Monday, 1 August 2011

1 Ramadhan 1432H

Alhamdulillah syukur kerana masih diberi usia untuk bertemu Ramadhan sekali lagi. Malam tadi lepas menunaikan solat terawih bersendirian di rumah, saya dan Yaya keluar nak isi minyak dan beli roti. Nyaris accident dengan sebiji kereta avanza dari arah puncak alam - bertentangan yang sedang memotong di double line menuruni bukit (saya naik bukit. Saya tergamam dan confused seketika dalam kegelapan malam. Jalan menghala ke puncak alam selepas persimpangan meru tu memang gelap gelita tak ada lampu jalan walaupun laluan di sini semakin sibuk, kerajaan terlepas pandang agaknya? Masa sedang naik bukit saya nampak dua biji kereta bersaing dari arah bertentangan. Saya jadi keliru sekejap sebab bila semakin hampir baru saya tersedar kereta yang 1 biji tu berada di lane saya! Dan tidak kelihatan tanda-tanda urgency nak berganjak atau masuk semula ke lane dia.

Di belakang saya ada 1 biji kereta yang mengekori dalam jarak 2 biji kereta. Saya beri high beam kepada kereta depan, tapi bila tak nampak respons dari si pemandu cepat-cepat saya pastikan jalan sebelah kiri saya kosong, manalah tahu kereta dibelakang saya pun kecut perut tiba-tiba dia memotong ke sebelah kiri terlebih dahulu. Mujur sebelah kiri saya ada jalan yang agak luas maka sempat saya beralih lane sebelum kami bertembung. Kereta saya dan avanza itu berselisih umpama berlaga bahu! But the avanza rilek semacam! Rasa nak curse je the driver. Yaya yang dah mamai mengantuk tak sedar apa yang berlaku. MasyaAllah. Mujur sungguh. Sungguhpun saya punya kegemaran memandu laju tetapi saya tidak memandu dengan cara membahayakan keselamatan orang. Saya laju kena pada tempatnya. Saya juga tidak memotong di sembarangan tempat. Saya tidak memotong di selekoh, saya tidak memotong semasa naik bukit mahupun turun bukit seperti pemandu avanza tersebut! Does he/she has a death wish? Kerana jalan gelap tak dapat saya lihat no keretanya, this avanza must be avoided!

Moving on, Alhamdulillah pagi ini anak-anak mudah bangun bila dikejutkan untuk bersahur. Yang kelat mata nak bangun adalah saya! My alarm dah berbunyi lama, surah An-Nas sudah sampai separuh ayat baru sayup-sayup sampai ke telinga saya. Cepat-cepat saya basuh muka dan gosok gigi, barulah segar sedikit.

Pagi ini juga i make it a point untuk keluar awal sebab kebiasaannya di bulan puasa ramai orang pergi kerja lewat! Kalau keluar macam biasa takut jalan jam. Jadi pagi tadi saya jadi antara yang awal keluar rumah, jalan clear sampai ofis pun awal. Fahmi tak bersekolah hari ini, sekolah dia ambil cuti, ganti aktiviti larian 1Murid tempohari. Petang nanti pun dia tak perlu ke sekolah agama, sekolah cuti juga sempena awal Ramadhan. Saya tak faham mereka ini ikut law mana sebab Selangor tak ambil cuti awal ramadhan. Entahlah sekolah agama dia ni lebih banyak cuti dari belajar/bekerja. Elok juga dia tak sekolah hari pertama berpuasa ni. Saya risau dia lembik pada hari pertama macam tahun lepas. Harap-harap anak mama ni kuat dan sihat untuk teruskan berpuasa. Yaya? Emhh saya tak risau sebab dia tak makan pun tak apa!

2 comments:

  1. Selamat menyambut Ramadhan & menjalani ibadah puasa utk Kak Lia & family. Semoga mendapat keredhaanNya. Amiin.. : )

    ReplyDelete
  2. Selamat berpuasa 2u2 ayu. InsyaAllah semoga kita sama2 dpt manfaatkan bulan mulia ni

    ReplyDelete