My hari raya begins on Saturday kerana saya sudah selesai menunaikan ibadah puasa sunat Syawal. Alhamdulillah kerana diberi kesihatan dan kesempatan untuk merasa nikmat puasa sunat. Alhamdulillah juga kerana sebaik selesai puasa berduyun-duyun jemputan rumah terbuka. Tak sangka pula we would be marking our calendar with strings of jemputan. On saturday and sunday ada dekat 8 jemputan kebanyakannya daripada jiran setaman dan bakinya my friend and hubby's friend. Jadi, saya gantung apron dan kuali tak masuk dapur langsung last weekend! Sangat jarang dapat goyang kaki ticking list open house je :-). Tapi sebenarnya kami tak mampu pun nak penuhi kesemua 8 jemputan tu. Dapat pergi 4 buah rumah dalam masa 2 hari pun dah rasa macam nak pecah perut.
Kalau kesemua 8 rumah di redah rasanya bukan setakat pecah perut, terburai dan tercabut lutut sekali agaknya. Yelah, kalau jemputan sekitar satu taman pun bukan sebelah rumah, inikan pula jemputan yang merentasi sempadan negeri. Hujan yang turun mencurah setiap petang becomes a blessing, meredakan sedikit kehangatan sebab kebanyakan open house bermula tengahari. Saya kan sensitif dengan cuaca panas, mulalah migrain nanti. Oh ya, selepas 2 hari tawaf open house, berat saya sudah naik 1 kg masa saya naik atas scale pagi tadi. I told you!
Bagi yang akan meneruskan aktiviti pecah perut weekend ini, berhati-hati di jalan raya ye, sebab jalan semua sibuk dan sesak dek orang berpusu-pusu mengejar open house. Waktu-waktu peak yang perlu dijauhi adalah jam 4 petang ke atas kerana orang baru selesai menghadiri open house shift tengahari. Seterusnya selepas waktu maghrib hingga jam 9 malam sebab orang mengejar open house shift malam. Hahaha. Dalam sibuk ber open house jangan lupa solat (peringatan untuk diri sendiri juga). :-)
No comments:
Post a Comment