this is a delayed entry.
kejadian ini berlaku pada 13 disember lalu. i received a call from ma malam 13 disember masa tengah menjamah kuih cucur badak instant yang digoreng kakak. baru je aku melabuhkan punggung ke sofa sambil mengunyah, suara ma sounded so low menyebabkan aku dah boleh agak ada khabar kurang baik kali ini. abah ada di hospital akibat kemalangan motorsikal. terus hilang selera aku pada cucur badak yang sedap tu. i kept the conversation brief as my mind terus merencana agenda seterusnya.
tak sempat bincang apa2 dengan hubby terus aku ajak semua bertolak ke seremban waktu itu juga. malas nak berbasa basi sebab dalam kereta nanti boleh cerita panjang. hubby pun terpinga2 dibuatnya. we reached hospital seremban just before 12 midnight.
terkejut nenek tengok kami anak beranak sampai. she didn't want to pressure us to come sebenarnya but it was my father yang involve dalam kemalangan how can i delay coming back. alhamdulillah abah tak cedera teruk, walaupun kulihat dia in a very bad shape masa tu, mukanya bengkak dan baju soaked in blood daripada deep cut on his cheek. kepala dia bengkak akibat terhentak pada bahu jalan but the x-ray proofs tiada keretakan tempurung kepala. the hospital tak buat ct-scan untuk confirm kan takde pendarahan dalaman, they just told my father kalau pening dan muntah baru datang balik. prosedur standard ke itu?
he has been waiting for nearly 5 hours sejak sampai ke hospital to get his cut stitched sebab bilik rawatan hanya ada 1 and it was occupied by another mangsa kemalangan yang perlukan stitches all over his body.
while waiting we get the full story. abah was riding his motorbike petang itu dengan farah, anak kakakku yang membonceng dibelakang nearby our house when a red car menghimpit dari belakang then the next he remembers dia dah tercampak dari motor ke bahu jalan sambil memeluk farah sebab nak elakkan daripada kecederaan teruk.
he didn't fall unconcious but he was somewhat lost. he wasn't aware of anything yang berlaku selepas dia jatuh or how long he and farah had been by the road before pertolongan sampai. but he remembers the red car (abah kata taxi merah) terus memecut lari. so it was a hit and run thing. he then remembers being carried in to a car dan sampai ke hospital. my mum was alerted pasal kejadian by the malay guy yang bawa abah ke hospital. nobody was at the scene, abah pun tak dapat nak mengecam kereta yang langgar dia, so nobody knows for sure siapa lah manusia tak bertanggungjawab tu.
as for farah my 8 years old niece, syukur she suffers from scratches on her shoulder dan lutut but she was traumatised by the whole incident. kesian dengar dia cerita yang dia menjerit2 tepi jalan minta tolong tapi takde orang yang datang (or takde orang yang berhenti) sementara atuk terlantar kat tepi. marah dan geram membuak2 dalam dada aku ni.
jam dan hampir pukul 1 pagi, hospital dah makin lengang tapi abah masih belum ada yang merawat. dah beberapa kali kami minta diberi perhatian tapi disuruh tunggu. abah is getting weak, yelah by the look of it banyak juga kehilangan darah. we keep him in company so that dia tak terasa masa menunggu yang terlalu lama. fahmi & yaya langsung tak mau dekat dengan atuk, takut kata mereka coz atuk doesn't look like their atuk, yup with blood covering his baju and face yang swollen. atuk waved kat diaorang pun diaorang membatu je, salam jauh sekali. isyyy boleh harap sangatlah cucu-cucu yang selalu minta atuk belikan itu ini dan berebut nak bonceng motor atuk.
akhirnya kami decide nak bawa abah ke hospital swasta. sebaik kami minta salinan x-ray terus HA panik minta kami jangan ke mana2. dan terus aja ruang tambahan untuk merawat luka abah wujud padahal bilik rawatan masih di occupy oleh pesakit sorang lagi. ma ngeri nak tengok muka abah dijahit maka kutemankan abah di bilik rawatan , he had to receive stitches while sitting on his wheelchair sebab katil tak cukup. kalau nak ikutkan aku ni pun penakut jarum tapi sebab nak bagi moral support kat abah aku kuatkan hati padahal lutut aku rasa menggeletar, serta merta ku jadi sejuk. saat melihat luka dipipi abah dirodok2 dengan jarum bius makin kuat aku peluk tubuh. abah sendiri kulihat menahan sakit macam nak menggelupur. sebenarnya abah sendiri tak mau dijahit, if he can get away with it dia nak balik aja. tapi segan dengan anak menantu yang berkumpul ramai2 agaknya hehehe. baru dua jahitan aku dah cabut lari keluar sebab tak tahan dengar raungan pesakit di katil sebelah. ehh ngeri aku...
balik dari hospital aku dan hubby berbual, kami rasa kesal dengan sikap pekerja2 di hospital kerajaan. bila kami gertak nak pindah ke hospital lain barulah mereka cepat2bagi perhatian, kalau tidak memang terpaksa menunggu lah kami sampai ke pagi. kes pesakit katil sebelah aku rasa memang susah nak selesai sebab masalahnya hospital tak ada kelengkapan yang cukup untuk cabut cincin besi yang terbenam pada jari pesakit. aku bukan nak memperkecilkan sakit orang lain, tapi bukan ke baik sementara nak selesaikan hal yang agak impossible by the look of it pada malam tu, mereka spend time sekejap jahit muka abah. apapun mungkin perkara ni berlaku di hospital2 kerajaan di luar KL je.
until today kami tak tau siapa yang langgar abah since bila pergi buat repot polis the next day we found out takde orang lain yang buat repot balas. jadi tamat kat situ jelah nasib abah yang dilanggar lari. mujur abah tak teruk, syukur my niece pun dah okay walaupun dia masih trauma tengok orang naik motor. i heard that she vowed she would never ride a pillion on a motorbike lagi dah.
Wa, mmg mcm tuh hospital gomen...aku dah rasa mcm ko rasa..masa tu atuk jatuh. Atuk mmg dah pening x larat tp kena tunggu gak..
ReplyDeletemmg berbeza ngan private
tulah silap cara kerja diaorang. org2 yg byr tax mcm kita ni yg contribute utk facilities mcm hosp etc kenapa tak boleh beri layanan yg lebih baik? x faham aku bila nak berubah
ReplyDelete