Sunday, 25 January 2009

I'm Back

i'm back!
kejap je balik kampung hubby, tidur satu malam je. ingatkan cuti panjang gini ramailah adik beradik ipar yang balik berkumpul, rupa2nya kami anak beranak je yang balik. fahmi & yaya ajalah yang bermaharajalela kat rumah mil yang luas tu. itupun budak berdua tu tak dapat lepas gian chasing chicks sebab hari kedua tak semena2 hujan sepanjang hari dari pagi hingga ke malam. padahal mil cakap dah dekat 2 bulan tak hujan, kering aja. hujan KL ikut kami balik sampai segamat kot? :-)

balik kampung kali ni aku dapat soalan cepu emas lagi dari mil. cukup ke 2 orang? tanya mil. gulp! seingat aku masa balik raya tahun lepas soalan sama dah ditanya. confident je aku jawab cukuplah setakat ni dot dot dot. dalam hati aku tertanya2 kenapa pulak aku? rasa2nya ada lagi 3 orang menantu mil yang masih muda belia yang lebih patut menambah lagi sebab masing2 baru cuma 1. harap2 soalan mil tamat kat situ jelah. latar belakang dan prinsip hidup kita berbeza2 kan? aku faham prinsip hidup mil tak sama dengan aku, masa muda mil dalam zaman yang berbeza of course nilai hidup dan persekitaran pun berbeza. i respect her for being able to bear 11 children, menguruskan rumah tangga dan dalam masa yang sama bekerja kat ladang getah serta berniaga mencari duit untuk membesarkan anak2. anak2 mil alhamdulillah cukup pendidikan malah ada yang berjaya dan berpangkat. i salute her for that and i don't think i can ever match her in any account. whatever it is i'm happy with my decision.

masa tengah sibuk bersiap2 nak balik ke subang dari rumah mak mentua lepas maghrib tadi aku dapat unexpected call dari ex-bbsitter. walaupun dah lama dia berhenti jaga anak2 tapi hubungan kami baik, time raya diaorang datang berkunjung ke rumah cuma takdelah calling2 selalu.

rupa2nya panggilan dia sebab ada hajat. nak suruh aku masak nasi beriani untuk majlis harijadi anak tunggal dia ahad akan datang. gulp! tercekik air liur kejap. memula ingatkan small scale je tapi bila dia cakap untuk 100org makan aku rasa sesak nafas. biar betul, untuk open house rumah sendiri pun paling banyak aku pernah masak 16pot je. takut sangat nak kata yes sebab aku bukannya terror pun buat nasi beriani apatah lagi masak banyak.

cuba juga pujuk2 dia cari orang lain. tapi dah katanya dia berkenan juga yang aku buat. berpeluh mak cik! hubby tersengih jer. nak terima pun berat nak tolak pun rasa berat sebab dia berhajat sesangat. akhirnya dengan berat hati dan berdebar2nya aku terima. cuma aku minta dia beli sendiri beras basmathi dan pinjamkan aku periuk nasi besar dia. aku punya setakat 1.8liter jer, sekali masak baru 8pot mau jam periuk nasi aku nanti. aku tak berapa reti lagi nak jaga api & sukat air kalau tanak nasi atas dapur gas.

so, ahad nanti jadual aku penuh lah ye takde masa rehat sebab pagi2 nak masak nasi dan sebelah petang kol 2pm majlis bermula. ermm nanti nak kena bincang lagi dengan akak tu nak letak nasi dalam apa coz bekas nasi aku kecik je. aku seboleh2nya nak tolong dia to make the event a success sebab aku boleh rasa betapa excitednya dia nak buat majlis untuk anak tunggal dia tu. lama dia kawin baru dapat anak seorang tu, malah masa dia jaga anak2 aku dia masih belum ada anak. pun begitu anak2 aku dijaga dengan baik, dia sayang betul dengan budak berdua ni sampai kalau balik kampung pun dia nak bawa cuma aku je yang tak kasi. apalah salahnya kalau aku tolong dia kali ni kan?

No comments:

Post a Comment