Kat rumah ni orang dewasa pakat berpuasa. Saya dan mr hubby puasa sunat 6. Kakak buat puasa ganti.
Jadi saya make a point untuk masak istimewa sikit.
Kalau setakat saya sorang berbuka dengan cekodok udang pun dah berselera
Tapi kena consider selera mr hubby juga
as for kakak, i guess asalkan saya yang pegang sudip is a bonus for her
Masa bulan Ramadhan tempohari ada juga rasa teringin nak buat sate.
Tapi tak confident. Tak mau lah nanti kalau tak menjadi kesian pulak kat orang-orang yang berpuasa
Semalam saya give it a try sebab hari Isnin tu ada buat kuah kacang
Kuah kacang yang saya buat ini memang sebijik sebijon rasa macam kuah kacang penjual sate. Memang brilliantlah tuan empunya resipi yang saya ambil dari laman myresipi.
Dah lama guna resipi dia sampai saya lupa dah nama contributor asal.
Alang-alang dah ada kuah sate tu saya pun mulakan proses memerap isi ayam dengan rempah-rempahnya.
Mak cik sebelah abah saya memang pandai buat sate yang sedap. Tapi saya tak pernah minta resipi. Segan.
Mana tak segannya, awak tau pergi rumah dia time raya je melantak sate. Time lain awak tak pergi.
Adik lelaki saya pun pernah berniaga sate masa remaja dulu. Tapi saya tak peduli pun macam mana dia perap sate.
Jadi saya browse internet dan cuba resipi yang kebanyakannya lebih kurang sama.
Improvise sedikit sebab saya guna cuma 1/2kg isi ayam.
Saya suka sate yang terasa rempah seperti jintan dan ketumbar.
Perap ayam overnight dan petang semalam mulakan operasi mencucuk serta membakar sate.
Tugas membakar serah kat mr hubby lah. Saya dah penat ;-) Bakar atas grill pan je pun.
Macam ini rupa sate budak baru belajar. Alhamdulillah tak mengecewakan. Tak boleh berhenti makan. Ayamnya lembut sampai ke kulit ayam pun lembut tak sedar saya termakan kulit. Saya cukup tak gemar kulit ayam sebenarnya.
Cucuk sate takde ISO. Maklumlah saya budak baru belajar. Saya main agak-agak je potong isi ayam. Elok pulak dia melekat lepas masak. Cucuk punya cucuk dapat 35 batang. Wahhh lumayan! Lauk lain tak laku semalam!
No comments:
Post a Comment