Sunday, 14 August 2011

14 Ramadhan 1432H - Fruit Pastry

Bulan puasa selalunya kuih muih yang orang selalu cari mestilah kuih muih tradisi kan? Tak kisahlah buat sendiri atau beli tapi yang keutamaan mesti kuih tradisi. Saya pun macam tu juga. Tapi dah takde idea nak buat kuih apa jadi semalam kita bertukar angin ke barat pulak. Buat fruit pastry.
Haaa macam-macam bentuk dan size ada, yang bapak gedang yang kenit pun ada.

Tu semua budak ni punya permintaan.Semalam dia ikut saya pergi shopping barang basah dan barang buat kuih raya. Penat ikut saya menyinggah banyak tempat akhirnya dia buat permintaan. Pertama, dia nak makan chiken chop again for iftar. Kedua, dia masa saya nak beli tudung match dengan baju raya dia pun nak tudung juga. Tertangguh niat mencari tudung untuk diri sendiri saya dahulukan mencari tudung dia. Pandai pulak minta tudung syria walaupun tak reti nak sebut nama tudung tu. Dia cuma cakap nak tudung yang ada anak tudung kat dalam dan sarung tudung luar. Hah, dapat 2 helai rm15 setiap satu. tu yang terus dia gayakan lepas mandi semalam. Ketiga, dia rembat lemon filing masa kat kedai barang kek nak makan dengan pastry tapi of course lah dia tak reti sebut menatang pastry ni. Bertuah tak anak saya ni? Semua dia minta ditunaikan :-)

Malas nak menguli doh pastry sendiri, tenyah banyak kerja jadi saya pakai ready made jenama 'kawan'. Bubuh filing kastard , sapu sedikit lemon filing dan topped dengan buah-buahan kesukaan anda. Tabur snow icing sugar. Nampak menarik kan?

A good excuse untuk rasmikan serving dish saya ni ;-) ;-).

Ohh hari ni dah 14 ramadhan ye, hmmm malam ni dah mula bacaan doa qunut dalam terawih lah ye. Sekejap je dah masuk separuh ramadhan.

2 comments:

  1. Memang menarik sgt rupa fruit pastry tu. Serving dish pun lawaa. Semalam jln2 di Ikano, nampak satu kedai jual barang2 dapur. Mak ai rasa nak borong pinggan mangkuk pulak. Dok membelek la squarish serving dish, kaler fuschia. Saja gatal. ;p

    Semoga kental berterawih. Ayu dh banyak malam terawih di rumah sbb terjebak jalan2 di mall. Not good..

    ReplyDelete
  2. owhhh tidak... sy tak boleh pergi ikano tuh, godaan kuat nanti sy terlanjur sama! yg ini pun beli masa sale kat parkson 30hinggit klu x silap. ada jumpa 3 tier serving plate handle dia silver lagi cap baroque tp nak beli kena spend rm100 dulu baru dpt beli at special price huhu

    Ayu, terawih di rumah pun ok juga. Ibadat sunat je...

    ReplyDelete