Sunday, 5 October 2008

5 Syawal 1429H - Home Sweet Home

seronoknya rasa dapat balik ke rumah sendiri. petang tadi lebih kurang jam 4.20pm selamat sampai balik ke subang. sungguhpun kami hanya meninggalkan rumah for 5days in total tapi rindu betul kat rumah ni. walau seburuk dan sesempit mana pun... home sweet home.

alhamdulillah sepeninggalan kami balik beraya kat kampung takde pulak apa2 yang berlaku. maklum le musim2 perayaan macam ni bila suasana sunyi sepi bimbang juga. dan sangat2 bersyukur sebab rumah kami tak diserang oleh 'peter pettigrew' (hmm puan sally tentu boleh agak). 'peter pettigrew' @ 'cik siti' ni kisah yang tak pernah masuk entry lagi. sengaja aku gelarkan peter pettigrew sempena nama watak tikus jadian dalam harry potter: prisoner of azkaban. risau tinggalkan rumah lama2 sebab kali terakhir tinggalkan rumah selama 4 hari masa bulan ogos lepas teruk rumah kami diserang peter pettigrew, sakit hati & sakit jiwa dengan kerenah dia.

enough about peter pettigrew... baik cerita pasal raya 2008 kami. rasa singkat betul masa beraya kali ni sebab hari raya jatuh pada hari rabu (pertengahan minggu). ingatkan dapatlah berblogging sambil beraya tapi laptop kaput lah pulak. tu yang sunyi sepi rumah blog ni. seperti biasa raya kami banyak dihabiskan atas jalanraya je... monday petang lepas kerja baru bertolak balik ke my mum's house. raya kedua pulak bertolak balik ke rumah mil. sabtu pagi balik semula ke seremban.

kat rumah my mum kerja2 menyiapkan hidangan raya kami mulakan seawal tengahari selasa... mujur juga buat awal sebab dah tak larat nak bersengkang mata sampai pukul 2-3 pagi macam dulu2. this year my sis keje so malam raya family dia tak dapat berkumpul sama. pun begitu rumah mum tetap gamat sebab 3 orang my cousin beraya dengan kami sebab my uncle+wife kena transfer ke shanghai 19 ramadhan lalu. so parents diaorg beraya kali pertama di negara orang & since my mum ni kakak sulung so anak2 dia ditumpangkan beraya dengan kami. kebetulan adik ipar pun giliran beraya dengan kami, jadi ramai jugaklah yang menolong di dapur, cepat selesai kerja. anak2 kecil & bapak budak pulak sibuk bermain bunga api & mercun pop pop. riuh rendah rumah my mum... tapi aku enjoy dengan keriuhan malam raya sebegitu.

pagi raya kami ke surau berdekatan untuk menunaikan solat sunat aidilfitri. fahmi & yaya ikut sama. alhamdulillah kedua2 anakku ni dah biasa dibawa ke surau/masjid time2 raya dan luar musim raya. dah pesan awal2 jangan nakal, so takdelah depa buat bising or ganggu orang. yaya siap bertelekung kusuruh solat di barisan belakang.

balik dari surau masing2 berkumpul untuk bermaafan (secara berjemaah). masa nilah si kecil semua dapat duit raya... fahmi paling terasa kemeriahan raya sebab dia dapat habuan dari mama & nenek coz dapat puasa 7 hari. well done anak mama.

selesai acara dirumah, kami rancang pergi beraya beramai2 kat rumah my uncle (adik abah) di taman pulai impian, sikamat. kami adik beradik memang tunggu peluang serang rumah my uncle ni sebab ada satay... hehehe buruk lantak kan? ni satay buat sendiri so dapatlah makan sepuasnya. lagipun rumah dia ada laman yang cantik, dapatlah lepak sepuas2nya. tapi sebelum tu me, hubby & anak2 singgah ke kedai gambar... biasalah tradisi raya kami mesti ambil gambar kat studio tiap kali raya. ramainya orang kat studio, kena beratur macam nak check gigi masa zaman sekolah rendah pulak rasanya. hmmm gambar cuma siap dalam 2-3weeks lagi so tunggu... :-)

aku dah mula ganti puasa sejak raya ke 2. elok je habis puasa ganti nanti terus sambung puasa enam pulak. berbuka petang tadi sekadar karipap inti ayam & ubi kentang. ada inti baki buat karipap bulan puasa yang aku frozenkan. nak cerita panjang2 tak larat dah. penat ler... so cuci mata tengok pic raya & video malam raya jelah ye.

pic me & hubby taken by yaya. purple theme colour kami this year. it so happen that purple is the colour of this raya juga rasanya sebab everywhere i go (shopping mall) banyak betul barang in purple. bagus juga senang nak cari sepatu raya. pipi ku nampak chubby kan? pelik betul takkan baru 1 hari raya dah bertambah berat... huhu

yaya & fahmi sibuk main kucing kat rumah my uncle... naik lemas kucing tu dibuatnya.





model baju raya yang perasan posing dengan rantai purple mama







budak2 & bapak budak main mercun pop pop

3 comments:

  1. mana citer pasal ari ahad tuh ??

    ReplyDelete
  2. hahahahha...peter pettigrew
    kelakar gila...

    lama gak org tu beraya eh?
    bila nak beraya kat subang ni ;)

    ReplyDelete
  3. pn sally,
    18 oct ni kira party cum open house lah ye?

    ReplyDelete