It has been quite a long break since my last entry. Bukan tak ada cerita, tapi takde mood nak menulis sebab sibuk dengan moving office and at the same time planning my son's birthday party. Takde mood + penat = malas nak buat entry ;-). So now, marilah baca saya bercerita pasal birthday party Fahmi. Dah selamat dah pun last Saturday.
Remember last year saya merancang nak buat birthday party Yaya where the invitees terdiri daripada her friends sahaja tapi rancangan saya tu tak menjadi? Sebab masa tu masih ragu-ragu lagi if the parents willing to leave their children at our house for the party. Alhamdulillah, I did it this year for Fahmi's party! Yeay!!
The invitation card yang simple, buat sendiri aja. Ignore my grammatical error heee ;-). Punyalah nak jimat, atas sekeping kertas A4 dapat 4 keping kad jemputan. It was a one page card sahaja yang saya print menggunakan kertas berwarna warni.
The invitees are all Fahmi's friends from school dan sekolah agama yang kesemuanya comes from our neighbourhood. I printed 12 invitation card which Fahmi distributed to his friends on Friday at school and later in the afternoon religious class. Saya tak yakin all his friends akan turn up sebab tak pasti if the parents will allow they kids attend memandangkan kami cuma jemput their kids saja. Pasal itu saya sambil lewa je nak memasak siap boleh tertidur lagi. Tak sangka the parents semuanya sporting. Ada yang datang dengan motor dan kereta semata-mata nak drop anak ke rumah kami. Saya sibuk di dapur tak sempat pun nak sambut them all. Bila saya jenguk ke depan tengok dah ramai kids yang sampai! Mujur hubby sempat sambut diaorang kat depan pagar, dapatlah meet the fathers dan assured them everything will be fine. Ada yang datang bawa hadiah, walaupun saya sebenarnya tak expect masing-masing bawa hadiah. I just want their company. Look at them, ini cuma sebahagian kecil sahaja from a total of 16 tetamu cilik hari itu. Saya biarkan mereka main games dulu sebelum makan.Yang bermaharajalela duduk atas meja tu memang dah sah lah anak buah saya. Kawan-kawan Fahmi semuanya sopan takde yang menjerit-jerit. Nampak budak lelaki berbaju merah yang facing camera tu? Kalaulah ada award tetamu paling sopan rasanya boleh saya beri pada dia. Dialah yang paling sopan, paling behaved dan paling smart hari tu. Ada kawan Fahmi yang datang bawa adik-adik dan kakak, tapi kami tak kisah the more the merrier.Saya terkejut sebab ada juga antara mereka yang a year older than Fahmi. Rupa-rupanya those are his friends from kelas agama.
The goodie bag. Saya guna beg kertas goreng pisang je. Hias sikit dengan kad Thank You, itupun print atas kertas A4 biasa. Yang penting isi nya kan?
I like the spongebob notepad dengan permukaan ber puzzle tu. Menarik. Tema party bukanlah spongebob pun because he already had spongebob themed party for his 3rd birthday dulu. Tapi saya malas nak pening kepala cari goodies yang bertema serupa dengan kek, rembat saja apa yang menarik. Kebetulan kat kedai tu ada jual eraser spongebob and many other spongebobs, jadi saya beli eraser, notebook dan sticker spongebob for the goodie bag. Since the shop don't carry that many spongebob notebook, i had to buy thomas punya notepad untuk cukupkan jumlah.
The cake. Pening juga fikirkan tema birthday cake Fahmi kali ini. Last years' was transformer's bumblebee. this year he is still into bumblebee, just look at his school bag and bekas air. Lucky few weeks before his party dia ternampak kek padang bola kat kedai kek king's. Terus dia berkenan dan minta saya buatkan kek football field je. Pheww! Senang kerja mama. Saya lupa nak snap gambar kek alone sebab dah kelam kabut. Memang plan nak snap gambar kek dulu, tapi lepas buat kek saya tertidur! Bila bangun dah pukul 4.00 petang. Kelam kabut masuk dapur memasak sebab tetamu cilik nak datang jam 5.15 petang, saya satu apa pun tak masak lagi!
The menu. I made bihun goreng, nasi goreng sardin, baked chicken wings, tuna and egg sandwich and beef lasagna. Malas nak buat menu berat sebab it was a tea party sans the tea ;-). Saya lupa tambah fruits dalam menu. Sungguhpun menu biasa-biasa je tapi seronok tengok the kids berulang makan! Lapar sungguh diaorang, maklum lah sampai je rumah I semua pakat main dulu. Saja saya biarkan the kids bermain dulu, bila dah penat baru makan, barulah cepat habis food hehe.
hah engkau berselera juga makan ye bila dah penat. Inilah Firdaus, kawan baik Fahmi & Yaya. Yup the same Firdaus yang sangat famous dalam blog saya in my previous entry ;-) ;-).
The girl yang pakai red overall tu is Diana, kawan sebaya Yaya yang duduk depan rumah. The girl berbaju hitam tu is my niece Farah yang banyak tolong saya melayan tetamu cilik. Saya gelarkan dia "Cik Pelayan Dari KLIA".
All in all, it was a success party. The kids had fun - bayangkan jelah bila 16 orang kanak-kanak riang berkumpul memang riuh rendah jadinya. Rumah saya bertukar jadi nursery sekejap with the kids all over the place. tau jelah anak-anak saya bila friends datang ada juga yang dia heret ajak main kat atas, kat dalam bilik lah. Owh tak kisahlah I'm just so happy to have them with us. Si tukang masak pun happy sebab food semua habis, kek pun laris bila the kids berulang kali minta tambah. Saya tak menang tangan nak potong kek. Kalau kita orang dewasa ni tak ambil kisah sangat pasal kek kan? Ada orang tak makan pun dan geli tekak dengan cream. Saya terlupa yang kids memang teruja tengok kek terutama part cream tu, jadi bila beratur kids datang minta tambah saya ternganga kejap.
Bila majlis dah nak over, the fathers pun datang tunggu anak masing-masing depan rumah saya. Sempatlah hubby make new friends. Some of the kids yang duduk sekitar 2-3blok dengan rumah kami datang sendiri berjalan kaki or naik basikal. Cool kan? :-). Yang ini saya pesan suruh balik terus ke rumah.
Cuma sayang, disebabkan tukang masak tertidur petang tu party jadi kelam kabut sikit sampai lupa nak ambil gambar kek, group photo with all the children and even gambar birthday boy dengan proud mama and daddy pun takde! What a shame. Tapi nasib baik juga takde gambar mama and daddy kot, sebab mama was so messy tak sempat mandi while daddy was so santai with his seluar kotak-kotak ala pyjama! Harharhar.
No comments:
Post a Comment