The instance school break starts both the children were down with fever. Dua-dua kena grounded tak boleh keluar rumah until they are fit and healthy. Well actually bukanlah demam sampai terlantar tak boleh bangun, badan panas tapi masih lincah boleh bermain dan bergaduh berdua. Kerana demam mereka disebabkan tonsil (jangkitan kuman) saya tak maulah expose mereka kepada udara kat luar, takut lambat baik pulak. Paling teruk kena tonsil infection is Fahmi. Kedua-dua tonsilnya bengkak teruk sampai dah bertemu dan duduk atas pangkal lidah. That makes swallowing food and drinks extremely difficult apatah lagi nak telan air liur. You can actually see bengkak kelenjar tonsil tu terjojol kat bawah tulang rahang dia. And he has been complaining rasa panas dan sejuk yang berselang seli. Pity him.
Despite the difficulty nak telan solid food, semalam berselera juga dia makan nasi kabsah yang saya masak. I made chicken kabsah, the rice was so tasty with all the herbs infused dan lembut (actually terlebih lembut hehe) sampai he couldn't resist bertambah. Tambahan pulak mama dia yang suap makan, tu diaaaa bukan senang nak dapat mama suapkan makan. Yaya pun sama makan bertambah. Yang cik kak sorang ni kononnya demam teruk sangatlah, makan sambil baring. Lepas makan pun dua-dua sambung baring. Mama dia bising, samalah macam mak kita dulu kan kalau lepas makan terus baring di katanya serupa buaya.
Since bengkak tonsil Fahmi tu teruk sangat, dan stok ubat demam pun dah habis, kenalah pergi klinik. Daddy dia tak sanggup nak biarkan the tonsils heal sendiri jadi kenalah minta antibiotik. Saya bukan tak suka pergi klinik, tapi dah terlalu kerap ambil antibiotik lama-lama immune, I would rather guna alternatif method. Malam tadi lepas makan, saya bawa Fahmi & Yaya pergi klinik. Masuk je kereta ada ke patut Fahmi tanya saya " Kita nak pergi tempat jambatan tu ke?" "Jambatan apa?" tanya saya terkesima kejap, rasa-rasanya saya dah cakap kita nak pergi klinik. "Ala jambatan yang mama jumpa ular tu, yang gelap tu". Ooohhh ..kenapalah kau minta pergi jambatan gelap yang mengerikan tu walhal pergi klinik lagi penting. Tak faham sungguh. Tak tahu ke kau wahai anakku, mama mu ini kecut perut lalu kat situ tempohari, lagi kau suka-suka nak ajak ke sana. Sudahlah tiap hari balik kerja mama kena lalu situ, nasib baik siang. Yang saya peliknya bersungguh-sungguh si Fahmi ni ajak ke sana, saya kata tak mau pun disuruhnya juga pergi ke situ. Apa kau ingat itu rumah hantu funfair ke boleh buat main-main.
'Jambatan' tu adalah sememangnya jambatan kecil sebesar sebiji kereta saja yang merupakan laluan saya setiap hari nak ke tempat kerja. Terletaknya merentasi parit di simpang 3 bersebelah kandang lembu yang telah di abandon. Tempatnya sunyi tak ada rumah orang, dikelilingi pokok-pokok tua yang tinggi, tidak diterangi lampu jalan pada waktu malam dan ditepi pagar kandang berbaris pokok nangka yang sedang berbuah lebat. Lumrah orang balut nangka dengan sarung guni beras. Apa tujuannya saya cerita in detail? Ada kaitannya dengan kejadian Jumaat malam Sabtu lepas bila mana saya terpaksa balik lewat. Nasib saya agak baik sebab seorang teman sekerja sudi temankan, maka berasinglah kami dua biji kereta meninggalkan ofis jam 8.10malam, saya di depan dia di belakang. Kalaulah saya seorang memang saya meraung nak balik kerja dalam gelap gelita tu. Saya mengaku saya penakut. Sambil bawa kereta entah kenapa saya rasa alangkah bagus kalau lamput spotlight belah kanan masih terbakar (belum diganti bulb). Sebab pernah sekali saya balik seorang lepas maghrib hari dah gelap sikit, bila lepas jambatan sampai kat kandang lembu bila lampu kereta menyuluh ke pokok-pokok nangka tu saya tersentap seorang diri. Karung-karung nangka berwarna putih bergayutan itu, bolehkah anda imagine serupa apa?
Aghh sudah... sudahlah menakutkan diri sendiri. Berbalik cerita Jumaat malam tu, sampai kat simpang jambatan kawan saya tadi ni tiba-tiba berhenti. Saya lihat dia bagi signal ke kana. Aghhh sudah dia nak tukar direction lah pulak... budak ni jangan buat pasal kalau dia change direction tunggu jelah hari Isnin nanti, siap dia aku kerjakan, kata saya dalam hati. Mana mungkin saya boleh berundur balik dari jambatan yang sempit tu. Mujur dia batalkan niat nak belok ke kanan. Elok je saya meluncur laju ke depan tiba-tiba saya nampak benda berkilau-kilau melintang tengah jalan. Ular! Ular sawa warna silver yang sangat cantik. Cantik-cantik pun saya lanyak juga, beralun-alunlah kereta dek tayar kereta memanjat badan ular. Huwaaa, ye rasa mau nangis kali kedua tapi sebab ada konvoi di belakang boleh kontrol lagi emosi saya. Itulah kali kedua saya panjat atas badan ular sejak kerja di ceruk kampung Pulau Indah ni. Huhu. So, itulah cerita 'menarik' yang buat Fahmi teruja sangat nak pergi ke jambatan laluan tempat kerja saya. Adakah saya telah membuatkan bulu roma anda berdiri tegak? ;-)
Sudah sudah lah tu jom check out rambut baru Yaya. She gets what she wished for... short hair!Comel tak gaya rambut baru saya ni?
Amoi kedai gunting tu kata ini style 'bob' hair. Tapi saya rasa macam ter kontot sedikit di situ.
Heeee tapi i loike! Hah engkau dua batang gigi sekali tercabut dalam masa 2 minggu. Ngeri ko bila dia sengih. Sekarang dah bertambah koleksi gigi susu anak-anak yang dah tanggal. :-P
No comments:
Post a Comment