Monday, 28 September 2009

Satu Hari Di Hari Raya

Sunyi betul pagi raya kat rumah mil sebab majority adik beradik hubby beraya kat rumah mentua. Whereas kami ni melawan arus, tu sebab hanya keluargaku dan kakak ipar (yang beraya sorang) je ada di pagi raya.

Kali ini sesi bersalaman mohon ampun maaf agak kasual sebab tak ramai yang dapat berkumpul. Pernah sekali bila semua keluarga berhimpun kami anak cucu berbaris panjang bersalam2an. Seronok. Suasana begitu memang tak dapat aku rasakan kalau beraya kat rumah my parents. Keluarga sebelah aku agak malu2 kucing untuk acara sebegini, selalunya kami adik beradik curi masa bersalaman dengan ma dan abah secara private.

Pun begitu aku rasa enjoy beraya kat rumah mil. Lepas balik dari surau dan lepas jamah juadah raya kami berehat2 di ruang tamu sambil berposing.

ingat lagi bila aku mention yang kami ada 2 pasang baju raya each? finally aku decide untuk pakai kaler pink di pagi raya kat rumah mil ;-) pic sefamily yang blur ni diambil oleh our maid... memang nak kena ketuk jari dia ni hehe
alahai loving sungguh budak berdua ni... maklum le baru lepas bermaaf2an. tapi tu semua kejap jer ;-P
suka pic ni walaupun kabur dan kecil... kombinasi setting perabut ala nyonya menimbulkan mood 'keluarga peranakan' pulak... padahal rupa ala2 mamak dengan kulit gelap kami berdua. macam aura iklan yasmin ahmad pun iye...kehkehkeh perahsan
testing cermin mata mama dia... kurus betul anak teruna ni semenjak puasa
perempuan melayu terakhir sans selendang
since takde tetamu lagi yang datang beraya yaya dan cousin dia jadi orang pertama mengerjakan kuih raya

3 comments:

  1. bestnye..dpt bygkan suasana beraya di kg inlaw kak lia...cayalah..inlaw kasik tugas buat nasi minyak tuhh...power tuh..mesti la sedappppp..hehhe

    ReplyDelete
  2. nina,
    in the end bukan setakat nasi minyak, habis satu badan ber'minyak'! heheh... seronok sesekali dapat balik kg ramai2, suasana lain. umah my parents kat tgh bandar...

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya lia & family. been not so in the updating mood of late. nanti lah will blog about that. hehehe...irony, blogging about lack of blog entries.

    hope the aidil fitri was a good one for you guys.

    ReplyDelete