Wednesday, 1 September 2010

22 Ramadhan 1431H - Bintang Di Langit Tanda Hari Tak Hujan

Begitulah yang sering saya beritahu anak-anak. Cuba dongak ke langit, nampak bintang tak? Kalau bertaburan bintang di langit tandanya cuaca cerah tak hujan. Macam malam ini, patutlah terasa humid aja masa dalam surau walau kipas angin tak berhenti berputar.

Yaya tanya saya, macam mana mama tau ada bintang tandanya tak hujan? Secara jujur saya tak pernah belajar astronomi mahupun buat kajian menerusi pembacaan. Itu cuma pengetahuan am yang disampaikan turun temurun sejak zaman datuk saya kepada ma saya. Yang kemudiannya disampaikan kepada saya oleh ma. Cerita ma kepada saya dulu, atuk seorang nelayan yang ke luar ke laut pada waktu malam. Lumrah nelayan zaman dahulu menjadikan bintang-bintang di langit sebagai panduan arah dan cuaca. Banyak lagi yang ma ceritakan, tapi yang paling saya ingat ialah tentang bintang.

iftar hari ini agak ringkas dan ringan. dimulakan dengan pecal sayur-sayuran sebagai appetizer. rasanya saya pernah sebut dalam entry lama, pecal ini adalah resipi yang saya pelajari daripada bibik lama. rahsia keenakan pecal ini terletak pada ubi cekur atau juga dikenali sebagai kencur (di Indonesia). saya ada tanam serumpun kecil cekur. ubinya kecil sebesar jari kelingking sahaja.
dan kalau nak tambah keenakan kuah pecal ini, jangan lupa letak beberapa helai daun limau purut yang ditumbuk lumat bersama kacang. dapatlah pecal yang bukan saja sedap tapi harum. saya belum jumpa kuah pecal di bazar ramadhan yang sesedap resipi bibik lama saya ini.

gulai lemak udang.

nota: petang tadi saya telah menolak tempahan 34 biji kek mentega daripada seorang potential customer. saya anggap ini dugaan di penghujung ramadhan. rasa sangat tempted nak grab this opportunity, banyak $$ yang boleh saya dapat. tapi tak mengapalah, saya reda melepaskan peluang ini pergi. saya dah congak masa, saya tak mahu yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.

No comments:

Post a Comment