Sekarang ni nampak benar sibuknya ye? Seminggu sekali baru ada 1 entry. Ada yang tinggalkan komen pun lepas berhari-hari baru saya jejaki. Maaf banyak-banyak, kelewatan bukan disengajakan!
Sesuatu yang saya perasan, sejak bertukar profesion menjadi suri di rumahtangga sendiri, saya lebih jarang punya masa untuk mengadap PC, nak ON lappy jauh sekali. Maka, entry baru juga sudah tidak selebat dulu. Aneh kan? Dulu masa berkerjaya sepenuh masa dan menjadi isteri/ibu separuh masa ada pula MASA untuk bikin entry kadang selang sehari... dan berurut-turut hari pun ada! Ada-ada saja idea nak bercerita. Ada-ada saja masa nak berlipurlara.
Adakah ia petanda menjadi suri membosankan? Atau petanda jiwa lebih tenang? Maka kurang merapu meraban? Ahakssss... Eh... jangan ingat jadi suri duduk rumah goyang kaki. Kadang sibuknya lebih hebat dari CEO big 5 companies!
Sekejap tadi cik Yaya baru menyuarakan rasa hati. Mengingatkan saya supaya telefon cik pembantu rumah di kampung sana - jangan lupa balik esok. Bukan saya tidak betah menggalas tugas Home Manager. Saja saya mengusik Yaya kalau... kalaulah takde pembantu pun, Mama kan ada? Terkejut saya bila cik Yaya menjerit kecil. TAK MAU kata dia. Ehhh... sebenarnya siapa yang menentukan dan siapa yang perlukan pembantu sebenarnya?
Apa kisah udang disebalik mee ni? Rupa-rupanya cik Yaya sudah tidak sanggup andai terpaksa melalui satu lagi hari yang tidak dijangkakan bila Mama dia jatuh sakit dan tak larat bangun masak! Sabo jelah... baru 1 hari minggu lepas saya tak mampu bangun masak, TRAUMAnya sampai dia berpesan-pesan suruh cik pembantu balik segera, dengan mesej bercilinya - "JANGAN CUTI SAMPAI TAK INGAT DUNIA". Amboiiii.... Mama dia yang hari-hari kena layan kerenah dia 2 beradik yang macam-macam, dia pulak yang 'over' sentap semata-mata 1 hari saya tak bangun. Oh by the way, mesej itu tidak sampai pun ke telinga pembantu... sudah saya tapis siap dengan smash bertubi-tubi ke cik Yaya.
Memang saya sakit. Bukan 1 hari tapi 2 hari berturut-turut minggu lepas. Cuma hari kedua tu teruk lebih dari hari pertama sampai tak larat nak bangun siapkan makanan. Tapi bukannya sampai semua orang kebuluran pun. Mr Hubby dah jalankan tugas rescue bawa balik tapau food tengahari itu. Dan malamnya mr hubby jadi rescue ranger sekali lagi masakkan kuey tiaw goreng untuk mereka bertiga (saya tak lalu makan). Cik Yaya kata kuey tiaw 'kurang rasa'. Daddy dia smash balik "Sejak tengok masterchef ni banyak songeh lah. Komen macam-macam!". Nak buat lagu mana, 5 tahun sekali pegang sudip, adatlah kalau terkurang sana sini. Tapi mek kecik sorang ni memang komen takde kesian, macam Chef Joe jugak. Saya ketawa dalam hati. Ada ke yang terkena badi Masterchef macam kami? hahahaha...
Kita tengoklah cik pembantu tiba tepat pada harinya atau tidak. Saya tak sanggup kalau ada budak kecik yang meraung nanti.
Cuti sekolah sudah hampir tiba. Masa saya berkerjaya sepenuh masa dulu, waktu-waktu begini adalah waktu paling lengang di ofis. Mood kerja separuh body. Ramai yang ambil cuti panjang bawa anak bercuti. Tapi jangan cuti sampai tak ingat dunia ye? Zaman makan gaji dulu walau tuan bos besar tak keluarkan statement bercili macam cik Yaya cakap tu tapi jelingan mata dia waktu sign borang cuti sudah cukup jelas untuk ditafsirkan. Faham-faham sendiri - Jangan cuti sampai tak ingat kerja ye? Handphone harus 24hours reachable. Kalau ada yang tiba-tiba tukar mode: unreachable tu sendiri mau ingatlah kalau terkantoi balik kerja nanti siaplah kome tadah (bernanah) telinga sebesar piring astro tu ye.
Sekarang? Nak cuti tak payah apply dah. Gumbiranya rasa bila boleh suka-suka je book tiket promo AA tanpa rasa cuak segala. Orang dah berzaman merasmikan seat tambang murah. Awak dah kepam baru dapat. Tak apa, pepatah Jerman kata 'Slowly but Surely...' Ahakssss.
Selamat merancang percutian keluarga. ;-)
Saya masih bekerja, jadi tak berani nak plan cuti panjang-panjng. Cuti hujung minggu pun dah memadai...
ReplyDeleteMacam tu lah adat org bekerja kak azie. Kadang cuti panjang pun tak menjamin kualiti masa.
ReplyDelete