Sunday, 2 November 2008

Nasi Dagang

since mood mem'baking' hilang buat sementara waktu, niat nak mengasah skill mendeco aku put on hold sehingga mood datang semula. jadinya rancangan mendeco kugantikan dengan main masak2 kat stove jer... selama ni selalu masak gulai ikan tongkol dimakan dengan nasi putih jer, kali ni datang mood nak buat nasi dagang.

suka tu memanglah teramat suka makan nasi dagang tapi malas betul nak mengukus nasi nya... renyah. tapi kali ni buat jugalah... setakat 2 cawan beras wangi+ setengah cawan beras pulut lebih daripada cukup untuk di makan 7 orang!(itu kalau portion sederhana without 2nd helping lah) walaupun cuma kami berdua dengan 2 mulut kecil je kat rumah ni.

soraya ni memang deria bau dia cukup tajam, cepat dia menangkap bau masakan aku. bayangkan aku tengah mengukus nasi tu tiba2 dia datang cakap "mama... mama, adik rasa macam bau nasi pulut jer... mama buat lemang ke?" dah kebetulan pulut tu memang kegemaran dia. kalau nak ikutkan memang aku beli beras pulut tu nak buat nasi kunyit untuk dia, tapi since dia tengah selsema & batuk2 tu yang tangguh dulu.

nasib dapat anak2 yang cukup suka makan... alhamdulillah aku takde masalah bab nak menaikkan selera makan anak2... kalau tak masak special pun memang diaorang tetap akan makan nasi, setiap hari. kalau buat masakan yang diaorang suka lagilah berselera.

nasi dagang (tak kuasa nak buat acar, takde orang nak makan)

since petang semalam aku dah buat butter cake, today cuma curahkan dengan ganache je... tak jadi nak deco cantik2... hajat nak cuba buat pour fondant pun kensel... lain kali lah.
now, it's time to go out... seharian kat dalam rumah bosan pulak. baik aku kejutkan the children & hubby ajak ronda2 sementara cuaca redup ni.

No comments:

Post a Comment