Pagi ni layan celoteh Dr Fadzilah Kamsah lagi kali ni pasal keibubapaan kat sinar.fm. Dapat tips dan petua baru untuk anak-anak yang suka bergaduh. Kalau tak silap pendengaran saya, maklumlah sambil dengar sambil drive nak hantar Yaya ke tadika masa tu, mulut je terkumat kamit menghafal aloud dengan harapan cik Yaya boleh tolong repeat kalau-kalau saya terlupa - baca surah Al Fatihah, Ayatul Kursi, Alam Nashrah dan surah Toha ayat 1-5. Dibacakan depan anak-anak secara kuat. Barangkali ramai yang dah tahu dan dah pun amalkan, Alhamdulillah. untuk saya yang cetek ilmu keibubapaan ni sangat bersyukur dapat dengar pesanan dan nasihat dr fadzilah atau sesiapa sahaja yang boleh kita ceduk ilmunya menerusi radio. Maklum je hari bekerja tak sempat nak belek buku membaca. Lama dah tak membaca, buku-buku yang dibeli ada bertimbun tapi tak berusik.
Memang hajat dihati nak start balik membaca buku, saya suka biar anak-anak pun sama minat membaca. Masa kecik dulu saya memang jenis yang suka membaca, hatta keratan surat khabar alas makanan pun jadi bahan bacaan saya. I love to read sebab bila membaca saya rasa seakan-akan di bawa travel ke dunia lain. Reading brought me to places I never went to, places I could never reach. Ada masa-masanya when I'm upset reading serves as an escapism from real life, a therapy. Saya nak anak-anak juga merasa nikmat membaca sebagaimana yang pernah saya rasakan. Tak kisah lah kalau later they discover other means yang lebih menyeronokkan but I want them to try... bermula dari umur sekarang. Kot esok dah besar sikit payah pulak nak biasakan dia membaca. Tapi... tulah kalau dah mama dia pun sekarang kurang membaca, (kalau dapat pun setakat majalah or surat khabar je) macam mana lah anak-anak nak rajin reading. Tapi 2 malam lepas saya ternampak Fahmi membelek picture dictionary dia depan tv. Khusyuk sungguh nampak. Bagus... bagus... Tapi kalau saya bawa pergi mph mula lah dia nak beli buku-buku sticker mengarut je! :-)
Oh berbalik kepada pesan dr fadzilah tadi saya tertarik satu lagi kata-kata dr fadzilah pasal dilema mertua yang punya expectation tinggi pada menantu perempuan supaya boleh jaga makan minum dan uruskan anak lelakinya sebagaimana si ibu menjaga si anak dulu. Kena pulak kalau dapat menantu yang tak pandai masak, tak pandai urus rumahtangga cuma tahu bersolek je - to which dr fadzilah kata lebih kurang begini, sebelum kahwin selidik latarbelakang, kalau dah tau menantu/isteri tak pernah masak tak pernah basuh baju sendiri sebab dia biasa hidup mewah ada pembantu ada 2 cara nak tangani masalah ni. Pertama, mentua/suami kena carikan pembantu sebab sememangnya garis panduan ini memang ada dalam Islam. Haaa yang ini para suami jangan marah ye, sebab ini perkara benar. Saya masih ingat ustaz dalam kelas masa kursus kahwin pun cakap benda yang sama. Kalaulah dulu masa baru kahwin suami carikan pembantu untuk saya sebab saya pun tak pandai masak/urus rumahtangga... owh alangkah berangan nya aku! Pirraaahhhh banyak cantik muka. Kedua, carikan guru untuk dia belajar atau ajar dia memasak/menguruskan rumahtangga - saya kira ini alternatif kalau dah tak mampu nak sediakan pembantu. Dan pesan dia lagi, mak mertua pun kena terima kelemahan menantu. Tapi janganlah menantu pun buat keras 'kheng' kata orang terengganu (keras kepala maknanya), tak reti-reti nak belajar? Bagi suami segelas air kosong pun dapat pahala, banyak sungguh ruang untuk collect pahala sebenarnya.
Dan yang membuatkan saya tersenyum sorang dalam kereta bila dr fadzilah cerita kisah seorang isteri yang demam setiap kali mertua nak datang rumah semata-mata sebab dia tak pandai masak! Demam takut lah tu kang nak bagi mertua makan apa. Hahaha. Teringat kat diri sendiri masa baru kahwin dulu. Bila mertua datang tidur kat rumah 1 malam je saya dah naik risau dan gelisah sorang diri, mujur tak demam. Risau dok fikir apa aku nak bagi makan kat mertua ni... ya rabbi nervousnya Allah swt saja yang tahu. Tumis sayur pun tak reti inikan pulak nak masak lauk pauk kampung. Sudahlah saya jenis yang tak reti makan nasi bagai before kahwin. Manalah saya ambil pusing pasal lauk pauk ni. Masak spaghetti saya confidentlah! Maunya kena 'cerlong' (kata orang terengganu, jegil biji mata kata orang luar) dengan mak mertua. Tapi sekarang bila dah pandai masak takde pulak mertua nak datang selalu ye? Hihihi... Agaknya macam mana pula dilema saya bila tiba giliran bermenantu esok?
Dulu kalau saya hidangkan salad macam ni, maunya mertua tak jadi tidur kat rumah.
Ughh kalau setakat salad ni semua orang boleh buat. Cuma sos dressing tu saya buat sendiri. Nampak serupa sos thousand island kan? Memang pun sos thousand island tapi homemade punya. Masa nak makan salad ni baru tersedar takde readymade dressing kat rumah. French dressing yang saya beli dah ditong-sampahkan sebab expired. Saya godek-godek cik google dapatlah resipi dressing thousand island ni. Mujur juga bahan-bahan memang readily available so menjadi sangat lah dia.
Dressing Thousand Island
1/3 cup mayonaise (saya guna sour cream)
1 tbsp tomato sauce
2 tbsp chopped parsley
1 tsp paprika powder (saya omit)
1 tbsp sweet pickle relish ( saya omit)
1/2 onion - chopped
1 tbsp red chilli - chopped
1 tbsp lemon juice
salt & sugar to taste
Letak semua dalam food processor dan blend. Sebab saya guna sour cream maka sugar tu saya lebih kan sedikit, itupun agak-agak sendiri lah kan. Senang kan. Oklah cik bedah, cik jenab semua banyak dah saya menceceh, jom buat kek ada order minggu ni.
No comments:
Post a Comment