang ni untuk berbuka nak buat karipap. pastry dah siap dibekukukan tinggal nak buat inti je.
ok got to go... malam esok baru tempek gambar ye.
note: entah apa yang mereng dengan blogspot ni pun tak tau lah dah 2 hari aku buat posting tapi keluar date the day before... mengong ke hapa. entry ni sepatutnya bertarikh 20 september 2008 tapi keluar date semalam. tak pasal2 19 september jadi ada 2 entry bearing same time plak tu... huihhh tamak sungguh! this entry was actually posted on 20/9/08 at 14:04.
19 Ramadhan 1429H - Nasi Tomato
nasib baik ayam dah kusuruh kakak goreng siap2, tinggal nak tumis saucenya aja. tapi sebelum tu tumis rencah nasi tomato dulu. aku guna bahan2 yang sama macam resipi yang pernah ku paste kat blog ni. emmm bila dah masak harum semerbak bau rumah ni, bau daun pandan, kayu manis dan rempah ratus lain.
kalau kebiasaannya aku berbuka dengan air suam dan kuih sikit, lepas solat maghrib baru makan heavy. kali ni tak tahan sehh, bukan pasal apa tapi dah 3-4 hari tak sahur perut memulas sakit pulak. lagipun aku kesian kat perut yang makin kempis ni, pakai baju & pants hari ni pun dan macam layang2 kena tiup angin... hehehe
esok nak sambung buat tart nenas lagi... yang ni khas for my mum. urrmm kang buat untuk ma sure my sis tanya dia punya mana. adehhh ni yang letih ni... nak buat untuk dia ke tak?
Thursday, 18 September 2008
18 Ramadhan 1429H - Bawal Kukus Kasturi
Wednesday, 17 September 2008
17 Ramadhan 1429H - Berbuka Ala Kadar
dah siap pun lepas maghrib tadi... bersepah ;-)
oh ya, semalam bawa yaya pegi klinik since batuk dia menjadi2. alang2 jumpa doktor tu mama yaya pun mintak ubat selsema dengan doktor, dapat 2 jenis, untuk malam ubat yang mengantuk, untuk sahur ubat tak mengantuk. sementara tunggu giliran tu sempatlah aku menimbangkan diri, yelah kat klinik tu ada scale kan takkan tak cuba kot? dah turun 2.5kg... wahhh baguslah, sukanya hati... tapi petang tadi tak puas hati masa ambil seluar kat tailor di care4 sempat timbang lagi... nasib sama result dia. ni berkat puasa sepanjang bulan rejab sampai syaaban dan terus sambung ramadhan. uisyyy... kena kerja keras juga baru nampak hasil sikit.
Baking Project
buat kuih tat nenas je hari ni... pakai dua jenis acuan pasal tu pattern dia lain skit. tak larat dah nak sambung kuih lain. tunggu weekend pulak. harap2 tat ni tahan sampai raya, bukan takut berkulat tapi takut 'tikus kepala hitam' bedal. fahmi & yaya dah terjerit2 nak makan, tapi kubuat tak tau je... isyyy kejam mama.
berbuka petang nanti nak masak fish 'n chips jer. ringan2 sudahlah... tak daya.
Tuesday, 16 September 2008
16 Ramadhan 1429H - Tandoori Lagi...
hubby balik today, kenalah masak special sikit tak leh main cincai. bila dah kehabisan idea apa nak dihidangkan untuk berbuka inilah jadinya... repeat menu! cuma kali ni guna tiger prawn yang kubeli sabtu lepas. tiger prawn dia kali ni besar2, kalah udang galah, tapi sengaja ku tak ambil yang besar2 sangat, orang kata kalau terlampau besar kurang manis... iye ke? memula cadang nak buat raita untuk pencicah tapi takde mint & cucumber so tabur daun bawang jelah atas mayonis. udang tu dibuang kulit badan jer, ekor & kepala sengaja kutinggalkan.uhhh sedap betul makan udang, lemak2 manis rasanya.
fahmi malam tadi dah bagitau siang2 dia tak mau puasa. uihh baru cuba setengah hari dah surrender anak bujang mama tu... emmm besar cabaran nak melatih anak berpuasa. ada tips?
Monday, 15 September 2008
15 Ramadhan 1429H - Belajar Berpuasa
sebelum pegi kerja aku dah pesan kat dia, cuba tahan jangan makan, minum dan hisap jari selama separuh hari. kalau dah tak tahan sangat call mama dulu. i waited for him to call but he didn't. so dekat2 jam 12 tengahari aku call rumah bercakap dengan dia... kakak said he was sulking, he doesn't want to talk. finally he talked to me but he was on the verge of crying... aiseyyy man... kesian lah pulak. i told kakak bagilah dia berbuka. amboii sukanya dia dapat makan, barulah meloncat2 kata kakak.
menu berbuka cuma nugget ayam, mini chicken pie & potato wedges. since menu common tak yah lah tempek pic kat sini. malam nanti nak ajak budak2 & kakak pegi solat terawih kat masjid.
Sunday, 14 September 2008
14 Ramadhan 1429H - Hari Kelam Kabut
padahal hari ni cuma masak ikan pari bakar, cekodok kentang + udang dan chicken cornish. yang part chicken cornish tu salah satu sebab jadual aku jadi haywire, inti dah buat in advance tapi bila uli2 shortcrust pastry terasa lembik sangat macam doh tart pulak. terpaksa letak balik dalam fridge but after 1 hour masih tak boleh nak bentukkan dia macam karipap 'berdiri' sebab crust dia pecah2. susah sangat aku canaikan dan sumbat dalam acuan pai mini... hah jadilah mini chicken pai.
my day started early sebenarnya today. patut hujung2 minggu di bulan puasa ni dapatlah berehat panjang, stretch your legs hilangkan lenguh2 pinggang & kaki kiri yang makin menjadi2. instead pagi2 lagi aku sorang diri shoot ke seremban. semuanya gara2 nak collect baju raya dari tailor. aku tau, sungguh kurang bijak buang masa, duit petrol & tol... nak buat macam mana aku cuma tau & selesa dengan apek tailor tu sorang jer. setakat ni tak berani lagi nak hantar kain kat tailor area shah alam/subang ni... not that i know that many. lagipun apek ni charge reasonable & kalau dia buat kurung moden memang elok 'terletak' kat badan kita. sebenarnya aku boleh ambil baju tu hari lain, tapi sebab baju kurung moden polos tu perlu dijahit manik supaya bertambah vogue lagi ala datin2, maka lebih banyak masa diperlukan. dan pakar jahit manik ku yang masih sudi ambil tempahan tak lain tak bukan my own mom... nasib ada mak yang pandai menjahit.
hubby won't be around for iftar tomorrow, he's going for outstation duty. hanya tinggal aku & kakak (maid) je yang akan berbuka sama. awal2 aku dah cakap dengan kakak, esok tak payah susah2 kita masak macam2, goreng nugget dengan potato wedges cukup. eh... alih2 fahmi menyampuk "cukup ke makan nugget je", sibuk je orang tak puasa tu, sure dia risau sebab tiap hari berbuka dia tumpang sekaki. tergelak hubby dengan ngomel fahmi.
btw, fahmi janji nak cuba puasa setengah hari esok.setiap kali me & hubby tanya kenapa dia tak puasa, mesti dia salahkan kakak "kakak tu yang bagi abang makan," . Ada2 je alasan dia. Kali ni kakak terdengar perbualan kami, terus kakak bagitau kalau kakak tak bagi dia makan nanti dia sendiri yang order nak sarapan apa. Haaaa pecah tembelang fahmi.
Saturday, 13 September 2008
13 Ramadhan 1429H - Mee Rebus
Friday, 12 September 2008
12 Ramadhan 1429H - Nasi Minyak Goreng & Satay Goreng
Thursday, 11 September 2008
11 September 1429H - Kisah Kuih 'Masuk Mulut Tak Boleh Bercakap'
kekadang rasa macam kenapalah kedekut sangat aku ni nak sediakan hidangan berbuka tapi bila fikir2 balik, tak semestinya mentang2 puasa kita kena perbanyakkan hidangan dan makan lebih untuk cover balik seharian tak makan? itu dah silap faham konsep puasa jadinya. bukan ke salah satu sebab berpuasa ialah supaya kita insaf bahawa ramai lagi orang yang kurang bernasib baik?
lagipun hidangan berbuka yang simple bukanlah sesuatu yang asing bagiku. masa zaman duduk hostel kat U dulu juadah berbuka ku simple juga. kadang2 beli nasi tomato sebungkus dengan kuih cara manis, kadang2 hanya kebab. Masa duduk bujang kat port klang pun macam tu jugak, kalau tak roti john mesti beli kebab... nasi memang jarang. Time2 berjauhan dari keluarga tu terasa rindu pulak nak berbuka sama2, memang lain benar feel dia. Cuma masa duduk hostel UKM agak meriah sikit sebab aku duduk bilik besar sharing berempat. Bilik kami jadi tempat berkumpul satu floor berbuka. Dalam ramai2 tu ada dua orang student masters, sorang Muslim from Sudan dan sorang lagi kristian from Phillipines. This filipino girl pun sama2 berbuka dengan kami. Lucunya dia tak pernah makan kuih cara manis (ni my feveret and kuih wajib), bila dia gigit kuih tu terus memancut air gula "oooh like a fountain", kata dia... ketawa besar satu bilik.
Ada sekali tu aku bawa sejenis kuih raya yang aku baru buat, kuih tart strawberry kelapa yang gebu sangat... gebu dia memang tak terkata. Aku introduce kuih ni to my friends kat hostel masa berbuka...aku bagitau kuih ni nama dia 'masuk mulut tak boleh bercakap'... depa semua tak percaya, ada yang terus sumbat sebiji masuk mulut. lepas tu macam kelemasan masing2 tak bleh buka mulut sebab kuih tu jeni melt in your mouth, sunyi sekejap bilik tu... aku sorang yang ketawa sampai sakit perut... kehkehkeh kelakar betul bila ingat balik.
dah lama tak buat kuih tu... agak2 kat mana aku simpan resipi dia? resipi kuih ni arwah abang ipar (my sister's first husband) yang bagi. sejak dia meninggal kami tak buat dah kuih ni, mesti sayu terkenang kat dia, lebih2 lagi dia meninggal 12 hari umat Islam berpuasa.
okay cukup2lah tu terkenang semasa dulu. dalam 4 hari lagi genap 1/2 bulan kita berpuasa... cepatnya masa berlalu, kan?
Wednesday, 10 September 2008
10 Ramadhan 1429H - Si Gebu
yang kat atas tu ialah roti bun burger. buat untuk makan berbuka esok. penyakit M dah datang, so berbuka esok maybe makan chicken burger je. since chicken pattie dah siap buat & bekukan, esok tinggal nak goreng jer... aduhhh senangnya kerja! bun burger kat atas tu ku uli guna tangan jer tapi kena adjust skit adunan dia sebab adunan asal untuk dibuat dalam breadmaker, since kita ni takde BM so kena pandai2lah adjust sukatan.
berbalik kepada cerita buat kuih raya zaman kanak2 dulu, i cannot imagine macam mana ma handle kami berempat yang suka menyibuk ni. tiap kali raya ma mesti buat biskut kacang, biskut bangkit santan bentuk itik - tugas kami titiskan pewarna merah sebagai mata itik, kuih siput manis dan mini kek cawan. mind you kek cawan my mom was a hit masa kat kuarters polis dulu... tetamu yang datang mesti tanyakan kek cawan, kalau ma tak buat mesti masing2 macam kehampaan.
tapi itu dulu lah... sekarang ni ma dah tak buat kuih lagi. i took over buat kuih raya masa i was 15yo... masa tu baru belajar buat kuih tart nenas kat kelas puteri Islam. lepas tu aku belajar buat kuih makmur dari jiran kami dan belajar buat lemon frosted cornflakes cookies dari keratan akhbar. jadinya sejak tu ma dah boleh concerntrate menjahit tempahan baju raya sebab anak dara dia dah boleh diharap buat kuih ;-)
but sejak 3 tahun kebelakangan ni aku dah tak buat kuih raya lagi. kalau tak dulu selalu buat untuk supply rumah ma. so kiranya ma terpaksa mulakan balik operasi buat kuih raya sendirian. takpe, insyaAllah akan kubuat juga walau satu jenis. selebihnya aku target nak buat moist fruit cake jer... toy baru dah ada kan? bila lagi nak bagi dia kerja keras? ;-)
Tuesday, 9 September 2008
9 Ramadhan 1429H - Beef Lasagna
My New Toy
i knew he would read my entry, in fact he reads them all though he doesn't want to admit that he is my no. 1 fan!!! ;-) bila dia cakap nak belikan the mixer aku cuba2 juga nak tukarkan mixer kepada handphone (well that's not in my wishlist but i need a new one anyway), handphone murah sikit takde lah banyak keluar duit dekat2 nak raya ni. well i'm just trying to be a considerate wife, tapi hubby kata he's buying me this kenwood mixer for a reason. since it is our anniversary gift he's giving me something that the family can benefit from. in other words, i get what i want, a toy for my passion for baking, he & the children will benefit from sampling my cooking. so he contibutes something that will contribute back to ... ehmm him! dia memang terrer bab2 swaying me towards his own interest tau!
this mixer model Chef 800watt was selling at cheaper price compared to the 700watt model. since orang dah nak belanja... kita sapu jelah kan? excited sangat dapat new toy ;-)
Monday, 8 September 2008
8 Ramadhan 1429H - Ikan Bakar
Sunday, 7 September 2008
7 Ramadhan 1429H - Mee Bandung & Sagu Gula Melaka
for dessert kubuat sagu gula melaka. tak pernah seumur hidup aku buat sendiri, masa budak2 dulu biasa tengok my mum buat... main agak2 je, dah teringin nak makan kenalah pandai usaha kan?
ada kisah lucu tentang sagu gula melaka ni. sengaja kubuat lebih sebab cadang nak bagi kat jiran sebelah kiri kanan. petang tadi bila dah elok sejuk ku masukkan dalam bekas kecil (individual pack), siap2kan masuk plastik 4 bekas seplastik. ajak fahmi & yaya pi hantar kat jiran. kena pulak jiran belah kanan (kak ruby) takde kat rumah, so heret lah yaya ke rumah kak eton pulak, sambil tu pesan kat fahmi duk dendiam yang fahmi pegang tu untuk orang lain. tup tup bila yaya serahkan plastik dia kat anak kak eton tetiba fahmi meluru hulur sama. adehhh... terkedu jap aku. elok je kami patah balik ke rumah kak ruby pun sampai... kelam kabutlah aku siapkan semula tapi dapat 3 bekas jer sebab dah kehabisan stok. rezeki kak eton anak beranak ler dapat 8 bekas... nak wat camne anak teruna aku tu pemurah.
7 Ramadhan 1429H - Anniversary!!!
semalam hubby stayed up little bit late... selalunya dia kepenatan berterawih, balik rumah kol 10.30 mesti dia terus naik tidur. but last night he joined me on the sofa, watching cashmere mafia. tiba2 a couple of minutes past 12 hubby ucap 'i love u' ...terpinga2 gak memula pastu cepat teringat ohh dah past twelve masuk 7 september - our anniversary. that was so sweet of him... aku sendiri pun tak terfikir nak tunggu detik 12 malam tu coz i already made arrangement for his surprise pagi ni. which turns out to be no surprise at all coz delivery boy sampai lambat!!!
tak ramai yang tahu how we actually met. not even my parents or my sister. i was very secretive about it except to this long lost best friend of mine, and a couple of my coursemate yang betul2 rapat... sebabnya zaman tu kalau aku story yang aku kenal hubby kat chat room sure my family will go beserk. and this long lost best friend of mine was the first to point out to me that she thinks this male friend (hubby lah tu) of mine dah jatuh hati kat aku. and according to her, she think me too have fallen in love with this guy diluar kesedaran ku sendiri. i owe her so much and grateful to her for butting into my personal life. why? read on...
we were chat friends for almost 1 1/2 years. i was on my 2nd year kat uni, aku di bangi dia di klang. mulanya tak rapat pun biasa2 gitu je... coz aku chatting pun saja suka2 huhahuha tak teringin langsung nak mencari pasangan. from the beginning we were on the 'aku kau' basis, memang tak ladylike langsung eventhough kutahu dia 4 years my senior. we never met personally, we don't see why we should. sehinggalah masuk 3rd year (last semester just before i graduated) i had a big crush with this guy... it was a foolish crush that seems like real and it breaks my heart into pieces to learn the truth about him (heee rasa bodoh giler!!! kekeke), i posted some message kat chat room yang mengakibatkan malam tu i received an uninvited call from him (hubby). ohhh rupa2nya he was so concerned about me sampaikan dia minta my phone number from another coursemate of mine yang sama2 berchatting... budak uni memang kaki chatting!!!
Saturday, 6 September 2008
6 Ramadhan 1429H - Pizza & Mushroom Soup
Friday, 5 September 2008
5 Ramadhan 1429H - Chicken Chop & Seri Kaya
Thursday, 4 September 2008
4 Ramadhan 1429H - Award!
but i still think that my blog ni simple and biasa2 aja. it was not aimed to please people, it was not created to draw readers (initially) but in case you stumble upon my blog while blog hopping you are welcome to read (one of the reason i didn't privatised the blog), share your thoughts and perhaps somewhere between the lines if there is mutual connection and understanding perhaps we can move towards friendship. thank you erin & nad and a big thank you to all my blogging friends, your words of encouragement keep me going.
at first i do not know what to blog about or why people create their blog. i started because i think it is an interesting medium to capture the highlights of my life and the 'downlights' too, well its real life we are talking about. i used to keep a diary (diaries) until i was about 18 or 19, but then i stopped because i was so busy enjoying my undergrad life. oh yes life was so happening back then, i regret for being ignorant of the existence of blog or else i would have started earlier. or perhaps blog does not exist back then?
so, i just let this blog capture moments of my life. at the moment as you can see it never escape to capture my interest/things that i found pleasure/i enjoy doing ; that is cooking. and i also blog depending on my mood. well, the number of entries per month speaks for itself; the higher means i'm highly in mood of writing... the lesser means either i'm just too absorb with something or i'm simply off mood.
you silent readers out there (if there is any), if you find this blog is an interesting read, thank you for dropping by & do come back. if you find something useful here i.e the recipes, feel free to try it out. it is about sharing and giving... i believe the more you give the more you get. i know i don't always paste the recipe here, that's because i don't want the blog to turn into a foodblog, i am an amateur in the kitchen. feel free to ask anyway.
oh i've said so much... ni dah over daripada kak yan... that's the privilege you enjoy when you have your own space! *lol* nobody's going to give you a cue to stop.
juadah berbuka today adalah lauk pauk tipikal melayu - asam pedas ikan senangin, baby kailan in oyster sauce dan pegedil kentang. all prepared by my maid... ;-P chef cuti masak today, esok baru chef take over dapur...heehehe
Wednesday, 3 September 2008
3 Ramadhan 1429H - Roti Naan With Chicken Tandoori
memetik kata-kata madam lemongrass, sepatutnya di awal2 puasa ni lah kita excited nak buat juadah berbuka... 100% agree saban tahun macam tulah aku. tapi this year lain skit, dari awal puasa takde mood nak buat juadah2 istimewa untuk berbuka apatah lagi bersahur! pada aku sahur setakat segelas air suam pun cukup. penat sebenarnya memerah idea nak masak apa, coz hubby awal2 dah sound lauk pauk yang biasa hidang untuk dinner dia tak nak dah sepanjang puasa ni... tukar selera. bukan bermaksud keberatan nak buat juadah berbuka tapi kekeringan idea. hubby jarang cakap dia nak makan apa (agak dia pun no idea kot?), dia jenis suka kita surprise & impressed dia. senang kalau bagitau je nak makan apa, akan diusahakan.
jadinya malam2 masa nak lelap mata tu berfikirlah aku mencari ilham. akhirnya dapatlah idea nak buat roti naan & tandoori ayam since dalam fridge pun ada stok ayam. maka merantau lah aku di alam maya mencari ilham resipi. kalau boleh nak resipi tandoori yang authentic tapi tak jumpa. before this pernah buat guna rempah segera maggi. nak mudah memang boleh aja aku pakai perencah maggi tapi since body kami totally reject MSG pasal tu prefer buat rencah sendiri. so, tukang masak diraja ala-ala Jewel In The Palace pun gunakanlah citarasa sendiri + ubahsuai resipi majalah sebagainya untuk menghasilkan ini...
ayam tandoori
6 keping ayam various parts
2 sudu besar bawang besar kisar + 2 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia ditumbuk halus
1 sudu besar cili boh
2 sudu besar yogurt asli
1 sudu kecil rempah kari ayam
1/2 sudu kecil serbuk pepper cayenne
1 sudu kecil serbuk paprika
sedikit serbuk lada sulah
gula
garam
Gaul semua bahan rempah dan salut pada ayam. Perap semalaman. (Malam tadi dah prepare masuk fridge, balik keje today terus masuk oven je)
Susun ayam dalam loyang yang dilenser minyak/mentega. Tabur sedikit mentega or minyak sapi atas ayam & bakar pada suhu 200 celcius selama 45minit. Hidangkan dengan potongan bawang dan limau nipis.
Roti Naan (untuk 5 keping naan)
1 1/2 cawan tepung gandum (tinggalkan sedikit untuk menguli & mencanai)
1 cawan tepung atta
1 peket yis mauripan
3/4 cawan air suam
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 sudu besar yogurt asli
2 sudu besar minyak zaitun
Rendam yis dalam air dan gula, biar berbuih. Campur semua bahan dalam bowl, tuangkan campuran yis & uli sampai tak melekat. Let it rest sampai double the original size. Tumbuk2 keluarkan angin. Bahagikan kepada doh kecil. Let it rise, canai ikut ketebalan yang disukai dan goreng tanpa minyak di atas frying pan.
lepas ni kena cari menu yang cepat & mudah lagi sebabnya bulan puasa ni jalan kat terminal 3 subang tu jam yang amat. semalam sempat lari dari terperangkap dalam jam, naik highway nkve turun bukit jelutong tapi hujan lebat semua kereta slow. it took me almost 45mins to reach home, kalau normal route in normal days 15 mins dah sampai. cobaan...
Tuesday, 2 September 2008
2 Ramadhan 1429H - Azam Ramadhan
memendekkan jodoh dengan company sekarang bolehlah aku ambil upah buat kek aja... berangan tinggi tak hingat!!!
hari pertama puasa, kanak2 riang pulak buat projek mewarna fridge magnet made from serbuk kapur. i bought the mould kit kat mph... menarik jugak. tapi adults supervision is required! kalau tak mau ada yang muka celoreng2 lepas tu.
ramadhan kali ni kutanam satu azam... tak nak membazir tak tentu pasal terutama sekali bab juadah berbuka. sedih betul rasa bila tengok juadah melimpah ruah atas meja akhirnya terbuang macam tu aja... ni gara2 ikut nafsu pergi bazaar ramadhan. dah pesan kat hubby petang tadi, since main dishes kami masak sendiri, kalau nak beli pun setakat kuih muih pemanis mulut 1 jenis sahaja dibenarkan masuk ke rumah ye... hari ni cuma masak lauk sambal udang dengan masak lemak pucuk paku jer... (heee maid yang masak today).
serius cakap aku sejak mula puasa sunat dari bulan rejab sampai ke syaaban, nafsu makan dah tak rakus macam selalu. tu maybe salah satu keberkatan berpuasa agaknya, alhamdulillah. bayangkan kita dah berpuasa satu hari, banyak mana sangat yang perut kita boleh terima at one go? ikut nafsu memang semua hendak kan? so eloklah berbuka berpada2... jangan pahala puasa kita terhakis dihujung waktu gara2 tak tahan nafsu tengok juadah kat bazaar. kalau tak tahan jugak.... tak yah gi jenguk bazaar langsung. jimat belanja zaman2 inflasi ni.
azam kedua untuk ramadhan kali ni... nak solat terawih lebih kerap daripada tahun sebelumnya. insyaAllah...
esok kalau diizinkan Tuhan, nak buat roti naan with chicken tandoori for berbuka... ni bukan fikir makan lebih dari ibadah tau... tapi kita ni working wife kena fikir advance one day.