Wednesday, 31 August 2011

Suatu Hari Di Hari Raya II - Orang Bandar vs Lipan

I was saved from my raya nightmare - iaitu memasak raya dishes seorang diri seperti dua tahun sebelumnya bila all my sister in laws balik raya awal tahun ini.
Bila masterchef ada, little chef macam saya ni jadi out of place lah.
But heyy I'm not complaining, I'm more than happy... and relieved.

Tetapi rupa-rupanya my nightmare comes dalam bentuk dan situasi yang berbeza.
Dalam pertarungan orang bandar vs. lipan merah gergasi pada malam raya 1, kau orang ingat sapa menang?
Wahhh takkan raya-raya ada buat acara fear factor pulak?
Hehehe... memang lebih dahsyat daripada fear factor.
Eh before that saya nak tanya, berapa besar lipan paling besar yang pernah anda jumpa?
Pernah jumpa lipan yang saya fikir sudah cukup besar lah.


But nothing beats this lipan yang setiap ruasnya sebesar duit syiling 5sen, siap dengan kaki-kakinya flat out begitu saiznya boleh disamakan saiz ibu jari orang dewasa.

Eh apasal pulak lipan yang dah mampus dok dalam longkang ni yang kau ambil gambar?
Hah, lipan ni dah mampus di belasah dengan selipar oleh incik hubby dan pak mentua.
Kerana lipan ini telah berjaya secara senyap dalam orang sibuk dok bersalaman menghantar our last raya guests beredar di muka pagar semalam, menyengat tapak kaki si orang bandar!



Beginilah rupa kesan sengatan lipan merah gergasi itu. Lubang sengatan lebih besar daripada lubang suntikan doktor. Gambar diambil pagi ini. Malam tadi dalam sakit terpekik terlolong kau jangan buat lawaklah nak ambil gambar.

Sakit ke? Kau cubalah kalau nak tau. MasyaAllah bisa dia saya rasa lebih teruk daripada rasa sakit nak beranak (amboi sekarang bolehlah kau cakap, cuba beranak esok aku nak tengok hehe).
Tapi serius cakap, masa kena sengat tu saya pun confuse ingat terkena lidi penyapu. Tapi few seconds after that barulah mula berbahang peritnya sampai dah tak boleh jejak kaki lagi.
Terjerit-jeritlah tetamu suruh incik hubby yang sedang syok menghenyak lipan dengan selipar untuk sambut saya.
Lepas tu saya rasa bisanya terus meresap naik ke buku lali, sakitnya umpama buku lali saya ni dihempuk-hempuk dengan tukul.
Meresap lagi bisanya sampai ke pangkal betis terus sampai ke ruas lutut.
Saya cekak pangkal paha in attempt nak berhentikan bisa dari melarat ke seleuruh kaki.
Sakitnya hanya Allah swt saja yang tahu.

Incik hubby terus bawa saya mencari klinik. Malam raya pertama di segamat yang kenyakan kliniknya di miliki orang Melayu, even a 24hrs klinik pun closed for business! What hope did I have? Melainkan hospital kerajaan sajalah.
Sepanjang jalan saya melolong kesakitan, dah tak tertanggung rasanya.
Mulut tak berhenti terkumat kamit baca selawat shifa'.
Saya dah tak boleh fikir straight, hanya selawat shifa' aja yang saya ingat.
Dalam raungan sakit, juraian air mata yang kalau ditakung boleh buat hantaran meminang puteri gunung ledang, saya tahu lafaz selawat saya berbunyi pelik di telingan hubby yang penasaran memandu kereta.
Agaknya dia ingat bini dia ni dah sewel disengat lipan sampai merapu seorang diri.

Sampai kat hospital saya merasa azabnya layanan hospital kerajaan. No emergency is an emergency.
Duduklah kau mengerang atas kerusi roda tunggu giliran kat emergency klinik. Lawak nabil pun tidak sesadis ini.
After a jab lega sikit sakit, tapi tidak hilang sepenuhnya.
The pain still lingered kat tumit, buku lali dan betis, I knew bisa ini bukan bisa biasa. The HA macam tak percaya tengok saya masih gelisah tahan sakit. Apa kau ingat cucu lipan ke yang sengat aku ni? Ni moyang lipan punya kerja ok?

On the way balik kami singgah beli mineral water kat 7e, saya cepat-cepat telan painkiller sebiji sebab sakitnya dah datang balik.
Sampai kat rumah dah pukul 1 pagi.

4 comments:

  1. Adusss lipan ni kecik or besa mg parah.HA mg gitulah,xmemahami beto.stress tau

    ReplyDelete
  2. ct,
    funny things is that few days lepas kena sengat lipan tiba2 badan rasa bertenaga sgt...
    no wonderlah org ca ya nun alif suka makan binatang berbisa kekek

    ReplyDelete
  3. ishk ishk...ko dah ok tak nie? kusss semangat...aku tak penah kena lagi dengan lipan...tuh tak boleh imagine sakit camner...tapi kalau ko kata sakit cam nak beranak...wuhuuuuuuu mmg tak boleh blahhh

    ReplyDelete
  4. nolie,
    ok dah... tp tmpt kena gigit tu masih sengal2 sikit smpi hari ni.
    serius mmg sakit dia mcm nak beranak! kena gigit lipan kecil aku x tau lah sakit dia mcm mana tp ni lipan gergasi punya bisa mmg tahap gaban le.
    aku x tau apa lipan ni dah buat kat aku, skrg ni cepat naik angin skit hehe

    ReplyDelete