Pernah kan tak lama dulu saya post entry gambar pokok bunga telang yang punyalah bercinta saya mencari akhirnya dapat juga dengan harga RM18 sepokok
Mahal kan? Tapi cinta punya pasal saya sebat jelah
dah lah susah nak dapat, ikut hati memang tak mau beli
sebab pokok ni hidup melata kadang ada dalam semak
tapi saya pejam mata je terbang RM18, asal tidur malamku lena!
Tau tak sebenarnya pokok bunga telang saya tu dah mati dalam lepas raya tahun lepas
tak tau kenapa... cesss jawapan orang bersalah yang buat-buat tak salah
dah pokok tu tak terbela mana dia tak merajuk, pokok pun ada hati dan perasaan
kalau tak dibaja, tak dibelai lama-lama kecut hati dia
daun-daunnya jadi kuning, batang pokok jadi kering sangat
mula-mula saya ingat akarnya dimakan semut, tapi tidak
sebab saya terlalu sibuk nak ambil tahu maka pokok telang itu menamatkan riwayatnya mengikut hukum alam
Bila pokok dah mati rasa ralat pulak kan
beli dengan harga mahal tapi dibiarkan macam tu saja
saya usaha juga nak selamatkan, tapi dah too late
pasang life support machine pun dia tak mau dah
merajuk dengan saya kot, maka sejak itu wujudlah 'beribu sesalan' di hati
dah mati baru ko nak menyesal kan? biasalah manusia
Aduhaiii sayangnya pokok telang tu dah mati, tak sempat lagi saya nak gunakan bunganya sebagai pewarna nasi kerabu dan kuih nyonya pulut tai tai
Terbiarlah pasu kosong begitu saja, saya tak kasi alih pokok lain ke situ
dalam hati masih mengharap manalah tau di masa akan datang saya terjumpa lagi anak pokok telang boleh tanam semula
Lepas tu kan dalam awal bulan 12 tempohari tiba-tiba saya dikejutkan suara jeritan kakak
dalam keterujaan dia bagi tau pokok telang tu tumbuh balik!
bukan 1 tapi 2! di tempat yang berlainan!
ajaib!
satu pokok tumbuh dalam pasu yang dibiarkan kosong tu, satu lagi tumbuh atas tanah dan memanjat di pagar rumah
aduhaiii sejuk hati saya macam ada salji yang turun masa tu
seronoknya! :-)
Tapi macam mana pokok ni boleh tumbuh semula?
setahu saya pokok telang ni cuma boleh tumbuh dari biji benih (biji kacang) dan batang pokok je
saya kira mesti kekacangnya di bawa angin lalu jatuh atas tanah di tepi pagar
dan the same thing juga berlaku dengan pokok yang tumbuh dalam pasu
TETAPI... ada lagi tetapi nya... setahu saya juga biji benihnya hanya boleh tumbuh dalam tempoh 7-14 hari selepas disemai!
pokok tu mati lepas raya which is hujung bulan 9 - awal bulan 10 lah
saya perasan pokok tumbuh semula dalam awal bulan 12... hmmm ada gap 2 bulan di situ
hmmm... apakah keajaiban yang berlaku di sini?
saya pernah terbaca ada orang tanam pkok telang di rumahnya di Jepun kemudian pokok tu mati masa musim sejuk... tapi hidup semula lepas musim sejuk berakhir!
hmmm... sudah, tak payah fikir lagi, saya dah seronok sangat dapat kembali pokok kesayangan saya
dan alangkah seronok berganda-ganda sebab kali ini ia berbunga lebat!
setiap pagi saya harvest bunganya sebab waktu pagi lah ia berkembang
kalau masuk tengahari ia menguncup balik
bunga yang dipetik saya simpan dalam bekas berisi air dan masukkan dalam fridge
lama-lama makin banyak hasil tuaian saya ... ada dalam 30 kuntum
apalagi, saya mulakanlah operasi nasi kerabu saya untuk kali kedua
kali ini memang 100% guna bunga telang untuk mewarnakan nasi
Bunga telang saya berwarna biru nila, ada spesis yang berwarna violet.
Pokok telang ni dinamakan 'clitoria ternatea' dalam bahasa Latin kerana bentuk bunga ini yang dikatakan menyamai clitoris. Lucah kan? Mentang-mentanglah bunga ni berwarna biru, otak mereka pun biru juga. Mesti lelaki yang bagi nama pokok/bunga ni! Huh!
Kerana jumlahnya yang banyak maka syoklah saya kisar bunga ni dengan grinder tangan, kalau setakat 5 kuntum masuk grinder pun tak cecah mata pengisarnya, sia-sia saja. Punyalah halur saya kisar bila dah jadi lumat tak sangkat ianya adalah puri bunga!
Biru nila warna jusnya. Hoyyehhhh!!! Banyak macam ni baru best nak buat pewarna
Saya tau dah banyak gambar nasi kerabu yang saya post. Tapi yang ni lain, ni nak tunjuk warna nasi kerabu yang menggunakan 100% pewarna semulajadi dari bunga telang. Memang pucat tapi bila makan rasa 'organik' sangat kan? He he he...