The weather has been very hot and dry for the past one week. Even the nights are hot and humid too. So hot sampaikan my washed undies that i left hung in the bathroom boleh kering dalam 1 malam sahaja. Padahal before this saya kena jemur diluar rumah baru kering. Sorry kena cakap pasal undies nak bagi gambaran beratap panasnya cuaca sekarang. Malam tadi hubby pun merungut panas. Dia tanya saya bukan ke bulan oktober sepatutnya musim hujan. Setahu saya memanglah the rain starts to pour in October and gradually getting heavier comes November til December. But I'm no weather expert tambahan sekarang ni cuaca dah tak menentu - dah nak akhir zaman. Saya pula kalau cuaca panas mulalah ada perubahan pada badan sendiri. Cuaca yang panas dan kering akan buat saya bangun pagi dengan mata yang sangat cengkung, kering, pedih serta tak bermaya. Kepala pula asyik dok pening-pening sepanjang hari. Keadaan ini akan berterusan sehinggalah cuaca panas beralih.
Selalu dalam cuaca panas begini saya cukup malas nak duduk kat dapur lama-lama walaupun di waktu malam. Tapi buat masa ini keinginan saya nak buat kek lapis melebihi kemalasan saya berpanas di dapur. My hands are so itchy nak membaking. Ni bukan baking yang bake cakes tempahan orang. Kalau bake tempahan orang memang dah tiap-tiap hari tapi masih belum dapat puaskan keinginan peribadi saya nak bake sesuatu yang lain pula. Sayangnya buat masa ini my free time are all occupied with my other baking commitments menyebabkan saya terpaksa pendamkan dulu craving saya ini. Terpaksa lah saya tahan godaan nak buat kek lapis, pada hal tiap-tiap hari dok drooling bayangkan kerja melapis kek. Dah datang angin craving tu selagi tak dipuaskan selagi itulah hati saya tak tenang. Sewel! Lepas tu, bila kek lapis dah siap nanti siap yang nak habiskan? Macam lah ada peminat kek lapis dalam rumah ni selain daripada diri saya sendiri? Saya tak larat nak makan kek lapis lagi selepas saya habiskan sebiji kek lapis cadbury seorang diri setiap hari selama seminggu ini. Sampaikan yaya pun dah pandai takutkan saya kata dia nanti saya gemuk sebab banyak makan coklat! Siapa nak jadi mangsa kek lapis saya sila angkat tangan. :-P
Kat tangan dah ada resipi kek lapis prune yang saya ambil dari blog Rima. Tunggulah bila saya ada free time nanti.
No comments:
Post a Comment