Monday, 23 July 2012

3 Ramadhan 1433H - Sakit Gusi Lah Pulakk

Allahuakbar!
Sesungguhnya tiap sesuatu itu ada kebaikan dan ada keburukannya... dengan izin Nya jua
Saya nak bercakap dalam konteks membawa kebaikan jelah ye. Saya dapati google ini banyak membantu saya. Google lah apa saja, terutama yang baik insyaAllah akan bertemu jawapan pantas. Tapi kena pandai-pandai tapislah.

Ceritanya bermula begini. Saya bangun tidur lewat sungguh hari ini (amboi mentang-mentang tak kerja). Bukan apa, malam tadi agak lewat sampai rumah dari Seremban. Mata sudah berat sangat tapi tak boleh tidur sebab Yaya asyik merengek. Gusi dia bengkak. Tiba-tiba pulak jadi macam tu padahal petangnya kat rumah my mum okay je.

Tak tau nak buat macam mana. Dah tengah malam buta, dentist pun tutup dan takde dentist dekat-dekat rumah kami ni kalaupun siang hari. Her dentist nun di Kota Damansara. Lagipun kes gusi bengkak macam ni apa yang boleh dibuat?
Saya pujuk-pujuklah dia tidur balik sebab sungguh saya tak tau nak buat apa. Alangkan gusi saya bengkak pun saya tahankan aja takde petua petuwi.
Hampir 1.30pagi juga baru dapat tidur semula. Lepas tu bangun siapkan sahur pun rasa melayang badan. Tapi kerana temankan anak-anak saya gagahkan tongkat mata. Tu yang lepas subuh dan siapkan anak ke sekolah saya bantai tidur balik sampai pukul 9.30pagi!!!

Berbuka petang tadi saya buatkanlah bubur nasi untuk Yaya. Biar mudah sikit dia tak perlu kunyah. Kesiannya lah kat dia. Orang lain makan nasi dagang dengan gulai ikan tongkol dia makan bubur je. Tapi sebab dia ni suka sangat nasi dagang yang lembut melekit sebab ada pulut tu dia jamah juga sejemput ambil rasa.

Owh berbalik kepada google. Saya pun google lah cari petua hilangkan sakit gusi dan Alhamdulillah jumpa doa ini. Semoga jadi perkongsian bersama.





Dan kat bawah ni saya tempekkan resipi Talam Roti by Chef Asma yang diminta oleh Diana. Silakan lah mencuba ;-)

TALAM ROTI PAUN
Resipi Asal By : Chef Asmah
diolah oleh Kak Wan dari blog citarasawan


Lapisan Bawah
13 keping roti putih Gardenia- carik-carikkan
2 biji telur
50 gm raisin - saya gantikan dengan blackcurrant agak-agak 1/2 cawan
1/2 cwn gula halus
1/2 sk garam
150 ml santan pekat
300 ml air
1/4 sk vanilla essence

Loyang 10 x 10 (di gris dan di alas plastik) - saya guna loyang 8x8 sebab pengukus kecil dan bakinya saya tuang dalam bekas kecil

Cara-cara :
1. Tabur kiub roti hingga rata di dalam loyang. Ketepikan. Satukan semua bahan-bahan yang lain, kacau rata, tapis dan tuang rata ke atas roti tadi.
2. Rendam roti selama 30 minit sehingga lembut. Kukus selama 25 minit.
3. Apabila masak angkat dan cakar dengan garfu. Jika terdapat sedikit air di permukaannya, sendengkan loyang dan buangkan air guna sudu atau kertas tisu, cakar sedikit dan tuangkan adunan lapisan tengah.

Lapisan tengah
1/2 cwn tepung gandum (K1 70gm)
1/2 cwn gula halus (K1 100gm)
1/2 sk garam
2 biji telur
100 ml santan pekat
300 ml air
sedikit pewarna hijau + pandan emulco

Cara-cara
1. Satukan semua bahan2, kacau rata dan tapis ke dalam periuk. Masak hingga naik wap saja.
2. Tuang ke atas lapisan bawah, tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 25 minit. Apabila masak, cakar dengan garfu.

Lapisan atas
1/2 cwn tepung kastard - (K1 70gm)
1 sudu besar rata tepung gandum - (K1 tambah)
1/2 cwn gula halus (K1 100gm)
1/4 sk garam
1/8 sk vanilla essence
3 biji telur (K1 2 biji telur)
100 ml santan pekat
300 ml air
sedikit pewarna kuning/oren (K1 x letak tpg kastard dah berwarna)

Cara-caranya :
1. Ikut seperti lapisan tengah. Satukan semua bahan2 dan tapis. Masak hingga naik wap, bila ada ketulan kecil tutup api dan kacau dengan whisk/sendok kayu hingga rata.
2. Tuang adunan ke atas lapisan tengah, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit dengan api sederhana kecil supaya permukaannya rata dan licin.
3. Biar betul2 sejuk baru di potong dengan pemotong plastik.


Sekian.

No comments:

Post a Comment