Friday, 14 May 2010

Hanker@Yearn@Crave...whatever lah

Bila saya hanker for sesuatu makanan, it is not always about having/eating the food. It is about cooking and preparing the food myself. Baru-baru ini saya hanker for applesauce cake, saya tahu saya boleh beli aja tapi since my hanker ni datang dengan kemahuan preparing them myself I had to make them kalau tak saya tak puas. Minggu ini tiba-tiba datang keinginan nak buat laksa penang. Sebenarnya bukan sekali ni je, pernah juga few months ago saya teringin nak buat laksa penang tapi tak terbuat lagi. Terus terang cakap saya tak pernah masak laksa penang dan bukan juga makanan favourite saya. Tapi hati dah membuak-buak memaksa saya tunaikan keinginan membuat nya sendiri. Ingat, saya cuma berkeinginan untuk membuatnya bukan makan laksa tu. Siapakah yang akan jadi mangsa keinginan saya kali ini kalau bukan hubby.

Pasal itulah malam tadi dia mengomel kat saya. Betul kata dia, bukannya saya pemakan laksa pun buat apa nak susah payah buat. Kalau teringin beli jelah, saya masak banyak-banyak nanti dia juga yang kena habiskan lepas tu bila badan dia naik dia juga yang susah, susah nak turunkan! Salahkan saya lah tu. Masalahnya saya bukan nak makan, saya nak masak je. Petang tadi mood darling hubby saya agak kureng. Dia tengah gelisah pasal kena transfer reporting ke bukit sentosa yang sayupnya nun jauh dari rumah kami. Sejauh port klang tu masih mampu diredah lagi tapi tidak sejauh bukit sentosa. Belum diambil kira tol dan petrol lagi. Kalaulah transfer reporting tu comes with an adjustment or allowance kurang lah rasa terbeban. Tapi ni habuk pun tarak. Kesian darling saya.

Punyalah teruknya mood dia sampaikan dia suruh cancel aja cadangan saya nak goreng bihun untuk potluck majlis santai komuniti with PDRM kat sini esok. Dia takde hati nak beli barang. Even barang-barang untuk buat laksa penang pun dia suruh scrap! Ohhhh tidakkkk. Yang itu tolonglah jangan scrap juga, tidur malam mengigau-igau saya nanti. Saya harus tunaikan hankering saya ini kalau tak akan berlarutan sampai saya tak boleh concentrate benda lain asyik terbayang je sentiasa. Ya, hankering saya memang teruk! Saya mesti, mesti jugak buat. Bila dah dapat buat nanti barulah hankering saya pergi. Saya pun tak tau pesen apa entah.

Berbalik kepada hubby saya yang tengah moody itu, saya kalau takde mood berhari-harilah saya mendiamkan diri. Tapi dia walaupun tengah susah hati sekarang ni tapi saya rasa malam ni dia tetap akan pergi cycling malam. Kalau tak nanti menggigil lah dia (dan kawan-kawannya!). It sounds lebih kurang macam a hanker jugak kan? Percayalah!

No comments:

Post a Comment