my journey as a young mother; juggling between raising my two little terror, feeding my hubby with love and good food and climbing up the corporate ladder, the latter out of my own will
Monday, 31 October 2011
Peteh Ganu Peteh - Hadiah Tengok Bola?
Can you figure out what was he up to with the lilit kepala? I bet you know the answer.
But I'd like to begin with the beginning ;-) ;-)
His final semester exam is over, seperti kebiasaannya he is allowed to ask for a special gift itupun kalau he can keep up with good performance.
Tapi kali ini baru 1 week exam tamat, result pun tak keluar lagi tapi dia dah nak redeem his 'reward ticket' in advance! And he succeeded!
Haissyyyy tak aci sungguh, ni macam tak confident je result ok, daripada tak merasa baik redeem dulu... bijak sungguh dia find ways to get what he wished for.
And you want to know what did he asked for? Bukan toys, bukan new gameboy/pvp, bukan holiday trip... tapi dia minta nak tengok bola kat stadium!!!
Mak aiii... cik mat seorang ni memang pandai betul cari hadiah yang unik bila saya sendiri sudah hilang idea apa nak beri kalau berjaya maintain good performance.
Orang sibuk tengok bola dia pun sibuk nak tengok bola jugak.
Ajak tengok kat rumah duduk depan tv je dia tak mau, nak tengok kat stadium!
Padahal dia ni bukan minat bola sangat pun, dia lagi minat fast cars macam daddy & mama dia, hmm mana dia dapat idea ni?
Oklah nak tunaikan hajat dia, takpelah result tak dapat lagi pun.
Saya teringat hujung minggu lepas akan ada final piala malaysia, terengganu vs negeri sembilan pulak tu... uhhh uohhh so exciting
satu team tanah kelahiran dan asal usul, satu lagi team tanah tempat I was raised up
tapi maaflah saya tak sanggup nak pergi stadium walaupun main kat stadium shah alam yang dekat dengan rumah... memang bukan kegemaran saya dan hubby
Tapi kerana Fahmi, saya conceived this idea pujuk hubby bawa Fahmi ke sana
siap belanja mereka tiket lagi... (yelah kalau tak buat macam tu hubby pun bo layan)
saya kenalah usahakan supaya hubby cair kali ini, kalau tak kesianlah Fahmi saya
Tapi... yang tak bestnya Fahmi kata dia nak sokong N9!!!
kenapa kah...? haisyy apa-apa jelah... he is developing his own personality, don't squash them, tapi knowing me... hmmm tau-tau jelah saya ni suka test my persuasion skills
Selama 1 minggu saya memancing 'undi' dia, memujuk, bercerita macam-macam to sway his choice of team... dia tegar!
Until the last day... saya balik kerja singgah giant sect 13 tengok tempat tu dilimpahi penyokong-penyokong ganu berbaju putih, oh wow tiba-tiba saya rasa meremang bulu roma
saya pulak dilanda euphoria... satu excitement pula bila masuk dalam suasana begitu
serta merta rasa seronok, my mood lifted up, happy semacam, rasa nak menjerit bersorak, feel like want to giggle all the time... macam orang high! hihihi
dah lama saya tak berperasaan begitu... hampir dah terlupa
Balik rumah saya cerita kat Fahmi what I saw, nampak muka dia bercahaya
memang dia dah berhari-hari cakap rasa tak sabar nak tunggu sabtu
terus dia tanya ada tak yang berbaju kuning (N9)? bila saya cakap takde seorang pun terus hilang cahaya di wajahnya... ohhh saya nampak satu peluang terakhir di situ
apalagi saya masuk jarum lagi... dan akhirnya tiba-tiba dia minta disiapkan baju putih!
T-shirt ben10 ultimate echo echo ni jelah berwarna putih, itupun dia suruh saya tulis TERENGGANU di belakang t-shirt... aikkk tiba-tiba je ;-)
Siap berjaket bagai, mujur malam tu tak hujan walaupun ramalan cuaca kata hujan ribut petir
Untuk pastikan hubby had smooth time with him, saya siapkan mee goreng sos tiram untuk mereka alas perut sebelum pergi stadium... bila perut kenyang semua orang pun happy to play his part kan kan kan?
Owh hubby yang kononnya tak sokong ganu pun pakai t-shirt putih juga... aikk?
Hubby siap beli helmet kids size lagi khas untuk malam tu. Diaorang pergi naik motor je senang nak parking.
Yaya merajuk tak dapat pergi. Tapi malam tu saya bawa dia pusing stadium untuk dia rasa tempias kegembiraan abangnya
Tergelak besar saya bila dapat MMS hubby dengan gambar Fahmi berlilit kepala kat atas tu.
Wo hoooo! Puas lah hati dia tak dapat t-shirt bertulisan terengganu tapi dapat jugak lilit kepala tanda dia penyokong terengganu. RM5 satu!!!
I wanted to make a videocall to hubby tapi malam tu tak dapat lah pulak
but the next picture lagi buat saya ketawa
Owhh kesian dia tak dapat seat... terpaksa duduk atas tembok tangga, kalau tak memang dia tak nampak apa... dan dia duduk di bahagian penyokong ganu
dah kuajar dia cara bersorak tapi hubby kata dia dok diam je
tapi bila balik rumah melompat-lompat dia suka sampai tak boleh tidur asyik bercerita je
owhh anakku lambat panas enjin ye?
walaupun ganu tewas malam itu, dia tetap happy dan puas sebab dapat tengok bola
sikit pun tak marah kat saya sebab ubah fikirannya
kata dia tahun depan dia masih nak sokong ganu jugak!
No comments:
Post a Comment