Monday, 16 January 2012

Let's Party!

Ok I have a confession...
I love parties!
bukannya going to one, but just love organising one!
sampaikan saya rasa there wouldn't be a year passing by without us throwing a party
tak semestinyalah party besar-besaran
rasanya zaman party besar-besaran sudah berlalu
cukuplah sekadar small birthday party for kids that we had yesterday
untuk si bujang Fahmi

owh mula-mula dia cakap kat daddy this year's birthday nak celebrate kat surau
nak bagi makan kat orang surau, baca doa dan sebagainya
lahhh insaf sungguh mama bila dengar anak cakap macam tu
walaupun dalam hati sebenarnya cuak juga, besar belanja tuh!
tapi bila masuk tahun baru, new year resolution agaknya tiba-tiba boleh bertukar
pulak nak celebrate kat rumah je ajak kawan-kawan datang rumah
OK... jemputlah kawan-kawan sekolah yang duduk setaman sekebun bunga sepermainan
tak ramai pun adalah dalam 12 orang tapi saya suka macam ni
sebab boleh buat sesi up close and personal with all his friends ;-)

Selebet benar birthday boy, bersungguh-sungguh nak pakai jersey Harimau Malaya for this party. So sweet depa boleh berkongsi duduk satu kerusi ;-)

Naufal (left) & Firdaus - anak Melayu sejati! Makan pakai tangan je padahal sudu dan garfu disediakan

Aiman (left), Fahmi's classmate & Tun Daim Haikal - ambik ko jangan main-main dengan nama ni. Incik hubby suka layan berborak dengan dia sebab petah budaknya.

Saya dera mereka untuk grup photo sebelum usher keluar birthday cake.
Kawan-kawan Fahmi majoriti tentulah lelaki! yang girls tu semua kakak atau adik kepada kawan-kawan dia

Kawan Fahmi juga adalah kawan sepermainan Yaya
hari-hari Yaya ikut Fahmi bermain, automatik lah kawan main dia tu lelaki
nak buat macam mana, nak cari girls yang suka main kat luar payah
ada budak perempuan sebaya dan satu sekolah dengan Yaya tapi mereka duduk dalam rumah je
ataupun sebab mereka duduk kat taska transit jadi tak dapatlah nak berkawan
pasal tu saya malas nak buat party untuk Yaya sebab takde kawan yang nak dijemput
kang alih-alih muka anak-anak teruna juga yang muncul hehe

Ini bukan kek, ini icecream sepenuhnya! Gamat rumah saya bila the kids berebut nak chop clown ice cream tu padahal bahagian bawah pun icecream juga. Puas dan seronok mereka dapat makan icecream yummm yummm.

hidangan simple je, alah setakat minum petang cukuplah sekadar bihun goreng, pizza, chicken wings dan lain-lain serba sikit
jari jemari gatal nak buat juga fruit pastry ni tapi yang tukang makan adalah anak tuan rumah sendiri!

Lepas party apalagi? Semua pakat serbu main kat taman hujung lorong
Maklumlah sugar level dalam badan semua tengah high, hyper lah diaorang
malam semua pakat tergolek awal, penat!

2 comments: