Ini adalah entry bergambar yang agak panjang. Saya tidak merancang entry ini sewaktu gambar-gambar di bawah diambil tapi selepas saya amati setiap gambar, nyata ianya boleh disusun menjadi kronologi of event yang boleh menggambarkan how the event goes pada hari Fahmi dikhatankan dalam majlis berkhatan beramai-ramai.
This is my boy pada pagi hari Ahad, hari dia dijadualkan untuk berkhatan. He rose early selepas dikejutkan hubby. Saya berniat nak kejutkan dia sendiri pagi itu tetapi I spent longer time in the bathroom sebab masih melayan mata yang terlalu mengantuk dan letih sebab menguruskan kenduri doa selamat untuk Fahmi malam sebelumnya. Mudah juga Fahmi bangun pagi itu sebab kami sepatutnya berada di surau seawal 7 pagi. Sesudah mandi dia datang kepada saya meminta diambil baju melayu. Saya perasan air mukanya berlainan sungguh pagi itu, tenang, lembut dan tak banyak bercakap. Rasa sayu pula sebab saya tahu deep down dia masih struggle untuk terima kenyataan bahawa dia akan dikhatankan pagi itu and there's nothing he can do to avoid it! Takpe sayang, it was my first experience too and honestly mama pun tak tahu how to deal with a situation like this!
Pagi itu kami cuba penuhi segala permintaannya hatta membawa dia ke surau dengan menaiki motorsikal baru hubby with flat tyres! Gambar ini hubby yang minta saya ambil sebelum saya berlalu pergi berjalan kaki ke surau melalui jalan pintas. Saya tak pasti baju apa yang harus saya pakai pagi itu, kalau ikutkan selesa mahu saja saya berseluar trek dengan t-shirt tapi saya sarungkan juga baju kurung. Mujur saya tak buat kerja gila pakai seluar trek sebab dalam perjalanan saya terserempak dengan jiran lorong belakang yang berbaju kurung warna sedondon dengan suami dan anaknya yang juga nak berkhatan pagi itu. Melihatkan suami dan anaknya lengkap bersampin saya rasa macam saya tersilap majlis pula.
Fahmi naik stage dua kali pagi itu. Kali pertama masa terima cenderahati daripada Pengerusi Surau Raudhotul Firdaus, Ust Najahuddin Lateh.
Kali kedua bersalaman dengan YB Khalid Samad, ADUN Shah Alam yang sampaikan sumbangan RM sebagai pembakar semangat anak-anak yang bakal dikhatankan. Fahmi dah salin seluar pakai kain pelikat bersiap sedia nak dikhatankan.
They took group photos too! Smart sungguh anak-anak yang bakal dikhatankan with the fathers. I was told memang ditetapkan dress code hari itu mesti berbaju melayu dan bersampin, sebab itu saya kerahkan juga hubby balik ambil sampin. Mujur rumah dekat dengan surau.
Berarak sambil anak didukung ayah masing-masing juga adalah acara wajib pagi itu! There were 23 kids yang turn up hari itu. Ada keluarga yang hantar 3 anak untuk berkhatan sekaligus. I wonder how the father julang all 3 kids? Kena pinjam bahu orang lain agaknya :-)
Dan acara berarak sambil menjulang anak disusuli paluan kompang! My mum and niece jadi tukang bawa bunga pahar bidan terjun pagi tu. And yes, tekaan anda tepat. The guys yang berbaju celoreng hitam oren itu adalah ahli bomba.
Sakan mereka mandi pancuran air bomba! Seronok bermain air terlupa sekejap kengerian yang menanti.
Tengoklah anak saya, memang hantu air. Ada boys yang tak berkhatan pun join juga main air. Boy berbaju hijau dalam gambar ini adalah anak setiausaha surau yang volunteer untuk jadi peserta pertama dikhatankan! How brave!
Berbeca juga acara wajib! Si ayah kena bawa anak dan ibu dengan beca keliling surau tapi anak-anak saya dan my nieces yang lebih teruja nak naik beca. Saya jadi mamarazi pun cukuplah. Yang lucunya sebaik tiba di depan surau tayar beca meletup! Tersentak pengacara majlis yang sedang berucap. Hampa parents lain bila tak dapat bawa anak naik beca! Hubby punya kerja bawa muatan lebih atau dia yang terlebih berat? Hahaha... malu sungguh.
Dek kerana penat tunggu giliran no.17, sempat saya bawa Fahmi balik makan mee sedap (mee segera) di rumah. Kalau hari lain memang saya tak layan permintaan dia, tapi kerana berkhatan saya turutkan juga. Lagipun sebab dah masuk tengahari dia langsung tak mau makan sejak pagi. Saya tau dia gelisah dan takut menunggu giliran tapi dalam masa yang sama dia tak kisah kalau giliran dipercepatkan because he wants to get it over and done with fast! Dan saya sendiri pun tak sanggup membiarkan Fahmi mendengar jeritan dan tangisan boys lain yang sedang 'dioperasi', sebab itu juga saya bawa dia lari. Mula-mula saya sangka dia tak perasan bunyi tangisan halus. Tapi bila tangisan menjadi-jadi dia mula bertanya "siapa yang nangis tu" Saya kata "adalah tu budak main terjatuh" tapi dia kata "entah-entah suara orang sunat kot" Aduhaiii siapa yang saya nak bohong ni?
Lepas makan mee sedap dan lepas selesai solat zohor saya presented him dengan handheld game yang saya janjikan. Ye, saya tahu sepatutnya saya bagi selepas dia dikhatankan tapi saya kesian sungguh tengok dia asyik melayan perasan takut dalam masa yang sama tak mau mengalah, maka saya decide untuk reward him earlier supaya dapat alih tumpuan dia sekejap. Bagusnya dia ralit bermain game sampailah ke surau. Sampaikan all other kids yang tunggu giliran pun turut sama surrounded him dan selepas itu saya lihat semua kids main games di handphone parents masing-masing!!! What a trendsetter!*lol*
And he continued bermain games sementara doktor do his work on him! Oh, tapi sebelum itu ada drama air mata dan jeritan halus. Saya pegang tangan dia masa doktor inject ubat pelai while hubby pegang kaki dia. Mula-mula dia cuba tahan sakit tapi bila masuk jarum kedua dan entah keberapa kali selepas itu dia menangis juga. Sedih saya lihat dia, pujuk macam mana pun takkan hilang sakit dia. Tapi at least I was there for him. Kalau ikutkan ngeri memang saya tak lalu nak duduk dalam bilik operation tu, dengan bau darah yang hamis saya rasa mual.
Tapi saya rasa, saya bertanggungjawab dalam ini cerita, saya berani letak dia dalam situasi ini kenapa mesti saya larikan diri while he brave his way untuk dikhatankan? Apatah lagi bila boy di katil sebelah makin teruk jeritan dan tangisannya. Tiap kali boy sebelah menjerit, Fahmi mesti toleh. Saya suruh hubby block the view. Bila giliran Fahmi pula menangis dan menjerit saya peluk dan pujuk dia. Dan saya gagahkan juga diri tengok doktor 'mengerjakan' incik bird dia walaupun sampai hari ini saya masih takut-takut nak bersihkan setiap kali dia wee wee.
Lucunya, pada sebelah malamnya bila sakit dia sudah agak reda, itupun after taking his 4th painkiller tablet, sempat lagi Fahmi minta nak makan TELUR MASIN bila dia sembuh nanti!*lol*
Apapun nasihat saya, temankanlah anak-anak lelaki anda sewaktu dikhatankan. Walaupun papan tanda in the makeshift bilik operasi melarang wanita masuk tapi saya redah juga sebab yang dioperasi itu anak kita. Dan selalunya suara ibu itu menenangkan si anak. Kena gagahkan diri sebagaimana anak kita menggagahkan diri to go under the knife/scissor.
Saya masih agak trauma melihat anak saya dioperasi walaupun saya tahu in the years to come kejadian Ahad lepas mungkin dah tak memberi kesan apa-apa lagi pada saya mahupun Fahmi. Tapi sehingga hari ini setiap kali nak tidur malam mesti bayangan dan suara jeritan serta tangisan anak-anak yang dikhatankan itu datang balik. Bila terjaga tengah malam bayangan hari itu juga yang menjelma. Sungguh-sungguh trauma.
Thanks Lia for sharing...at least aku dah boleh prepare mentally kan nak hadap itu dua mamat...sure babah dier takmo teman punyer sebab babah dier pun takot jarum ehhehe aku rasa umar tuh ok..ujay tuh ..emm...mau satu klinik tuh dengar dier menjerit heheheh
ReplyDeleteYa Allah tersyahdu pulak baca post ni. Mula2 senyum saja, lepas tu tergelak-gelak baca tayar beca meletup, sampai ke bahagian akhir mata dah berkaca-kaca. Apapun, alhamdulillah semua dah selamat.. ; )
ReplyDeletepuan nolie,
ReplyDeleteko klu nak buat 2 serentak kena byk ler bersabor ye, kot tak menang tgn nak melayan. harus amik cuti 1 minggu! hehehe
ayu,
ReplyDeletealhamdulillah, skrg ni pun dia dah ok dah. aku pun dah tak mimpi orang sunat lg dah... kikikiki
seram sejuk plak iLa baca ....
ReplyDeletetak tahulah nanti kalau anak iLa cam ne
masa Alieyah ari tu sunat ok lah
si Paim..aiyooooooooooo
ila,
ReplyDeletebersiap sedia lah hehehehe
insyaAllah ok... once it is done semuanya okay