Monday, 11 October 2010

Berakhirnya Acara Makan Lambak

Saya sebenarnya penat nak buat karangan malam ini. Tapi kalau tangguh jadi entry basi pula. Remember saya ada sebut pasal persembahan yaya di majlis penutup aidilfitri? So here is cerita bergambar pasal persembahan dia tu.
temanya glamour tapi aturcaranya sangat menghampakan :-(saya jumpa si manis saya di belakang pentas. nyaris saya tak cam muka dia kalau tidak kerana baju biru itu. it was so dark at the back there, lighting was very very bad. luckily dalam gambar ini dia tidak kelihatan terlalu gelap! the girl sitting next to her itulah penyanyi utama yang rancak menyanyi lagu raya rahimah rahim

nampak si owl di dada saja, si hitam manis saya sudah tenggelam dalam kelam malam. i told you lighting was very very bad!si abang tak mau berganjak dari depan pentas, mengajuk adiknya macam badut. saya pun turut terkejut lihat rupa anak-anak dara manis dimekap sedemikian rupa.

Saya punyalah asyik dok fikir pasal performance yaya sampai saya lupa nak snap gambar-gambar lain sepanjang majlis. Lagipun saya tengok majlis tu punyalah kelam kabut dan disorganised sampaikan saya dah tak nampak flow aturcara lagi dah. Kalau kebiasaan majlis kahwin zaman dulu ada acara joget lambak sebelah malam di mana geng-geng penanggah dan ahli keluarga diberi peluang berjoget sakan aka let their hair down. Majlis malam sabtu lepas bolehlah diumpamakan acara Makan Lambak. Kenapa saya cakap macam tu? Sebab tetamu semua sebaik tiba ke majlis sehinggalah sepanjang majlis tanpa perlu dijemput semuanya dok bantai makan je sampaikan masa pengerusi berucap pun saya tengok orang buat tak heran pakat pulun makan! Punyalah hingar bingar macam pasar tani, orang dok berjalan ke hulu ke hilir langsung takde rasa hormat kat pengerusi.

Umpama kalau kat pantai timur dulu-dulu ada musim "Orang Main Pantai", lebih kurang begitulah lagaknya majlis malam sabtu lepas. Semua bawa hal sendiri tak peduli kat tuan punya majlis. Tapi saya tak salahkan tetamu, saya rasa organising committee pun tak control majlis dari awal. Kalau ada orang control majlis biar proper, bagi peluang pengerusi berucap, sampaikan mesej dulu lepas tu baru jemput tetamu makan. Tetamu dipanggil datang jam 8malam tapi majlis bermula secara rasmi sekitar jam 8.45malam. Saya datang jam 8malam untuk susun cupcake sebelum saya balik solat Isyak dan tukar pakaian. Bila saya tiba jam 8.45malam saya tengok makanan sudah licin! Cupcake saya juga licin! Haha padan muka saya tapi honestly saya tak kisah pun. Saya more excited nak tengok anak saya buat persembahan.

Tapi sayang majlis tiada pengisian. Sekadar persembahan kanak-kanak dan beri hadiah best dress yang sangatlah ketinggalan zaman. Aduhhh ada saya kena ketuk nanti. Orang kat dalam rumah ni one of the committee :-P. Sayang juga sebab malam itu saya lihat banyak pembaziran makanan. Barangkali kerana terlalu takut tak sempat makan masing-masing pakat penuhkan plate dengan macam-macam makanan. Jamah sikit dah kenyang kot ataupun tak sedap atau tak pandai makan. Lepas tu dibiarkan makanan bersepah atas meja. Sedih sungguh saya tengok keadaan macam tu. Sungguh tiada kesopanan langsung bila masuk bab makan. Dekat meja yang saya duduk which was meja orang lain sebenarnya ada ditinggalkan sebungkus nasi lemak dan dua biji kuih koci. Fahmi teringin nak makan nasi lemak tapi yang ada dekat meja buffet sudah habis. Saya pun suruh dia makan je nasi lemak yang masih elok berbungkus tu. Kuih koci tu pulak saya bagi sebiji kat hubby dan sebiji lagi masuk perut saya.

Saya lost count berapa ratus biji cupcakes yang saya buat malam itu. Ada sesiapa yang rajin mengira jumlah cupcakes dalam gambar ini? Nanti saya beri hadiah :-). Kawan-kawan hubby cakap cupcake saya pertama sekali diserbu orang. Within minutes sudah licin. Ada yang sempat tengok dari jauh saja.

No comments:

Post a Comment