Peritnya lah tekak. Hidung pun dok sok sek tapi tidaklah sampai meleleh je air hidung. Ni nak kena selsema lah ni. Punyalah takut kena selsema, saya berpantang minum air sejuk. Tapi kalau dipaksa-paksa minum air sejuk pun bukannya best time gini, sebab masuk air sejuk dalam tekak pun terasa perit ya rabbi. Huh, baru tahu ye? Selama ni bukan main sedap duk telan air sejuk. Saya terkena tempias demam Fahmi barangkali.
Mujurlah weekend ni panjang, bolehlah berehat. Yelah tu nak berehat konon. Kalau dah bangsa tak reti duk diam tu maunya panas punggung duduk saja-saja tak buat apa. Jadi kenalah melarikan diri balik rumah my mum. Kat situ barulah betul boleh duduk diam sebab baking gadget semua tinggal. Tapi bukan boleh percaya sangat kat diri saya ni, kadang tak sempat panas punggung dah pergi melangut kat shopping complex pagi-pagi buta! Dasar!
Segan pulak nak balik rumah my mum kali ni. Yelah dah berbulan tak balik tiba-tiba nak balik sekejap tak bawa buah tangan. Hajat hati nak bagi kek lapis prune kat my dad tapi dah habis dikerjakan last week. Nak buat semula memang haram lah jawabnya. Emmm lain kali jelah ye. :-P
No comments:
Post a Comment